Sejak aku menjurnalkan diri nih, bukan saja aku dapat kawan baru..aku juga dapat jumpa balik kawan lama. Ukhuwah dapat dijalin semula. Aku jumpa miyyah, junior aku masa kat UIA, bilik dia atas bilik aku jer. Seronok rasa. Bila baca jurnal dia, aku dapatlah info pasal adik adik aku masa belajar dulu. Masing-masing dah bawa haluan sendiri..cam kakak2 diaorang jugak
Mengimbau kembali zaman belajar aku rasa zaman tulah yang paling enjoy. sapa tak setuju angkat tangan. Something wrong somewherelah..ihiks. Kelompok kami kecil jer. Satu intake lebih kurang 30-40 orang jadi kami nih kira closed-knitted family ler. Duduk satu blok pulak tuh, havoc tak terkata. yang paling aku ingat, kalau ada spotcheck memasing tak nak check blok aku. Poster ke, notis ker, iklan ker mesti berconteng, betulkan grammar hahaha. Aku grad awal satu semester, 3 thn setengah. Jadinya aku nih boleh kata tercicir perkembangan member2 ler. Kalau nak berjumpa balikpun biasanya bila ada geng yang kahwin etc. Setakat nak buat gathering tuh memang payah..yelah memasing ada jadual yang ketat, dok pulak serata Malaysia. Sekarang ni dapat berutus e-mail pun kira mujur dah.
Aku tengah sibuk buat poster ngan banner utk program Hari Berbahasa Inggeris tempat aku mencari rezeki nih. Setiap hari Isnin, semua staff diminta menggunakan bahasa Inggeris dalam pertuturan. Ada Spot-Talk pada Isnin pertama setiap bulan. Bagus juga, setidak tidaknya ada usaha untuk menguasai bahasa tu. Yang aku pasti, hari Isnin akan jadi hari paling sunyi eheh..mungkin pada mulalah..dah biasa nanti mereka akan rasa manfaatnya. tapi ini budaya yang dah lama terpupuk..kena paksa baru nak buat. Masing2 takde inisiatif nak belajar sendiri...ada yang cuba kena gelak pulak, kena cop mengada2, menunjuk2 etc. Kat IPT pun sama jer. Kalau kita berbahasa Inggeris sesama kaum sendiri mesti kena pelecehlah..I talk thru experience. Aku rasa sikap ni betul betul merugikan diri sendiri. Aku tetap berpendapat, kita kena ubah dulu sikap dan pemikiran, baru senang nak menerima sesuatu.
Hari ni aku rasa cam nak makan nasi ayam, tapi kat sini takdelah yang betul2 sedap. bolehlah... ermmmm apa kata kalau aku tepon abang ajak dia makan...
No comments:
Post a Comment