Banyak sangat benda berlaku keliling kita, benda yang menyakitkan hati walaupun tak berlaku pada kita, berlaku pada orang lain. Aku sedih jugak dengar dan baca berita pasal mangsa samseng jalanan tuh. Aku pun pelik jugak camner sampai boleh jadi camtu. Sampai begitu sekali tak boleh berfikirnya manusia nih. Aku pelik jugak ngan public yang tak mahu menolong meleraikan pergaduhan (kalaulah sempat bergaduh), Aku pelik jugak tak de sapa2 ke lalu lalang yang terperasan ada orang terbaring di tepi jalan dengan kepala berdarah. Entah aku pun tak tau. Kita ni dah semakin susut nilai menjaga tepi kain orang. Kengkadang kena jugak jaga tepi kain orang untuk jaga tepi kain sendiri.
Aku sebak tengok anak2 arwah yang masih kecil. Ya Allah, setabah isteri mangsa ke aku kalau apa2 yang tak baik berlaku pada keluarga aku. Entah, aku pun tak tau. Aku terfikir jugak, boleh tenang ke hidup orang yang menzalimi orang lain nih? Boleh tidur malam ke mereka? Senang hati ke nak keluar rumah? Aku tetap tak tau.
Bila tengok senarai penderma bencana Tsunami aku tersentuh, alhamdulillah masyarakat kita memang prihatin, berpuluh juta dapat dikumpul. Tapi aku pelik jugak, kenapa masa anak2 kita yang dah berbulan merayu simpati sebab nak buat pembedahan untuk teruskan kehidupan, tak dapat bantuan dengan cepat, tak menderu simpati sedangkan benda tu berlaku di depan mata. Sebab tak dapat pengecualian cukai ke? Entah, aku pun tak tau.
Kenapa aku membebel camni, Entah aku pun tak tau. Anggap jerlah otak aku terkentut.
No comments:
Post a Comment