Monday, October 07, 2002

Keluarga....?

Bersama dengan orang yang tersayang memang menyeronokkan walaupun aktiviti yang dilakukan cuma menonton TV. Tapi berapa ramai daripada kita ada masa untuk itu? Berapa ramai daripada kita luangkan masa untuk keluarga? Senario biasakan..emak kat dapur memasak, ayah kat luar baca suratkhabar atau tengok TV, anak main sensorang..tak pun kena paksa buat kerja rumah.

Lagi pulak sekarang, mak bapak kerja siang malam, Sabtu Ahad pi functions, pi main golf. Anak balik jer sekolah kena pi tusyen, sabtu Ahad kena gi main piano pulak. Kat umah tuh cuma ada orang gaji. kalau dikira berapa patah perkataan yang ditutur sesama mereka, aku rasa boleh kira ngan jari.

Kadang-kadang we take things for granted. Aku tak terkejut kalau ada anak yang tak tau bila hari lahir ibu bapanya atau sebaliknya. Pada mak bapak sekarang, cukup dah kalau anak2 cukup makan pakai, bagi duit belanja dan anak dapat nombor satu dalam kelas. kat mana agaknya mereka letak nilai kekeluargaan tuh? Apa keluarga nih hanya literally ayah ibu dan anak?

Aku jalan ngan abang semalam, hari minggu kan..lepas tolong mak mertua kau masak nasi kerabunya yang best tuh.aku bersiap..pastuh gi kenduri umah kak iza, pastuh kami merayau ke Kuantan Parade. Aku beli kasut baru, baju baru. Aku tengok juga ramai pasangan berjalan cam kami. Yang muda, yang tua..aku jadi memikir macamni ke aku masa tua nanti...berjalan sorang di depan sorang di belakang, macamni ke anak aku nanti, berkepit sampai tiada ruang antara mereka?

Tapi itulah senario biasa kat Malaysia nih..lagi lagi orang sebangsa dengan aku...masa bercinta bukan main dekat, rapat..tangan tak lepas. Tapi lepas kawin semakin renggang. Malu dilihat orang katanya. Kenapa mesti malu sedangkan dah ada ikatan yang sah?

Aku nak ubah semua nih. Aku boleh mulakan dari rumah. Pembaharuan mesti ada risiko. Aku tak terkejut kalau orang sebelah menyebelah bercakap di belakang. Tapi itukan senario biasa. Nak memulakan sesuatu memang payah tapi bila dah berhasil..aku yang akan bertepuk tangan..insyaallah.

Aku nak memasak bersama suami dan anak. Aku nak menonton TV bersama mereka. Biar waktunya sedikit tapi kesannya panjang. Aku masih nak berpegang tangan walau dah tua. Aku teringat satu pernyataan..tak ingat baca di mana..anak yang bermasalah ialah anak yang tak pernah melihat kemesraan antara ibu bapanya. erm...aku nak cuba juga..tunggulah kalau Allah beri rezeki pada kami.. insyaallah

No comments: