Isnin ngan Selasa depan ada Persidangan Perkhidmatan Awam kat sini. Aku terpaksa rela jadi rapporteur untuk persidangan nih. Membara jiwa rasanya sebab kelas 2 hari tuh memang aku tunggu. Nak belajar buat minit mesyuarat ngan laporan yang betul. Kacau daun betul. Tapi nak buat camne kenalah ikut arahan.
Cerita kelakar seram pagi tadi. Hujan lebat dipagi hari, angin lalu membawa perkhabaran takde suai fizikal. Khabar angin nyata salah. Dalam hujan dipagi hari berjalan juga kami ke Anggerik untuk berdiri dan berborak dekat setengah jam sebelum diberi pilihan, balik semula ke bilik atau terus pergi sarapan. Aku pilih option pertama. Sambung tidur adalah lebih baik daripada makan. Kelas plak kat Dewan Bankuet Imatec. Punya jauh.
Cerita kelakar seram no 2 berlaku semalam. Kena pergi gym untuk ukur jumlah lemak dalam badan. Seperti yang dijangka, aku mesti masuk the elite group. Hadiahnya..... kelas free menukar dahan ke ranting. TAKPE... TAKE IT POSITIVELY... LEPAS NI TAKDELAH ORANG YANG SAKIT MATA TENGOK SAIZ AKU KAN.. KAN...
Esok abang turun KL sebab ada Mountain Bike Challenge kat Kiara nih. Lama tak tengok wayang. Cerita apa best? Lepas teruna aku lahir, priority pun dah berubah, kalau dulu hantu wayang sekarang downgrade jadi hantu DVD jer. Main dengan anak lebih memberikan kepuasan pada aku.
Orang tanya aku kenapa tak enroll teruna aku ke kelas TT ke, kelas Smart Reader ke, kelas Kumon ke. Aku cuma jawab takpe SPM lama lagi, itupun kalau masih wujud SPM. Personally aku rasa cara paling baik toddler besar anak aku belajar ialah dengan bermain ikut suka hati dia. Memanglah kat kelas2 tuh pembelajarannya pun bermain jugak tapi in controlled manner. Teruna aku kat rumah bebas buat apa dia nak asalkan tak membahayakan fizikal dan mental. Nak main tanah silakan, nak pegang kumbang silakan, nak memanjat pun takpe. Biarlah dia rasa seronok explore dunia dia sendiri. Biar dia explore dunia dalam dan luar rumah. Tendang bola bawah kerusi, biar dia fikir camne nak keluarkan. Campak Barney jatuh tangga, biar dia fikir camne nak amik balik. Main tanah tangan kotor, biar dia fikir camne nak bersihkan sebelum makan. Aku nak bina analytical thinking dia dengan real surrounding.
Yang paling penting sebenarnya aku nak dia belajar dalam lingkungan keluarga. Biar attachment dia dan keluarganya terbina sejak awal. It's a strong foundation for him to start off his long journey. Part bersosial ngan rakan sebaya tu aku boleh put on hold dulu. Tabika nanti pun boleh.
Buat masa ni aku masih tak letak kebolehan membaca dan mengira seawal usia 3 tahun tu sebagai priority. Aku cuma beri keutamaan pada kebolehan bertutur lebih 1 bahasa. Dengan Ayah cakap melayu, dengan ibu cakap inggeris.
Disclaimer : Ini cuma pendapat peribadi aku berkaitan pembelajaran awal anak. Lain orang lain pendapat. Terpulang pada kehendak masing-masing.
No comments:
Post a Comment