Dalam seminggu ni banyak betul benda yang aku buat selain erk...pergi kerja balik kerja. Aku pergi test Ujian Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M3 (aku kena tulis benda nih 10 kali sepanjang amik test tuh iskh..). Ujian 1 Pengajian Am. Banyak menda yang aku tak tau rupanye hehehe. Ujian 2 soalan lebey kurang Maths oklah. Ujian 3 Pemahaman Petikan pun ok gaks. Ujian 4 Esei Bahasa Melayu aku blank...lama tak buat penulisan akademik. Ujian 5 esei Bahasa Inggeris...haa yang ni aku cemerlang insyaallah.
Kalau nak ikut kerja sekarang aku dah patut bersyukur. Pendapatan ok, surrounding ok, staff ok tapi aku nak benefit jangka panjang. Aku nak senang masa tua. Bukan kerja sekarang tak akan menyenangkan aku, cuma pengalaman kengkawan buat aku rasa kerja ngan gomen lebih selamat.
Harini dah genap 2 minggu abang ke Sabah untuk SUKMA. Patut balik semalam tapi flight tak de. Sedih? bukan sedih cuma semakin rindu . "sabar ayang, abang bukan tak balik" tapi aku masih belum pandai tidak merindu. Takpe..kalau aku boleh tunggu 2 minggu takkan 2 hari tak boleh. Ya Allah...suburkanlah kasih sayang antara kami hingga ke syurga mu.
Hari ni hari pertama Kem Ibadah di tempat aku mencari rezeki nih. Aku dijemput jadi hakim nasyid. "Puan, boleh jadi hakim untuk nasyid tak?" aku senyum, tak nak menghampakan harapan anak didikan aku. "Boleh" Dia senyum dan menyambung tugas mencari hakim-hakimnya. Malam ni aku akan mendengar anak-anak ini mengalunkan suara mereka......oh ya...beli filem dalam perjalanan balik.
No comments:
Post a Comment