Semalam birthday Adneen Humaira yang ke-4. How time flies. Dah 4 tahun dah. Rasa baru je aku teran keluar budak ni hihi.
Mengandungkan dia banyak cabaran. Aku duduk sorang2 kat Putrajaya sampai la nak dekat bersalin. Masa tu Arief duduk ngan mak aku kat Klang. Abang kat Kuantan. Rezeki budak ni lah aku naik pangkat dan lapor diri kat Shah Alam. 4 hari lepas tu akupun bersalin.
Masa pregnant 5 bulan aku tergelincir kat tangga umah MIL kat Kuantan. Masa 7 bulan eksiden kat Putrajaya. mujru tak jadi apa2.
Alhamdulillah, proses bersalin budak ni senang. Pukul 5.30 pagi start rasa sakit. 7.00 pagi sampai sepital. 8.30 pagi sekali teran keluar dah. Happy sungguh msa tu sebab dah dapat sepasang anak.
Ok fast forward 4 tahun...Semalam sambut birthday dia kat Taska ngan kengkawan kelas. Simple yang amat sebab aku banyak kerja opis haha...beli kek je. Air pun Taska yang sediakan.
Ini keknya. 2 kilo dengan edible image barbie. Heh padan ngan nama Humaira..semedang nak pink.
Happy birthday to u, happy birthday to u, happy birthday to kakak, happy birthday to u. Kengkawan nyanyi. Senyum simpul je budak ni. Semua cikgu n kengkawan panggil dia ni kakak.
Kengkawan tengah makan kek. Seronok tengok gelagat bebudak ni. Dengan aku pun derang panggil cikgu haha..sebok la berebut nak bunga atas kek tu..comot ngan buttercream muka sorang2. Comel.
Kakak ngan abang tak makan langsung kek tu. Dah boring kata abang. Dah ibu asyik buat kek/muffin je kan. Ibu interprem ya. Mintak suap kek la katanya..
Dalam kereta ni, nak balik umah. Kakak kata "ibu, kakak nak buku barbie"
Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke-4, anak ibu Adneen Humaira. Ibu bangga dipilih untuk jadi ibu pada kakak. Ibu bangga punya anak perempuan macam kakak. Dengar kata ibu walupun kengkadang buat perangai jugak. Ibu takde hadiah yang mahal untuk kakak. Ibu cuma ada kasih sayang yang tak berbelah bahagi untuk kakak.
Doa ibu agar kakak jadi anak yang solehah, yang dapat mendoakan kesejahteraan ibu di akhirat kelak. Doa ibu agar kakak membesar menjadi wanita yang baik budi pekerti, yang bijak membawa diri, yang akan menjaga nama baik keluarga dan martabat sebagai seorang wanita. InsyaAllah..
Ibu sayangggggggg kakak..
Friday, April 29, 2011
Wednesday, April 27, 2011
KEPERLUAN PAM SUSU KAT OPIS
Hahaha tajuk ntah hapa2..janji paham sudah lah. Kali ni nak bercerita pasal pam susu kat opis. Ramai member tanya aku pasal ni sebab mereka pun ibu muda atau bakal ibu dan berminat nak belajar pasal penyusuan ibu secara eksklusif. Alhamdulillah, aku cukup seronok untuk menjawab.
Cumanya jawapan dan guide ni based pada pengalaman aku je ya. Yang aku praktikkan sejak bersalinkan Arief 7 tahun lepas, sampai la sekarang. Lain ibu lain pulak pengalaman masing-masing. Guide ni kira yg aku buat masa Riefqi lah sebab dia duduk nursery. Kira pengalaman baru jugak ni sebab abang ngan kakak duduk kat umah nenek dia je.
Entry bergambar je la..senang paham *mentang2 ada kamera baru muahaha..
Pump
Aku guna 2 jenis pam. Electric double pumping jenama MODU untuk pam kat opis. Ni baru dapat few days back. Sebelum ni aku pakai Medela Free Style. Tapi baterinya terhempas dari tingkat atas rumah aku..berderai huhu..so beli MODU sebab murah hihi..Performance ok (nanti aku buat review pasal MODU ni). Pam lagi satu MEDELA Harmony. Yang ni manual. Aku guna in between feeding. Kalau rasa breast masih penuh lepas Riefqi menyusu. Kat gambar tu hasil pam sesi kedua pagi ni. Dapat 7oz
Storage
Aku guna plastik jenama Suri dan Autumz. Botol plak guna MLO. Kalau store guna botol cepat la penuh freezer kan. Botol cuma diguna masa pumping dan transport ke rumah. Lepas tu aku alih ke plastik dan masuk freezer. Walaupun plastik tu boleh simpan sampai 120z, aku cuma letak 30z. Cukup2 sekali feeding. Senang pengasuh nak panaskan.
Susu tu aku asingkan dalam beg plastik besar ikut bulan. 1-15hb dan 16-30hb. Jadi senang nak guna kemudian. 2 plastik ni stok 15-30hb 4.
Coolerbag
Inilah dia. Aku ada 2 beg. 1 untuk bawak ke opis, masukkan sekali ngan pam lah. Satu lagi untuk Taska. Aku guna beg MLO sekali ngan icepacks.
Jadual pam
Kat opis biasanya aku pam 4 kali. 20 minit setiap sesi dengan jadual lebih kurang camni lah
Sesi 1 - 8.30 pagi
Sesi 2 - 11.00 pagi
Sesi 3 - 1.30 tghri
sesi 4 - 4.00 petang
Kadang2 3 kali je bergantung pada jadual kerja aku la jugak. Sehabis boleh kena cuba ikut schedule ya.. Aku bagitau je boss aku yang aku ni susukan anak. Staff pun paham kalau aku tutup pintu bilik tu mmg tengah mengepam la.. Sambil2 pam tu buat kerja gak la. Oh..aku gantung gambar breastpump kat tombol pintu.
Kalau dalam perjalanan, aku belasah pam dalam kereta walaupun on the way nak pegi site ngan driver. Aku gunakan nusing cover. Senang kan..Malu? tak la..dah itu makanan anak aku..tak pam kang takde makanan la si botak tu.
Jumlah Perahan
Tak tentu juga. Kengkadang banyak, kengkadang ok je. Average dalam 20-25oz lah sehari. Ada jugak pernah 10oz jer huhu..Tapi kena positif, itu rezeki Riefqi hari tu kan.. Biasanya 1st session tu banyak dan makin kurang sampai ke 4th session tu.
Ada yang tanya cukup ke baby hisap nanti sebab last session pukul 4, amik anak pukul 5.30. InsyaAllah cukup. Sebab bila breast kosong, lagi cepat akan full semula. Kena yakin.
Supplement
Setakat ni aku cuma amik 2 supplement. macam dalam gambar ni lah. GNC tu multivitamin untuk pempuan. Memang aku amik lama dah pun. Yang catalyst VCO ni baru cuba. Ada testimoni kata boleh rangsang pengeluaran susu. jadi aku cuba lah.

Tuesday, April 26, 2011
SEBOK
Monday, April 18, 2011
MERANGKAK
Budak ni paling cepat berbanding abang ngan kakak dia. Masuk 6 bulan ni..dah merangkak..sekarang kena bentang lapik besar..takut dia tersembam atas lantai. Dah tersembam pun haha..
Baru 4 -5 tapak je..tapi ibu rasa seronok tau..chaiyok
Ini menu pertama selepas 6 bulan..bubur kosong dan air kosong. Riefqi buat muka pelik masa ibu suap air kosong, lagi muka pelik masa rasa tekstur bubur kosong tu...dapat la 2 sudu masuk perut, 3 - 4 sudu lagi penuh muka kahkahkah..takpe la slow2 la sayang. Minggu ni menu sama, minggu depan ibu masak ngan bilis ok.
Friday, April 15, 2011
6 BULAN
Hari ni 15 April. Genap 6 bulan umur Riefqi. Tadi bawak dia pi jab hepatitis B. Berat naik 100gram je huhu..penangan demam teruk hari tu agaknya. Tingga naik 2cm dan ukur lilit kepala menten.
Dan aku dapat soalan bonus pagi ni dari akak tgh peknen "bagi baby susu apa?" aku jawab "susu badan je" dia tanya "eh peliknya..tak mula bagi susu tin lagi?" aku jawab "tak." dia cakap "ala kalau tak mampu beli je yang murah2, kesian anak" Aku senyum je..anggap je la akak tu kurang pendedahan kebaikan susu ibu.
Dan Akan bermula la episod baru hidup dia iaitu belajar minum air masak dan belajar makan. Malam ni aku akan masak bubur kosong. Esok ngan lusa sesi trening.
Nota untuk ibu-ibu baru..(mcm la ramai sangat yg baca blog ni ye haha), mula2 tu memang baby cuma akan rasa2, juih2 mulut dan biasanya taknak pun bubur tu. Takpe la..dah seumur hidup 6 bulan cuma menyusu kan, jumpa tekstur baru tentu pelik. Biasa ngan puting, tetiba jumpa sudu..tentu heran.
Lepas 3-4 hari boleh kenalkan dengan sayur pulak, dan lepas 2 minggu boleh la kenalkan dengan ikan bilis. Tak perlu garam/gula/perasa sampai la umur bayi 1 tahun. Pemanisnya susu ibu.
MESYUARAT DAN LAPORAN
Minggu depan ada 4 mesyuarat kena hadir, dan beberapa laporan serta 1 kertas pembentangan kena siapkan. Rasa nak pitam pun ada..

Semalam kan aku pegi buat pemantauan kat Projek Agropilitan gahai, Lipis. Aku pegi kat umah akak tu..Akak tu kata mangga kat gambar tu masih putik. kalau masih putik besar tu..kalau masak mau besar dulang..
Wednesday, April 13, 2011
DURIAN
Dah dekat seminggu anak-anak aku merengek mintak durian. Bapaknya kata tunggu musim. Dah tekak budak mana tau tunggu musim ye tak. Semalam balik kerja aku beli 3 bijik. Dapat plak 1 bijik pree.
Sampai rumah, barang pun tak angkat lagi bawak masuk rumah. Dah lari ke dapur amik dulang, amik pisau, amik kain buruk. Punya la tak sabar nak makan durian. Habis sebiji 2 beradik tu makan. Riefqi terkebil-kebil je la haha..
Aku? aku makan seulas je. Ntah..rasa tak nak makan plak, Padahal masa mengandung aritu Ya Allah..sampai kena suruh berenti makan.
Kejam ye aku..bg derang makan depan pintu belakang haha..
Tengok abang..tu ngah ulas ke berapa tu..
Oh sangat syedap durian ini ibu..seriyes mmg itu yang dia cakap.
Si botak ni hanya mampu pandang je hihi..
Tengok anak2 hepi makan durian. Aku pun hepi jugak. Bukan susah nak buat budak hepi kan..

Tuesday, April 12, 2011
MAHAL
Tengok berita malam tadi. serombongan 50 orang makan ikan patin kat Temerloh dan kena bayar RM13K. Average sorang kena charge RM260. Walawei biar betoi. Aku selalu jugak makan ikan patin. Patin buah lagik! simple math la kan, kalau seketul RM40 pun, dan kalau aku makan 2 ketol pun tak sampai RM100 kan. Sekali ngan nasik dan lauk2 lain lah tu.
Tapi tak pulak disebut samada rombongan ni menapau lauk patin tersebut dalam skala besar. Puas la menjawab pekedai tu nanti. Pengajaran buat kita, lain kali nak makan kena tanya harga bebetul. Teringat plak kes kepala ikan tongkol berharga RM45 few years back kan.
Aku ngan abang suka makan ikan krai. Daging dia manis..Kalau ikan fresh harganya dalam RM38 sekilo. Tapi kalau dah digoreng boleh cecah dekat RM100. Jadi aku selalu beli ikan krai kat Pasar Malam Indera Mahkota. Seekor dalam RM50 lah..potong 4 dan boleh masak 2 kali kan.

kan aku cakap aku beli kamera kan..ini gambar pertama. Aku dah kurus sikit haha..Si Riefqi plak lebih suka duduk dalam tu berbanding sling. Tak kisah la..
Ini skill terbaru budak botak ni.
Ni nak mandi nih..budak busyuk..
Monday, April 11, 2011
KAMERA
Aku beli kamera. Nikon coolpix je pun. Disebabkan kamera lama dah rosak dan aku malas nak ngambik gambau guna telefon. Damage cuma RM488. 14 megapixel dan automatic scene. Tak payah nak set2 profile ke, portrait ke, dim light ke hapa..tekan jek. Pagi ni aku tengok ada berbelas2 gambar kipas, aircond, lubang idong Riefqi dan lubang jamban jugak. Tak kerja Arief tentu kerja Adneen.
Minggu ni ada Temerloh Mountain Bike Challenge. Abang kena jadi pengadil. Aku ingat nak pegi jugak la. Lama dah tak jumpa geng2 basikal, geng2 komisar. Masa derang race aku boleh bawak budak2 pi jalan2. Kuala Gandah ke kan..duduk umah pun boring jugak. Kena carik hotel nih, sure penuh. Ala kalau takde boleh je lepak umah member aku.
Khamis ni nak pegi Kuala Lipis. Projek Agropolitan Gahai. Ada group dari UKM buat study dan projek bawah Kementerian aku ni salah satu komponen kajian. So Makngah kena bagi sikit taklimat dan buat lawatan tapak la. Huih lama tak pegi lawatan tapak jauh2 ni haha.. Semalam jugak aku beli slow cooker yang besar sikit. Disebabkan kalau masak bubur Riefqi, si Adneen mesti nak mengendeng jugak kan..murah je pun Alhamdulillah. So malam tadi try masak start pukul 10 mlm. Pukul 6 pagi tadi dah molek masaknya. Setting low.
Semalam jugak potong rambut Adneen. Dah menggerbang2 mcm langsuir aku tengok. Kalau aku nak ikat punya la susah, cuba cikgu..lajuuuuu je hulur kepala. Jadi sejak minggu lepas operasi memujuk bermula. Cakap la potong mcm Dora cantik bla bla bla..minah ni termakan jugak pujukan haha..so mlm tadi tebas ngan abang dia sekali. Eh..comel plak rambut pendek camtu. Ye la..dah mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan..
Aku dah masuk bilik sendiri kat opis. Yeay! senang sikit nak ngepam susu. Sebelum ni share. Lepas renovate opis maka dapat la duduk sorang2. Tapi aku suka buat kerja kat luar plak. Kat meja staff aku.
Tau ni baru bulan 4. Tapi aku dah pikir nak beli kain buat baju raya. Ye la kang lambat sure tak sempat. Dan kena bajet2 jugak la kan. Yang pasti kena beli sikit2 untuk bebudak ni. Aku pakai baju opis pun bukan org perasan. Rasanya tahun ni nak tempah designer label lah..(mampu?) warna coklat nampak sangat sweet kan..
Dan oh...berat badan aku kan naik lepas abis pantang aritu. Aku dah start consume Herba Life semula sejak 2 minggu lepas..(lepas buat bajet la..kan dah kena bayar kereta semula kan). Dan berat aku dah turun 2kg. Alhamdulillah. Rasa sangat berat lah huhu...org lain breastfeed kurus, aku gemuk plak. Sampai aku pegi sepital buat test lah..doktor cakap hormon tak betul. Yeah what's new kan..dengan cycling activity yang tak serius mcm dulu nih...dan dengan umur yang makn meningkat, dengan metabolisma yang makin turun kan..kena lebih giat usaha. Tapiiii aku tetap menten lawa hahaha..

Friday, April 08, 2011
BREASTFEEDING THE END OF 1ST PHASE
Alhamdulillah. Lagi 1 minggu maka berakhirlah fasa 1 exclusive breastfeeding untuk Riefqi. Lagi 3 fasa untuk ditempuhi. InsyaAllah Angah boleh!
Secara keseluruhan putera ni agak berbeza dengan abang dan kakaknya. Riefqi tak consume bayak sangat di Taska. Cuma 12oz lebih kurang lah. Reverse Cycle baby kan..He gets most of his calories masa aku kat rumah. Sebaik saja masuk kereta, dan selang sejam or so kat rumah. After midnight dia akan bangun 3 kali untuk menyusu.
Takkk aku tak mengantuk sangat sebab ibu yang menyusu sepenuhnya ni dapat deep sleep yang bagus. Tentu ibu2 perasan kan, masa kita menyusukan anak atau pam susu kita akan rasa mengantuk dan senang terlelap.
Stok susu pun Alhamdulillah, cukup. Disebabkan aku pam kat opis dapat everage 20-25oz jadi stok ok lah ada surplus disitu kan.
Dan keterujaan aku tentu sebab minggu depan dah boleh kenalkan Riefqi dengan solid food. Dan rutin aku akan bertambah iaitu masak makanan Riefqi, ujung minggu akan tambah aktiviti rebus/stim/puree buah2an dan sayur untuk bekal dia nanti.
Takkkkk aku tak rasa terbeban pun sebab pengalaman aku dengan 2 anak sebelum ni, anak2 yang kita bagi makan buah/sayur/bubur ni tak akan memilih makanan bila makin besar. Semua pun dia boleh bedal. Lagipun tastebud dia dah terbiasa dengan rasa makanan ni semua kan..
Cuma kali ni aku ngada2 sikit hahaha..aku beli bottle/food warmer pastu aku beli feeding set MAM yang susunya tukar kaler bila makanan terlalu panas dan tak sesuai untuk bayi. Ala dulu pun takde benda ni semua pun ok je kan.. Eh..kan aku cakap aku ngada2.
So minggu depan akan bermula journey fasa 2 breastfeeding dan starting solid food untuk Riefqi bambam...wish me luck!!!

Thursday, April 07, 2011
LOLIPOP KAKI
Aku perasan ada iklan lolipop baru kat TV. Yang aku pelik apsal dibuat bentuknya bentuk kaki..hish takde selera aku nak menjilat kaki! Demam Adneen dah ok cuma pagi tadi sangat liat nak tinggalkan dia kat school. Dekat 1/2 jam aku pujuk. Alahai.. Pagi tadi hampir eksiden disebabkan sorang driver mangkuk hayun tahap dewata raya yang duduk kat lane kiri kat simpang empat tapi nak masuk simpang kanan. Lane kiri tu untuk terus dan simpang kiri je la bodoh!! Aku ni duduk lane kanan untuk terus dan simpang kanan. Jadi bila lampu hijau, aku terus dan dia nak ke kanan..sikit lagi nak hentam kereta aku..BANGANG!!! mujur anak2 aku duduk kat carseat. Dengan brek emergency camtu maunya terperosok patah riuk kat bawah seat/dashboard kalau tak guna carseat. Meraung Adneen ngan Riefqi. Hish memang BANGANG! lesen beli ke hapa! Aku lagi bengang bila fikir yang disebabkan driver mangkuk hayun camtu la banyak nyawa melayang. Ada dia berenti? takde!!! tapi takpe aku dah dapat nombor plate. Tau la aku nak mengajar driver tuh nanti. Kejap lagi nak call JPJ negeri tanya sapa empunya kereta. Tau la aku nak ngajornye..
Wednesday, April 06, 2011
INTERNET
Malam tadi aku saja2 borak dengan Adneen. Aku : Kakak lelaki ke pempuan Dia : Pempuan la..kakak pempuan, ibu pempuan, ayah lelaki, abang lelaki, adik lelaki Aku : Ye ke..mana kakak tau kakak pempuan Dia : Kat INTERNET.. Aritu aku borak2 ngan Arief Dia : Ibu..malam lailatul Qadar tu apa (kes belajar kat sekolah tapi tak paham) Aku : bla bla bla (menerangkan sefaham aku la) Itu je yang ibu tau..nanti bu carikan la, ibu baca buku, pastu ibu bgtau abang ok.. Dia : Ala...ibu bukak INTERNET je la.. hahaha..nampak sangat maknya ni pelayan internet tegar.
Tuesday, April 05, 2011
DEMAM
Seminggu lebih takde entry. Bukan sebab malas tapi sebab anak2 tak sihat.
Minggu lepas aku langsung tak pegi kerja sebab Riefqi demam panas dan selesema. Isnin lepas bawak pegi Pusat Kesihatan. Suhu badan dia 38.4. Sangat panas kan, jadi kena cek darah sebab dah 3 hari demam. Alhamdulillah cuma jangkitan kat tekak dan bukan denggi. Aku risau jugak dah musim2 denggi sekarang ni.
Hari Rabu masih tak berubah. Doktor pun cuma bagi ubat demam Fepril ngan antibiotik je. Polisi hospital/klinik kerajaan memang takkan bagi unat selsema dan batuk untuk baby bawah 2 tahun. Tapi kena telan 5ml. Tak sampai hati plak aku tengok Riefqi menggelupur nak ngabiskan 5ml tu. Jadinya aku pegi ke klinik yang memang sejak azali aku pegi sejak Arief lagi.
1 sesi nebulizer sebab selesema hidung tersumbat. Ubat demam / selesema /kahak dan antibiotik yang kuat. Aku tawakal je la. Apa saja yang terbaik untuk anak aku kan. Alhamdulillah buat pertama kali sejak Sabtu, dia boleh tidur lena dan menyusu dengan baik. Dah bayang la aku terpaksa pam susu sebab dia tak boleh nak menyusu sangat. Dah idung tersumbat kan..Alhamdulillah juga by Jumaat dia dah gelak2 macam biasa.
Dan..upah pada demam dan selesema seminggu tu...Riefqi dah ada 2 batang gigi bawah dan dah mula merangkak setapak dua. Dan dia belum pun 6 bulan. Sangat cepat ini budak! Lepas ni kena cari bawah2 tangga la nampaknya..pasang gril kat tangga jugak. pastu lantai bersih sebab ada tukang mop guna lutut.
Oh...Adneen pulak demam sekarang ni. Mula dengan sakit mata. Dah 2 hari ni aku bawak dia masuk opis. Boss takde boleh la haha..nak hantar taska pun tak boleh kan. So what choice do I have? Nak amik maid pun amsih berkira2 nak ke tak..nak ke tak..
BIRTHDAY ARIEF
Ahad nan silam buat birthday Arief bersekali ngan 2 sepupu dia kat McDonald Telok Chempedak. Ye la aku kan malas piang nak masak bagai kan..Everything went well alhamdulillah. Cuma aku la tak enjoy sangat sebab menjaga Riefqi yang demam. Mujur tak crancky tapi most of the time tu bergayut jer la kat nenen. Mujur ada sling yang sangat membantu.
Bulan ni birthday Adneen pulak. Cadang yang sama je la, buat goodies bags untuk hantar kat Taska dan buat birthday sama sepupu2. Eh birthday aku sapa nak buat goodies bags?
BALASUNGKAWA
Takziah untuk Kak An sekeluarga atas perginya puteri bongsu Munirah Huda pada 1 April 2011. Arwah berusia 8 bulan, mengadap Ilahi kerana pneumonia. Semoga Kak An sekeluarga cekal dan tabah dengan pemergian arwah. Aku suka baca blog Kak An ni dan cedok resepi2 dia untuk dicuba...
Takziah untuk sahabat berbasikal aku Arel, atas perginya Ibu beliau pada 3 April 2011. Mama Arel meninggal dunia lepas lebih setahun menderita sakit yang tak tau puncanya. Arwah lesu, lemah tapi doktor kata tak sakit. Aku selalu juga jumpa arwah bila berkayuh di Bukit kapar...sabar ya Arel..

Subscribe to:
Posts (Atom)