Thursday, August 11, 2011

RAMADHAN DAY 11

Sekejap je dah 11 hari ya. Makin nak cuti ni makin banyak pulak kerja menjengah ke meja. Hari ni kerja aku banyak tumpu pada sort out kerja ikut priority dan buat agihan beserta dateline pada anak buah. Sorang kena pegi India berkursus pulak Minggu depan plak ada meeting kat HQ. Malasnye la nak pegi. Boleh jawab gitu pada boss kah?

Semalam berbuka dengan Ikan sebarau masak tempoyak. Hasil pancingan abang. Tak sia2 pegi mancing. petang ni boleh goreng baki ikan tu.

Alhamdulillah Arief bertahan lagi puasa setakat ni. Ada juga dia mengadu tak tahan dah, lagi2 bila tengok adik makan dan minum. Aku pujuk2 la bagi motivasi sikit. layankan apa dia nak makan untuk berbuka, apa dia nak untuk sahur. Bagi rilek2 sementara nak tunggu berbuka tu. Ok la untuk budak berusia 7 tahun. Aku dulu pun dekat 9 tahun baru bebetul nak puasa.

Alhamdulillah dapat bonus 1/2 bulan gaji. Boleh la guna untuk tampung mana2 yang perlu ditampung. Ramai juga yang komplen. Pada aku senang, setakat itu rezeki kita jadi bersyukur lah. Duit ni bagi banyak mana pun tetap la tak cukup kan. Itu normal.

Pada aku hal2 pendapatan / gaji / bonus ni remeh. Kita selalu marah, komplen pasal benda ni tapi pernah tak kita fikir sejauh mana kita betul2 bekerja untuk dapat rezeki yang berkat untuk bawa balik ke rumah. Aku sendiri la..tak payah bagi contoh lain. Dalam masa waktu kerja yang diamanahkan pada kita dari pukup 8 pagi ke 5 petang tu berapa jam yang kita betul2 tumpukan kerja. Aku pun kengkadang culas. masuk FB la, update blog la, pi baca sotkaba la, borak la, datang terlewat la..memang la aku pastikan kerja tak bertangguh, kena siap dsb..

Berapa ramai dari kita pulak yang zakatkan pendapatan kita..Infaqkan pendapatan kita, derma sikit ke kan..yang cukai pendapatan tu lain ye murid2. Bila kita zakatkan pendapatan, kita bersihkan pendapatan kita, kita secara tak langsung bantu saudara seislam kita. Jadi buat la ye..buat potongan gaji. Ala sebulan berapa puluh je pun. bayar Astro pun beratus kannn..

Point aku ialah..kita ni selalu rasa tak cukup, selalu rasa nak lebih. cuba kita ubah mindset, kita hidup dengan konsep Qanaah. Bersyukur dengan apa yang ada. Bersyukur dengan apa yang diberi. Make do of what ever we have, berbelanja ikut kemampuan. InsyaAllah rezeki yang Allah beri tu takkan putus. tapi kena usaha lebih untuk dapatkan lebih la ye..jgn duduk diam je. kalau rasa boss kita best sebab 1/2 bulan bonus dia dapat sama ngan gaji kita 2 bulan jadi kita kena usaha untuk jadi boss mcm dia lah gitewww

Renung-renungkan dan selamat beramal..

Petang ni nak makan ubur lambuk..


7 comments:

oren said...

i like your bebelan today..hiks..

bagi aku, 1/2 bulan gaji nih pon, dh cukup byk, sbb dulu2 cuma dpt rm500 jek kan....

nonie said...

like jugak :) bagus tazkirah bulan2 posa ni...

Angah said...

Oren
sama ngan aku..betul2 bersyukur weh.

Nonie
ingat mengingati je hihi

mamalisa said...

yer..bersyukurlah dari private yg x dpt ape2..bagu 2 bln bonus pun x cukup yer dak?

Dulu gaji aku ciput pun rasa x cukup, bila gaji dah besar sikit ni pun rasa x cukup jugak,last2 lempang je diri sendiri dan cubalah hidup dengan bersederhana dan sentiasalah bersyukur..duit tu dunia semata hohohohoho

Arena said...

Hmm betul, duit tu tak pernah cukup. Kena selalu ingat rezeki dari Allah bukan dari company or kerajaan. As long as diguna ke jalan yang diredhai, insyallah takkan putus. LIKE jugak.

Dinas Aldi said...

Betoi tu. Bagi akak, banyak mana yg Dia bagi, itulah rezeki akak. Kalau bukan rezeki akak, lompat katak ka, tungging buyung ka, buatlah camana pun, takkan datang nya. Bersyukurlah dengan apa yg kita dapat.

jo said...

aku tawakal je.. & berserah sbb rezeki mmg dari Allah