Aku berangan nak masak daging kicap, yum yum... lepas mandi aku sembahyang maghrib pastu ingat nak start semua pukul 8. Sekali aku sedar dah tengah malam. Itulah penangan ubat. Hubby call pun mau tak mau jer jawab. Call emak tanya perkembangan teruna aku. Mak kata "telefon balik nanti, Arief dok manjat rak dapur tuh" Tu dia anak ibu, abis rak dapur pun nak panjat. Panjat lah nak, janji bahagia.
Selesema aku dah berapa hari tak baik2. Penat dah makan gula2 hacks. Ubat lagik. Ni dah start batuk plak. Tonsil aku berjaya buat aku kena selesema semula.
Panas betul kat sini ni, aku rimas betul. Mandi tengah malam pun tak rasa apa. Mungkin sebab tu aku selesema huhuhu. Kat Kuantan tuh sejuk jer, angin sepoi2 bahasa waktu petang. best jer jenjalan bawak anak. Kat sini Ya Allah... kalo nak bawak anak memang garing anak aku bawah matahari. Aku respek orang yang dah lama tinggal kat sini. Tahan panas sungguh. Tapi alah bisa tegal biasa. Lama2 nanti oklah.
Aku masih menunggu peluang balik state. Harap2 cepat bilik gerakan nih tutup operasi, lagi cepat aku boleh dapat posting tetap. Tapi dengar kata peluang tuh 50-50 jer. Takperlah. Kat mana2 pun boleh, masih dalam Malaysia.
2 member satu department ngan aku ke Aceh hari ni jadi sekreteriat. 3 minggu tuh. balik sini harus lebih kaya dengan elaun yang mencanak. Jeles aku. Tapi sebab hantar officer lelaki sahaja, maka kami yang pompuan nih lepak jerlah.
Pukul berapalah aku nak balik hari nih?
No comments:
Post a Comment