Pulang
Dia dah kembali ke pangkuan ku. Direct flight dari Negeri di bawah bayu pukul 11 malam. Aku menjemputnya 2 jam selepas itu. Blessing in disguise...aku dapat rasakan kasih sayang semakin kuat walau pemangkinnya ialah perpisahan sementara. Amat berbeza ketika belum ada ikatan yang sah. Aku merindu tapi rindu yang berbeza. Rindu aku kali ini rindu seorang isteri. Allah berikan nikmat ini bersama ikatan itu. Aku bersyukur Ya Allah.
Aku akan bercuti panjang hujung minggu ni. Aku nak berehat bersama abang. Aku nak lari daripada kesibukan kerja. Nak pergi mana ye? Mungkin aku akan gunakan tiket ke Langkawi hadiah perkahwinan tempohari. Atau mungkin sekadar balik kampung.
No comments:
Post a Comment