Monday, December 02, 2002

Sabtu lepas aku hampir tak pergi kerja akibat mamai. Minggu sebelum tu kan sabtu bekerja, jadi kepala aku dah set hari tu cuti. Nasib baik dalam pada mamai tu sempat kira minggu. Kalo tak...monteng ler aku. Aku terpaksa kejutkan abang walaupun dia balik rumah dekat pukul 5 setengah pagi. terpaksa kejutkan dia sebab lesen aku mati. kalau tak..aku drive jer. Hari nih aku nak idupkan lesen.

Kesian tengok abang, dah berapa hari kena buat kerja sampai subuh sebab nak cuti raya. Semua kereta kena siap minggu ni. Lagipun pekerja abang nak bercuti juga. Kenalah boss turun padang. Tiap pagi lepas masak untuk sahur aku call dia soh balik makan. Lepas subuh dia tidur kejap. Pukul 8 lebih dah kena hantar aku gi kerja. makin kurus aku tengok. Tapi tu lah..pelanggan lebih utama sebab itu punca pendapatan. Sebenarnya masih ada kereta nak masuk tapi abang dah tolak takut tak sempat siap. Cam tempah baju pulak kan...

Malam tadi ada majlis buka puasa kat Grand Continental. Aku ingat aku yang lambat, rupanya aku antara yang terawal. Antara tentatif semalam ialah buka puasa pastu sembahyang berjemaah. tau jerlah kalau buat kat hotel nih, bukan ada kemudahan beribadat yang bagus. Kami sembahyang dalam dewan..oklah tu. Dibentangkan bed sheet jer. Sedih aku. Lepas sembahyang aku gi ler balik tempat yang aku duduk sebelum tuh. Aik..sapa pulak ngambik tempat aku..aku hot semacam jer. Tau ler free seating tapi kan ke tadi aku dah makan kat situ ye tak. Aku ngan abang melilau cari tempat lain. Dapat juga. Tak per ah..bulan baik nih tak elok marah2. Tapi tu ler setengah orang nih...tak der manner langsung..

Sabtu lepas sapa tengok talk show kat TV? Aku tak perasan TV 1 ke TV 2. Jemputannya ialah Syed Naquib Al Atas. Mereka nih membincang isu tertentulah. yang aku terkilan tuh dah ler moderator tuh tak reti nak menyoal..mesti Syed Naquib tension ekekek. Tapi yang betul betul menyentap akal dan fikiran aku ialah....mereka sediakan minuman atas meja tuh. Dalam gelas see through pulak. Apa ke cerdik sangat pengelola rancangan tuh? Takkan lupa ni bulan puasa. Tak logik kalau minuman tuh dijadikan hiasan. Mana sensitivity? Dah ler rancangan Malaysia...ish ish ish...

Kat tempat kerja aku nih ada seorang staff baru memeluk Islam. Alhamdulillah..bertambah satu lagi ummat Muhammad. Dengar cerita dia, aku malu sendiri. Sepatutnya lepas masuk Islam mereka ni dibimbing untuk jadi orang Islam yang baik budi pekerti dan menjalankan semua perintahNya. Tapi staff nih dibiar jer terumbang ambing dek PERKIM. Tak de tindakan susulan selepas mengislamkan dia. Para Ustaz kat sinilah yang tolong serba sedikit. Ustaz bagitau masa meeting jumaat lepas, saudara baru nih tanya pada dia "Ustaz..Islam tu apa?" Dia dah masuk Islam tapi fundamental thing cam tuh pun dia tak tau. Nak salahkan dia ke? Aku tak rasa camtu. Kita boleh bagi dia berpuluh2 buku tapi tanpa pembimbing tak mungkin dia akan faham sepenuhnya.

Ini tahun pertama dia berpuasa dan beraya. Department aku pakat2 beri sumbangan pada dia untuk persiapan raya. Ada yang melalui pembayaran zakat. Aku bagi sumbangan peribadi jer sbb abang dah bayarkan zakat minggu lepas.

Tapi inilah senario yang berlaku di Malaysia sekarang. Kita risau dengan dakwah kristian yang teruk melanda..tapi pernah tak kita fikir kelemahan sistem kita sendiri. Aku pernah pergi ke perkampungan orang asli, kebanyakan mereka baru memeluk Islam beberapa bulan tetapi mereka tak tau satu benda pun pasal islam..apa lagi sembahyang dan berpuasa. Sedih dan malu aku rasa. Aku rasa kita kena buat pendekatan baru. Jangan selepas mengislamkan mereka kita ingat tugas dah selesai...waallaua'lam. Aku tak berapa tahu...cuma berikan pendapat.


No comments: