Wednesday, October 02, 2002

Tugas, Cabaran, Pengajaran, Kenangan



Aku dapat tugasan baru. Aku diminta (diarah?) untuk menyediakan kertas kerja Program Hari Berbahasa Inggeris. Maka dengan paksarelanya aku akan buat jugalah. Bila diberi tanggung jawab ni aku teringat balik masa belajar dulu. Aku aktif berpesatuan jadi aku dah terbiasa merancang program. Kalo muka aku nih mesti Program Coordinator..tak lari punyalah.

Pernah dengar "Kembara Rakan Muda Menjelang 2006"? Program anjuran bersama Sekretariat Rakan Muda UIA dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. matlamat utama program nih nak mendapatkan sejuta tandatangan sbg sokongan penganjuran Sukan Komanwel. Juga wadah sokongan mahasiswa atas usaha mendapatkan hak penganjuran.

Dalam Program nih aku dilantik jadi Assistant Head Program Coordinator. Tapi sbb ketua aku tarik diri maka aku ambilalih tugas dia. Tugas biro aku ialah menyusun atur program di setiap negeri yang dilawati, menyediakan laluan konvoi, memastikan semuanya teratur dan selaras. Maknanya...kena berhubung dengan kerajaan negeri dan pihak yang terlibat ler. Aku suka cabaran, aku suka merancang dan aku suka tengok perancangan aku berjaya. Program nilah yang banyak mengajar aku bagaimana nak berurusan dengan orang, bagaimana nak meyakinkan orang, bagaimana nak melancarkan kerja, bagaimana nak menggunakan sumber dengan semaksima mungkin dsb.

Kami berkonvoi mengelilingi Malaysia, menaiki kenderaan Perodua, diiringi Skuad Trafik Bukit Aman dan JPA3, disiar secara rasmi oleh Radio Era, diulas oleh akhbar tempatan. Di setiap ibu negeri ada sambutan yang dirancang, Menteri Besar, Ketua Menteri atau wakil mereka menunggu konvoi tiba dengan bunga manggar, kompang, dan disesetengah tempat...tarian. sebelah malam biasanya ada program dinner bersama VIP negeri2 terlibat. Ada pula baktisiswa. Itu semasa program berlangsung. 3 hari sblm program bermula, bendera program diserahkan oleh Perdana Menteri di PWTC sempena pelancaran Perodua Kenari. Ya..kami mendapat tajaan kenderaan dan wang tunai daripada Perodua... jadi pemandu terawal Kenari di jalanraya...manisnya kenangan. Upacara penutup di Dataran Merdeka. Kami berkonvoi satu KL bersama Menteri Belia dan Sukan, bersama team Ride Marshall (motorsikal berkuasa tinggi). Sampai sekarangpun aku percaya kesemua 69 peserta masih ingat semua kenangan manis ini. Di mana kalian sekarang agaknya?

Disebalik semua kenangan yang manis...aku masih teringat susah payah perit jerih yang ditanggung untuk menjayakan program. tanyalah sesiapa yang pernah menganjurkan apa2 program sekalipun baik besar atau kecil..pasti yang dijawab masalah birokrasi...mentang2 student yang menganjurnya..buat layan tak layan jer. sampai satu tahap kami terpaksa gunakan surat sokongan dan arahan daripada Kementerian. Aku masih ingat anak buah aku susah nak dapatkan kerjasama daripada satu jabatan di negeri nih..aku tak marah sebab dia dah cuba. Tapi bila program dah tersiar di akhbar, dah terdengar dicorong radio..pandai pulak jabatan nih menelefon semula, nak buat sambutan terbaik katanya. Tak per..maknanya kita dah berjaya bukak mata mereka.

Biasa cari sponsor? pernah ditolak? mesti selalu kan...aku juga begitu. satu syarikat telekomunikasi besar yang menjanjikan itu ini menarik diri disaat akhir atas alasan kepentingannya tertutup oleh penaja yang lain. Aku kecewa..aku masih ingat keadaan dalam van rusa dalam perjalanan balik..sunyi, hening. Aku lihat air mata mengenang..Tak mengapa..kita pihak yang meminta, mereka ada hak untuk tidak memberi. Aku belajar sesuatu yang baru..win win situation. Kami nak pakai kereta pusing Malaya..mereka nak promosi kereta baru..bagi kami pakai kereta dan mereka dapat promosi percuma. Nah...dua dua dapat faedah kan.

Aku pernah jugak rasa cam aku jer yang buat kerja. mungkin perasaan jer kot. Yerlah bila dah ditimbunkan dengan kerja. Aku pernah rasa kecik hati. Aku pernah marah anak2 buah aku yang aku rasa tak perform. tau-taulah program nih biasanya ada due. kalau dah langgar due maknanya akan ada menda yang delay. kebetulan final exam jatuh betul2 masa tengah sensibuk meeting sana meeting sini. Aku masih ingat cuma 4 orang jer yang bertungkus lumus walaupun dihimpit peperiksaan. Yang lain...gone with the wind. Aku tak salahkan mereka..mereka ada priority memasing. Tapi bara marah yang baru nak padam tuh nyala semula bila semua muncul masa nak dapat baju. sempat aku laserkan jawatankuasa tertinggi
"Amik berapa subjek?"
" 5 jer Angah" dia jawab.
"Ingatkan amik 14 sampai tak nampak muka kat sekretariat nih" Exam kan ke 2 minggu
Muka dia berkerut, aku berlalu sambung tugas aku.
Aku juga masih ingat..aku pergi meeting di Sungai Besar Selangor walaupun keesokannya tuh ada exam. Sebab aku tau aku perlu jalankan tugas yang diamanahkan. Aku belajar yang kita kena tahu bahagi masa. Allah dah beri kita 24 jam. Pandai pandailah nak bahagi masa. Itu yang aku selalu pesan pada anak2 buah aku. Aku amik sebagai bekal untuk alam pekerjaan.

Aku juga bertindak sebagai pengerusi majlis masa upacara pelancaran program. Tak per sbb aku dah biasa jadi emcee. Tapi aku jadi tak cukup tangan bila ku kena sediakan teks sendiri walaupun aku dah biasa. Aku suarakan tapi...
"La..kan angah dah biasa kan..bukannya susah"
Aku pikir kalau tak susah tolong buatkan ler ye tak. Aku jugalah yang kena sediakan teks ucapan untuk tetamu2 kehormat setiap negeri. Jadinya bila masuk negeri ke 4, aku dah boleh hafal apa yang akan diucapkan ahaks.. Tapi aku tau ada hikmahnya. Lepas pada tu aku selalu gaks dapat kepercayaan orang utk jadi emcee..tak pun sediakan teks dan aku dibayar untuk itu heheh. Aku belajar menjadi lebih matang dalam handling tugas yang banyak dalam satu masa. Aku belajar untuk mantapkan performance aku depan public. Aku dah tak rasa nervous kalau diminta bercakap walau secara spontan. Alhamdulillah.

Dalam pada sibuk mengurus biro aku, aku juga diminta oleh penasihat program nih En. Zulkarnain ( dia ni expert dalam hal2 events) untuk settle penginapan sepanjang konvoi. Maka aku dibantu Sarah Lajis dan Yen mencari tempat tido yang selesa dan murah. Hotel, asrama, wisma belia etc. Nasib baik pakai nama Universiti jadi aku cuma tunjukkan dokumen L.O masa check in. Aku cari alternative, mintak sponsor accomodation. Ada gak yang dapat. Komplen mesti ada. Tak best ler..bilik kecik tak muat ler, kena tido lantai ler.
"Kak Ngah..tak mo tido ngan dia ler"
"Angah..bilik menda yang ko bagi kat aku?"
"Mujur aku bagi bilik, kalau aku soh tido dalam keter camner" aku jawab. Aku pun drive, aku kena pastikan tempat sambutan ok, aku berkejar ke hotel urus check in. Aku penat..

Ya..tumpah juga air mata aku. Tumpas juga aku. Alhamdulillah..ada yang faham..dan mereka2 ni ialah pegawai pengiring, orang luar. Mereka faham aku cuma budak baru, pelajar yang cuba buat yang terbaik untuk projeknya. Aku belajar untuk mengenang jasa orang pada aku...walau mereka sekadar mendengar. Aku belajar untuk bersabar dengan kerenah orang yang bermacam gaya. Lepas grad aku sempat kerja kejap ngan En. Zul. Buat events.

Mulut orang bukan boleh ditutup macam mulut tempayan. I learned it the hard way. Dalam pada aku menolong pengarah program, adalah mulut-mulut yang takde insuran buat citer. Aku nak mengurat si pengarah nih. Masyaallah..sampai ke situ fikiran mereka. Nilah sebenarnya sifat manusia, bukan nak menolong masa nampak kita ni cam nak pengsan settle semer, lagi dikutuknya kita. Memula aku hot gaks, lenlama aku tak amik kisah dah, janji aku tau apa yang aku buat. Aku rapat ngan pegawai pengiring pun jadi isu. Kita tuan rumah jadi kenalah tunjuk courtesy. Dah aku yang selalu gi meeting di Kementerian, di Bukit Aman, Di Rawang, Di maplei Bangsar jadi aku jugaklah yang mereka refer kalau ada masalah. Aku juga yang mereka ajak pi makan . Aku dapat benefit yang besar bila kenal mereka.

Aku dapat contact untuk involve dengan something bigger. Aku dapat involve dalam events management. Le Tour De Langkawi, Jelajah Malaysia, Jelajah Pahang etc. Thanx to few pengiring yang percaya aku boleh diharap utk jayakan events yang dianjur company mereka. Aku jugak dapat settle saman heheh
"Eh..Angah dapat pegi LTDL bestnyer"
"ye lah..diaorang kenal Angah"
"Boleh ler...angah pandai bodek"
Antara dialog yang aku dapat ingat keluar daripada mulut mereka yang aku pernah anggap member. Biarkan..biarkan..aku belajar untuk mengenal manusia, mengenal kawan dan lawan, mengenal sahabat semasa susah dan senang.

Rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi. Walau kami merai kejayaan, ada pihak yang tak puas hati. Biarkan..biarkan mereka. Bila dah penat bercakap mereka akan diam. Aku cuma senyum. Lepas pada program nih aku banyak involve dengan program lain, seperti biasa...aku akan jadi penyelaras program atau pengerusi majlis, atau sekadar menyediakan teks ucapan pengerusi, teks ucapan tetamu kehormat etc. (punya senang kerja mereka yek..datang majlis tinggal baca jer teks yang disediakan )

IKLAN PENAJA :
Ada sesiapa nak kepakaran aku untuk mempengerusikan majlis mereka dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu? aku tak ambil tempahan majlis kahwin atau harijadi ihiks.

Kami berkumpul semula selepas setahun. Lama kan... Ada reunion dinner, mengimbas kembali kenangan, makan-makan, dapat sijil dan yang paling seronok dapat jumpa balik anak2 buah aku. Yang dah grad dengan cerita memasing. yang masih belajar tetap aktif berpesatuan. Tapi semua admit pengalaman inilah yang paling manis. Aku masih aktif dalam events lumba basikal. Aku masih ingat itu semua.

Baru baru nih kami berjumpa semula di majlis perkahwinan pengarah program Kembara nih. Dia pun dapat orang Kuantan macam aku. Tahniah kepada En. Mohamad bin Mos dan Puan Azimah binti Aziz yang melangsungkan perkahwinan pada 7 September yang lalu. Masing masing dah ada kerjaya, ramai yang dah bekeluarga. Yang menariknya ramai jua pasangan diantara peserta ahaks..jodoh. Kami berbual, mengimbau kisah lama, bertanya khabar dan bertukar e-mail. Bila lagi agaknya kita akan berkumpul semula ye? Mungkin bila ada lagi jemputan perkahwinan.

Pengalaman mematangkan kita. Aku akui hakikat nih. memang pada mulanya kita akan membuat kesilapan, kita akan rasa susah, rasa nak berhenti, rasa nak menangis (aku menangis pun). Tapi kita akan belajar daripada semua tuh. Kalau dulu aku terima jer apa yang orang suruh aku buat, sekarang aku akan pikir dulu kemampuan aku, aku akan tolak kalau tujuan orang yang menyuruh tuh cuma nak menyenangkan dia tapi menyusahkan aku. Aku belajar untuk berkata tidak.

Pengalaman mengejar sponsor dan berurusan dengan orang atasan mengajar aku. Aku mungkin dianggap selfish tapi dalam sesetengah perkara aku nak ada win win situation. Dua dua pihak dapat faedah. Kalau mereka nak kebolehan aku, aku juga nak sesuatu daripada mereka. Tak semestinya material. Aku belajar memberi dan menerima perintah dengan berhemah. Bukan senang nak suruh orang buat apa kita nak. There again..win win situation.

Aku dah bekerja, ada pendapatan tetap, ada keluarga. Aku masih dalam perjalanan, masih menimba pengalaman untuk mematangkan diri, untuk digunakan kalau kalau ada masalah kemudian hari. Aku masih buat silap, tapi aku belajar untuk tidak mengulangi kesalahan tu. Mungkin program yang aku handle atau sertai sekarang amat berbeza tapi intipatinya tetap sama. Ada kerja, ada due, ada kerenah manusia dan pengalaman sajalah yang akan menolong aku settle masalah yang mungkin timbul.

Kalian bagaimana? mungkinkah sama walau dalam situasi yang berbeza?