Wednesday, September 07, 2005

Apa nak cerita?

Apa nak cerita? soalan yang selalu aku tanya diri sendiri bila nak update blog, sebabnya pusing kot mana pun blog nih dah jadi tempat tulis apa-aku-buat-hari-ni. Tapi ikut suka akulah kan ehehe.

Minggu lepas modul ekonomi. Aku sikit konfiden masa jawab soalan2 exam tuh. Balik rumah petang Jumaat dan berhempas pulas buat hantaran bertunang adik aku. Alhamdullillah semua selesai dengan jayanya. Cuma teruna aku ada sikit cranky sebab ibu tak amik kisah pasal dia sehari suntuk sabtu tuh. Kesian kat Arief. Abang pun tak balik sebab kena jadi Technical Director kat Mountain Bike Challenge di Ledang.

Teruna aku demam sebenarnya. Minggu lepas kena last jab. Sebelum nih kena jab kat peha, tapi kali nih doktor tuh jab betul2 kat punggung. Kesian teruna aku mengaduh bila nak duduk atau jatuh terduduk. Mulut dia tak habis sebut "aduh atet" "ibu atet". Kot sebab tuh dia demam entahlah. Badan dia pun kengkadang panas kengkadang sejuk. Ni dah oklah... dia nak perhatian agaknya.

Malam tadi ada Malam Nada Merdeka. Overall.. we had fun with tarian, lakonan, nyanyian, multimedia, short film, sajak, nasyid etc. Pengarah Intan seemed to enjoy the show. Well done guys! Aku macam biasa masuk group technical. Jadi camera woman, amik shot utk live telecast. Bunyi macam hebat, sebenarnya escapism! Aku tak reti menyanyi, tak reti menari, tak reti berlakon. Adalah lebih baik aku tak menyumbangkan apa-apa nyanyian atau tarian. Baiklah kalau aku berikan sumbangan tenaga. Lepas nih banyak lagi malam-malam persembahan dan makan malam.


Perhati sana- perhati sini

Semangat asabiyyah sidang lama masih kuat walaupun dah dekat sebulan pecah sidang. Kalau waktu makan dan waktu berkumpul menunggu program, memang boleh nampak dengan jelas bebudak grouping ikut sidang lama. Rasanya bond lebih kuat sebab banyak modul luar.

Baca satu akhbar. Punya seronok dapat masuk U. Rileklah....

Masa cuma plan sibuk bagitau semua orang, masa actual thing bakpe lari sana sini? Buka benda tak elok pun. Lagipun satu Malaya dah tau.

Kesian kat pemenang realiti show nih. Memula kena puji habis, pastu kena hentam habis plak. Dia dah sah2 menang itu ini, yang tekan punat barharga 50sen dapat apa? Lagi kesian.... Tapi dipikir balik, sapa yang menang sebenarnya? kan ke tokei show tuh... hadiah puluh ribu tuh berapa banyaklah sangat berbanding jutaan RM dikaut daripada 50sen menekan punat. Hmmm..

Sebab dihasilkan oleh clan sendiri, seluruh ahli clan wajib beli?

"Apa makna Merdeka?"
"Errrr... errrr... ye lah merdeka kan kita sambut setiap tahun.... happylah." (soalannya.. siapa punya komen?)



IGNORE THIS!

AKU GEMUK AKU MENYUSAHKAN ORANG KE? ADA KE AKU MINTAK MAKAN DENGAN SESIAPA? ADA YANG PERNAH CEDERA SEBAB SAIZ AKU KE? KALAU TAK, TOLONG TUTUP MULUT TU! INGAT SEMUA YANG KURUS TU CANTIK KE? SUAMI AKU PUN TAK KOMPLEN, YANG ORANG LAIN SAKIT MATA TENGOK AKU TU KENAPA?

No comments: