Cuti Angah dah Habis
Pejam mata celik mata dah hari Isnin. maknanya aku kena balik ke Kuantan, kembali pada rutin harian, kembali pada kerja yang menuntut aku bersabar. Lepas sarapan, berkemas, aku lepak ngan emak. Sebak rasanya nak tinggalkan dia. Aku nampak air matanya mengenang.
Seperti biasa emak mesti pesan pada aku "Jadi isteri yang baik, yang membahagiakan suami. Jadi menantu yang baik, yang disenangi mertua, jadi ipar yang baik, yang dihormati ipar duai....insyaallah, hidup akan aman bahagia" Insyaalah mak..pesan mak tu *** tanam dalam ingatan.
Lepas zohor kami bertolak. Singgah rumah sepupu aku sbb abang nak beli basikal lumba yang baru..walaupun sebenarnya second hand ahaks.. Pastu kami singgah Ampang plaks..Kedai basikal Joo Ngan, nak cari spare part. Lama tak lalu kawasan Ampang nih. Masa belajar dulu selalu gaks makan bubur dekat ngan De Palma. Makan kat Nasi Lemak Seri Lentok. Dah banyak berubah kawasan nih. Semakin sibuk, semakin sesak. Aku bersyukur ditemukan dengan abang. Aku berpeluang tinggal di kawasan yang masih belum terjejas walau pembangunan semakin pesat. 10 meter dari belakang rumah aku sekarang ialah Sungai Kuantan. Tempat aku ngan abang memancing udang galah bila ada masa.
Sampai kat Bentong. Alahai..lambat betul lori kat depan nih. Zuuup..abang potong....atas garisan berkembar. Dalam 300 meter pas tuh jeng jeng jeng....Polis dah tunggu.
"Sah abang kena saman double line nih yang"
"Yang abang potong lori tuh bakpe?" Aku cakap sambil carik kepala seat belt.
Bla..bla..bla..saman selesai. Aku amik handphone call Uncle A kat Bukit Aman..settle masalah, lega rasanya. Aku mungkin menggunakan contact yang aku ada untuk kepentingan sendiri tapi akukan hanya menggunakan peluang yang aku ada. Korang rasa salahker?
Singgah makan kat Maran. Sedap sungguh meehon sup kat Sup Gear Box Restaurant. Aku promoteler restoran nih kat korang. Dari KL sebelah kanan, takkan miss punyerlah. Cuma yang aku kurang berkenan sikit pinggan mangkuk polistrin yang dipakai. Sblm nih pinggan mangkuk betul. Aku rasa cam memain plak. Kalo nak tapau tuh lain citerlah kan. Abang elok-elok nak makan jadi terbantut selera. Aku..erm makan jugakler sbb dah lapar kan. Memang penggunaannya menyenangkan...tak yah basuh pas tuh tapi..makin tercemarler bumi nih nampaknya. Aku nak buat cadangan. Pengguna kena bawak bekas seniri untuk beli barangan. Bawak tupperware kalo nak beli nasi bungkus. Bawak botol air kalo nak beli air. Amacam..ada sokongan?
Aku sampai umah dekat malam. Enjoy the ride kata abang. Biar lambat asal selamat. Ye lah tuh...sbb tuler kena saman tadik yek
Citer Hari Nih
Terima kasih tOKSIK sbb selalu sangat tolong aku. Ucapan tima kasih jerlah yang dapat aku bagi pun.
Korang ada motor? ada keter? jom cek saman memasing kat sini. Aku call Uncle A.. dia kata yg saman ekor tuh ignore jerlah selagi tak dapat apa2 surat.
Last week kami dapat result evaluation students. Aku jadi memikir sejauh mana evaluation nih reliable. Sebab sesetengan soalan tuh amatlah sukar untuk dijawab..kalau ikut logik ler. Lagi satu katalah kelas tuh memang tak suka aku, mesti markah aku sikit betul tak? Bebudak kena ikut skala 1 sampai 5. Aku bagi contoh soalan..korang bagitau aku samada student akan dapat nilai atau tidak?
1. Adakah pensyarah ini mempunyai pengetahuan yang menyeluruh mengenai subjek? (kan ke aku dapat kerja nih sbb aku memang study menda nih..)
2. Penyampaian Pensyarah boleh didengar denga jelas (ada kelas aku dapat sampai 100%, ada kelas aku dapat cuma 65%...adakah aku yang cakap perlahan atau mereka yang pekak?)
3. Pensyarah menjelaskan objektif sesuatu topik sebelum memulakan pengajaran. (iza kata dia dah tulis dengan jelas atas OHP..tapi dapat sket gaks..abih camno kalo student tak alert...kena ke kami cakap kuat2 4 ke 5 kali sebelum kelas start...murid murid OBJEKTIF saya ulang OBJEKTIF pelajaran kita ialah bla bla..ok sekali lagi OBJEKTIF bla bla..)
4. Pengajaran yang disampaikan mengikut susunan syllabus. (pengajar ada teaching plan dan lesson plan yang disediakan setiap minggu. siap bagi student salinan teaching plan..mmg kena ikut syllabus...tapi evaluation rendah gaks..kenapa?)
Aku bukan kisah sangat apa student nak kata tapi evaluation di private sector nih besar jugak kesannya. Appraisal sedikit sebanyak akan tengok gak benda2 camnih. Yang nak buat semer tuh laks kebanyakannya bukan daripada academic background. Jadi kami nih camner. Kena ikut angain student ker? Kami nak mendidik...bukan setakat mengajar...
No comments:
Post a Comment