Tuesday, October 19, 2004

Flash Back

Bila masuk bulan Ramadhan, banyak blog yang akan mengimbau balik kenangan berpuasa bersama yang tersayang, arwah ayah, arwah ibu, zaman kanak2, macam2 lagilah. Blog aku pun tak terkecuali sebenarnya, kalau aku tengok balik arkib tahun2 lepas memang banyak. Tahun ini tahun ketiga berpuasa tanpa ayah. Aku masih rindu dengan ayah walau dah 3 tahun dia pergi. Al-Fatihah.

Kalau tanya pasal persediaan raya, tahun nih memang untuk anak ajelah. Aku dah tua, pakai yang mana ada pun dah cukup. Yang pasti persediaan untuk emak dan adik aku kat Klang tuh aku dah selesaikan dulu. Emmm.. kuih muih biasa jer, jenis tunjuk2. Aku tak reti buat kuih. Kalau masak lauk pauk tu insyallah.

Tiap kali bulan puasa datang, aku mesti masak makanan yang aku biasa makan masa kecik2 dulu. Asalnya mak masak sebab kami bukan orang berada, asal boleh untuk alas perut dah memadai. Tapi dek kerana selalu makan, dah jadi sebahagian favourite aku pulak. Pernah makan nasi berlaukkan hanya betik muda yang ditumis, atau pucuk ubi rebus yang digaul dengan minyak jelantah?(minyak yang dah berkali2 diguna). Aku selalu jer. Waktu hari raya pasti aku akan buka tin sardin untuk dimasak kicap, buat pencicah ketupat atau nasi impit. Sampai sekarang aku masih masak sekali sekala. Kalau nak merasa ayam atau daging, kenalah bertandang ke rumah saudara mara.

Sekarang aku rasa sedih, rasa marah kalau masih ada mulut yang merungut pasal makanan yang terhidang depan mata. Bilalah kita nak belajar bersyukur ya? Orang kat negara luar mati tak makan, kita mati terlebih makan...


Arief ku sayang

Arief demam, hari ni dah masuk 3 hari. Tak panas mana suhu badan dia tapi masih tak kebah. Muntah juga sekali sekala. Telefon mak, mak kata mungkin demam beli... nak tumbuh lagi sebatang gigi (yang ke 4). Ya... Arief baru 7 bulan tapi gigi sudah nak masuk 4 batang. masih belum merangkak betul. Malam ni nak bawak ke pead, nak buat thorough check up. Manalah tau ada apa2, biar aku beringat sebelum apa2 yang buruk terjadi, Ya Allah, lindungilah anakku. Amin.


kerja.. kerja.. kerja..

Sempena ramadhan nih kami kena datang opis pukul 8.00 pagi huhuhuhuhu, yang biasa pukul 8.30 pun kengkadang terpeleot. Balik pukul 4.30 petang. Tahun lepas, masuk kerja tetap 8.30...hmmm lain management, lain ler cara perlaksanaannya. Aku kulisetif, bukan eksekutif.. jadi aku cuma diam dan cuba tak tidur lepas sahur dan solat subuh.


'trut... trut....truuutttt' "ya abang, waalaikumsalam, ada apa?... ha?... percik ikan kembung?.... emmm.. boleh... abang beli bahan2 dia dulu, kang balik lin terus masak"

Maka aku tak payah memikir nak masak apa malam nih. Ketua chef dah bagi menu eheh.


No comments: