Friday, November 26, 2004

Memacam berita

Berita kerja. Tadi ada meeting. Banyak plak lah pembaharuan untuk kebajikan staf yang diperkenalkan. Cet! saat2 akhir aku kat sini plak tuh. Takperlah rezeki kengkawan kan.

Berita teruna aku. Arief dah pandai jeles. Pantang aku dukung anak sedara baru, mesti dia meraung atau tarik muka. Sekarang dia lebih rapat ngan ayahnya dari ngan aku. Nampak jer kelibat abang, terus merangkak cari. Adik ipar aku takutkan teruna aku buat suara kucing ler konon..tak jalan.. bilik gelap selamba jer dia terjah ngan walker tuh. Err... gigi sudah 6 batang. Best jer tengok dia gigit biskut.

Berita yang best, adik aku pun nak menamatkan zaman anak dara anytime soon. mak aku nak buat sekali derap jer, famili lelaki datang tetap tarikh nikah terus. Adik aku tuh dok jauh, takut jugak menda2 jadi. Kalu dah berdua tuh kan... na'uzubillah, jauhkan benda2 yang tak elaok daripada menimpa keluarga aku.

Berita yang hampeh, aku dok jadi pelupa kebelakangan nih, masuk ni dah 3 hari aku lupa bawk handycam ke opis, nak upload gambar raya. hish.. ke ini lagi satu penanda aras aku dah tua?

Berita yang aku tunggu. Nanti aku bagitau bila aku dah dapat berita tu.

1 comment:

Ron97 said...

GATHERING GENGJURNAL 2004/05
Tarikh: 26 Disember 2004
Hari: Ahad
Masa: 02 petang - 07 malam
Tempat: Dewan Sri Pulasan, K6, Universiti Putra Malaysia

UNTUK MELAYARI LAMAN RASMI GATHERING GENGJURNAL
sila klik url http://gath2004.diaryland.com


UNTUK MENYATAKAN KEHADIRAN ANDA
sila klik url ini http://www.fourious.biz/gath/kehadiran


UNTUK MELIHAT PENERANGAN SETIAP ANUGERAH
sila klik url http://gath2004.diaryland.com/gath01.html


UNTUK MENCALONKAN ANUGERAH GENGJURNAL
sila klik http://www.fourious.biz/gath/anugerah/edit.php


UNTUK LIHAT PETA LOKASI DEWAN SRI PULASAN SERDANG
sila klik url http://www.fourious.biz/gath/petalokasi.php