Aku berfikir...merasional...
Semalam aku ikut abang pi training. Kesian aku tengok budak-budak tu berkayuh sampai tak cukup nafas. But practice makes perfect. Bulan ni abang kena bertugas dalam dua cycling events. Perlis Open (15-20 Oktober) dan Jelajah Malaysia (21-31 Oktober). Tahun 2000 dulu aku jadi Hotel and F & B committee untuk Jelajah Malaysia.
Abang kenal aku masa tulah tapi tak suarakan apa apa ahaks..(teringat kisah lama ler plaks)Tahun ni tak delah nampaknya sbb aku ada tanggungjawab yang lebih memerlukan komitmen aku. Dua minggu yang akan jadi sangat panjang. Taklah sampai rasa cam 2 tahun Tapi aku kena terima, aku kena redha sbb aku kenal dia pun semasa dia bertugas.
Cuma aku rasa sedih sikit sebab aku akan ke program Hari Keluarga tempat aku cari rezeki nih sensorang. Thn lepas aku siap berangan "wah thn depan dah boleh pergi ngan suami". Nak buat camne, dia pergi bertugas, bukan makan angin. Member-member aku ada gak sarankan aku ikut dia, aku tau tak jadi masalah untuk penganjur bagi bilik sbb akupun biasa berurusan dengan mereka..kabel kasar tuh ihiks..tapi mikir aku kena balik sendiri, tawar hati aku. jauh tu..Kangar ngan Kuantan. Apa...naik flight? tak sanggup aku nak tunggu transit kat KLIA..buruk aku sementara menunggu. Jadinya aku tetap di Kuantan, abang tetap bertugas. Takper...dia balik kang aku boleh gi bercuti lenlama sket cam awal bulan nih
Minggu ni aku beri cuti pada diri sendiri. Memandangkan student aku semer peksa, aku manjakan diri di opis. Aku banyak rilek daripada buat kerja. Aku menolak untuk diberi kerja. I deserve a break after being cluttered up with tonnes of works. Aku cuma settle yang penting jer, yang lain aku tutup sebelah mata...untuk minggu ni jer. Minggu depan rutin biasaler.
Aku dapat artikel di bawah ni (boleh dipanggil artikel ke? tolong betulkan kalau aku silap) dalam inbox Outlook semalam. Amat baik untuk dijadikan panduan dan iktibar untuk suami, isteri, bakal suami, bakal isteri. Kita selalu take things for granted..so bacalah, hayati kandungannya.... pandang dgn mata, lihat dgn hati, renung dgn akal.... Semoga yang baik dapat kita contohi bersama......
Syurga rumahtangga itu fitrah Ilahi
Naluri semulajadi yg. pinta diisi
Kerananya 'jejaka' rela menjadi suami
Kerananya 'perawan' rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yg. satu tapi jalan berliku
Destinasi sama kaedah berbeza
Lalu bermacam-macamlah jalan ke sana
Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
(gah! suamiku seorang jutawan)
Tak kurang yg. merasakan
Bahagia itu pada rupa
Ditempa oleh wajah rupawan
(wah! isteriku seorang jelitawan)
Sesetengahnya berkeyakinan
Bahagia itu pada nama
Dibaja gelar yang glamour
(ah, isteriku seorg. celebrity)
Ramai jua yg. merasakan
Bahagia itu pada kuasa
Dituai oleh pangkat dan jawatan
(wah, suamiku seorang negarawan)
Pelbagai jalan menimbul dilema
Mencari yang benar mempelai tersasar
Kalaulah bahagia itu ada pada harta
Kalaulah bahagia itu ada pada nama
Kalaulah bahagia itu ada pada rupa
Kalaulah bahagia itu ada pada kuasa
Kenapa Charles & Diana berpisah?
(seorang putera & seorang puteri)
Kenapa Elvis & Priscilla berpecah?
(seorang seniman & seorang seniwati)
Kenapa Onasis & Jackie bertelagah?
(seorang jutawan seorang celebrity)
Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertakkhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila sakit tak gundah
Bila gagal tak resah
Bahagia itu KESYUKURAN
Bila kaya pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tak alpa
Hakikatnya bahagia itu KETENANGAN
Bila hati mengingati Tuhan
Firman Allah "Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketengan pada hati" Suami isteri sama-sama mengerti Maksud terseni takdir Ilahi Itulah zikir yang hakiki Binalah rumahtangga atas tapak iman Tuliskan niat luruskan matlamat "suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi" "isteriku, kaulah permaisuri hati penyeri Islamku nanti" Muktamadlah akad sahlah nikah Dengan nama Allah Gerbang perkahwinan pun terserlah
Diatas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
"Isteriku, taatilah hukum Allah"
"Suamiku, patuhilah sunnah Rasulullah"
Binalah hidup di neraca makruf
Rumah jadi sambungan madrasah
Serinya kerana solat
Indahnya oleh munajat
Tapaknya.........iman
Jalannya...........syariat
Natijahnya............akhlak
Tiga penjamin segala
Kunci kebahagiaan rumahtangga
Dan terciptalah: "setia dan penyayang suami"
"cinta dan kasih isteri"
Lalu berbuahlah: 'mahmudah demi mahmudah'
Yang melahirkan 'soleh dan solehah'
No comments:
Post a Comment