Masih nak bercerita lagik experience yang membuka mata dan pemikiran aku. Seminggu di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia di Kuala Kubu Bharu. banyak pendedahan berkenaan cara kerja, tugas dan tanggungjawab jabatan Bomba. Memang mencabar kesabaran aku. Semua hands on experience dari pagi sampai ke malam. Jadual memang pack berbanding modul tentera dan obs. Semua latihan aku enjoy tapi ada gak yang mengecutkan perut. Aku buat dalam bentuk senarai lebih mudah kan.
Latihan macam repelling, usungan, menyelamat di daratan, kawad hose, table top bencana tu biasa jer sebab technicallity dia mudah. Yang lain ada sikit susah.
1. Offensive Indoor Fire Fighting (OIFF). Part kena pakai sut khas dan breathing apparatus (BA) dah satu hal berat, masuk dalam kontena berapi satu hal lagik. Padam backdraft pun satu hal jugak. Panas yang amat. Insaf sekejap. Tapi backdraft tu memang cantik, macam ombak.
2. Sewer. Yang ni memang diakui paling mencabar. Masuk kolong gelap 120 meter, ada pulak main hole, turun tangga naik tangga, menyusur rabbit hole, meranduk air separas dagu etc. Itu masih ok.. yang agak k.o sebab kena bawak jugak BA seberat 20 kilo atas belakang. Daripada 84 orang sidang aku, yang lepas cuma 56. Itupun bukan sebab tak larat, tapi sebab oksigen dalam tabung dah habis. Alhamdulillah aku lepas ler, walaupun hujan mencurah2 masa kumpulan aku buat latihan nih.
3. BA Gallery. Yang ini memang aku menyampah sebab kena meraba dalam gelap dan bising mencari jalan keluar. Lagi menyampah sebab lagi sekali kena bawak BA 20 kilo. Petang tuh baru habis sewer plak, lagi ler down motivasi iskh iskh iskh. Apa pun lepas jugak.
4. Road Traffic Accident (RTA). Yang ni aku suka sebab dapat peluang menjahanamkan kereta. Aku dapat tugas pecahkan cermin. ALat dia punyalah kecik cam tak sangka boleh pecahkan cermin tuh. Tekan jer kat bucu cermin. Bentuk alat tuh macam test pen. Part memotong pakai power hawk orang lain buat.
5. Skuba. Woohoo... aku menyelam tuh.. kat dalam kolam jerlah. Memang best sampai aku decide nak ngambik lesen menyelam lepas nih.
6. Smoke House, sama jer cam BA gallery cuma kali nih penuh asap ler. Bila keluar tuh memang memasing bau busuk ler.
7. GAs Fire. Aku suka giler latihan nih. Guna kaedah umbrella, memang syok. Kumpulan aku jer yang dapat peluang ehehehe. Api memang sejengkal jer dari muka tapi tak kena pun sebab terhadang payung air.
8. Hazmat. Aku tak dapat pakai baju angkasawan tuh, aku dapat pakai baju kuning untuk team decontamination. Tugas aku cuci member yang pakai baju angkasawan tuh. Sekali pandang macam teletubbies ehehe. Sekali lagi panas ya amat.
Itu ler antara yang aku ingat. Memang tobat tak nak jadi bomba. Kelmarin masa tengok siaran langsung perarakan merdeka sempatlah beri komen masa bomba lalu dengan suit oren dan BA. Mak Datuk... mesti panas giler dalam tuh, berat lagik kat belakang. Apapun pengalam nih memang an eye opener ler betapa bahaya kerja mereka nih.
Otak aku lega lepas malam tadi sebab dah hantar Laporan Penempatan Daerah. Pepagi dah terpacak hantar. Memang legaaaaaaaaaaa. Boleh concentrate benda lain, macam exam petang nih. Oh petang nih ada exam yer... angah pegi baca buku!
No comments:
Post a Comment