Lama sungguh tak update. Banyak aku nak cerita jadi aku akan buat part.
Part 1 : sambungan Program Penempatan daerah
Part 2 : Modul Tentera (Pusat Latihan Tempur Tentera Darat - PULADA- Ulu Tiram, Johor)Part 3 : Modul OBS (Outward Bound Malaysia, Lumut, Perak)
I really want to blog these expriences of mine, sebab banyak sangat kenangan pahit manis nak menghabiskan satu2 modul tuh. Yang aku pasti masing2 punya true colours memang nampakler. Sapa boleh dibuat kawan, sapa boleh diharap etc. Lagi pilak Sidang C DPA 2/2004 nih jadual dia hectic giler. 3 modul luar berturut2. Lepas kampung gi tentera ok jugakler, pas tentera gi OBS tuh yang memasing ngurut dada....
Part 1 : sambungan Penempatan Daerah.
Lepas selesai semua acara kat mukim, tibalah hari untuk balik KL. Rasa sikit sedih ler sebab dah rasa rapat ngan keluarga angkat. Majoriti dari kami memang bawak balik seplastik besar rambutan dan manggis, sebekas besar tempoyak, beberapa kotak berisi labu sayung pelbagai saiz, tambahan satu dua beg beli kraftangan lain. Aku sempat beli selipar teruna aku jer eheh. Kelauarga angkat aku pun beri cenderamata jugak. Aku dapat keris dalam kotak kaca. Mahal jugak tuh. Terima kasih banyak2.
Dalam pada sedih we all felt happy because the toughest module was over. I am ok with modules involving physical activities and what not, but being in a module involving feelings and emotions is hard. Imagine living with a family you never met before, with different way of life and values. Alone in a kampung (one participant per kampung) without written schedule. Memang mental gilerrr. Phewwww.. glad it was over, cuma nak siapkan tugasan jer.
On Friday we had to present our findings during Penempatan Daerah to CADO Kuala Kangsar and EPU Perak. I guessed my group did well. We finished the task aerly the night before since we have startted it early in Kuala Kangsar. Some groups stayed up until early morning to finish theirs. Again, most of us were walking zombie during the presentation.
Thats about it. I's sure to return to Kuala Kangsar to visit my foster family. As of the Friday I geared my mind towards Army module. Very scary I tell you. Later that evening (on friday that is) we went to Kiara to collect our Army uniforms (boleh panggil uniform ke?) consisting of 2 pairs of seragam loreng, inner t-shirt, boots etc. My goodness, so heavy the boots. Boleh ke nak langkah nanti. Balik Klang and lepak ngan teruna aku. Ahad nak bertolak dah.
Part 2 : Modul Tentera - PULADA
Hmmm.. how to start? okey.. I had FUN!!! I enjoy every bit of this module despite the tiredness and suspense and thrill etc..
Arrived, given hostel and the first activity was running tawaf PULADA. Second one was rolling. We did forward roll. side roll and crawling. Many of us threw up. Luckily I did not. Memang pusing satu dunia buat roll especially side roll. Aktiviti perkenalan kata mereka. Were divided into platoons. Aku platun 2.
Second day, first time pakai seragam celoreng with pink nametag hahahahah, first time naik kenderaan rasmi disana that is the 3 tonne lorry tuh, then introduction to weapon. Were were given M16. Learned the basic steps of buka, cuci, cekah, periksa selamat senjata etc. The M16 was our buddy for the whole module. Sebelah petang tak kawad sebab hujan... hujan rahmat tuh ehehehe..
Third day dah masuk hutan.. briefings on skills dalam hutan, survival, makanan dlm hutan etc. Dapat ler rasa daging landak, rusa, napuh, ayam hutan, umbut, ubi etc which they cooked for us the hutan way. Went to our campsite, hujan lagi, mujur aku sempat pasang poncho. First time makan ration tentera. Sedap giler. We had dalca, serunding, nenas dalam sirap, bubur pulut hitam and a whole lot of it. Dapat ration menu B (tempur)
Sebelah malam briefing on flares (cahaya) and sounds, how to move silently in a jungle and how to detect sounds etc. Very interesting. But the best part is yet to come. That night we had to stay awake for an ambush. At about midnight we were ready in our position. Baring meniarap atas lantai hutan yang basah, dengan M16 berisi peluru latihan, berbaris sesenyap mungkin menunggu musuh datang. Tugasnya, bila nampak flare, tembak ke arah musuh. Many of us were SLEEPING through out the excercise hahahahaha. Aku kena pacat 2 ekor. Platun aku pun tak berjaya buat ambush sebab ada sorang terkeluar bunyi.
Next morning balik semula ke kem, bersedia untuk latihan menembak. Aku seronok giler. Sorang dapat 20 butir peluru hidup untuk ditembak dalam posisi meniarap dan berdiri. Sasaran 100 meter. Aku dapat tembak 15 ke sasaran. Lepas tuh memasing pekak sekejap, telinga berdengung dek bunyi tembakan. Mungkin nilah pengalaman yang best. Lepas nih takde peluang dah nak menembak peluru hidup. Platun aku kalah lagi sebab 2 extremes, yang sangat ok atau yang sangat tak ok tembakan eheheheh. Takper.. we had fun.
Sebelah petang buat absailing dan merempuh halangan. Yang ni ok sebab aku dah pernah buat cuma tahap ketinggian menara absailing tuh aku takut sikit. Dah turun ok jer.
Hari Khamis panjat Gunung Panti. Semput aku bukan sebab tinggi tapi sebab heret boot askar yang maha berat tuh. 3 platun, 3 landing point berbeza. Platun aku dapat yang paling hujung dan paling payah routenya. Ada 2 tempat mencanak 90 degree. Keputusannya platun aku kalah lagi hahahaha. Motto kami " kami tak tinggalkan orang kat belakang, sebab kami memang kat belakang" Never mind, we had fun...
Hari Jumaat, hari yang paling menakutkan. Inokulasi tempur. Merangkak sepanjang 75 meter, bawah kawad berduri, atas tanah keras, dengan letupan c4 dalam kolam dikiri kanan, dengan tembakan peluru hidup GPMG, bawak m16 lagik. Semua dah pucat muka dah, kalau toreh pun tak keluar darah. Aku pun cuak jugak. Kami ada 27 member, masa diambil sampai orang ke 25 jer. Platun aku yang first kena.
Nampak flare, semua start crawling, 10 meter pertama jer kudrat, yang selebihnya dah mental dah, dengan bunyi tembakan kuat giler, peluru hidup tuh, letupan lagik, air mencurah2, tanah keras, M16 berat, semangat jugak teruskan. Beberapa kali tembakan dihentikan sebab ada yang angkat punggung. Nak punggung hilang teruskan ler kata jurulatih. Masa nihle aku bangga ngan platun aku. Walaupun sepatutnya kami boleh tinggalkan 2 orang yang cedera untuk kejar masa, tapi kami tak buat. Kami seret jugak member yang cedera untuk habis sama2. Aku pun sedih kalau aku yang kena tingal merangkak sorang2 kat situ kan. Sekali lagi platun aku kalah. Tapi takper we had fun. Aktiviti nih tinggalkan 2 kesan pada aku. Satu aku tau sejauh mana kekuatan mental aku boleh pergi bawak badan yang berat nih, lagi satu tanda kat siku, luka berdarah menyeret badan.
Sebelah malam ada dinner kat Pulai Resort. Bolehlah... kami dah start rasa sayu sebab seronok dok kat PULADA nih. Makan memang superb. 4 - 5 lauk sekali hidangan. Teh susu lagik power.
Last day ada Log Relay. Memang penat berbanding ngan aktiviti lain. Kena bawak balak, pasir satu bekas peluru, telur 10 biji dan bendera. Adalah pantang larang dalam program nih dan route berbeza untuk 3 kumpulan dalam 1 platun tuh. Platun aku yang kedua sampai garisan penamat. Boleh bangga sikitlah sebab dalam circuit pertama platun aku tertinggal jauh kat belakang sebelum berjaya memotong. Again we had fun. Lepas tuh majlis penutup dan balik KL
Tapi cerita belum habis sebab balik hari Sabtu dan keesokannya tuh kami ke Lumut plak.
All in all module tentara nih betul2 bukak mata aku tentang realiti kehidupan anggota tentera. Memang aku respect disiplin mereka. Aku terharu tengok cara mereka bekerja waaupun PULADA tuh bangunannya usang, semangat mereka bekerja tuh tetap jitu. Aku baru pakai seminggu boot pun rasa nak menangis, camne mereka boleh tahan gunakan. Beg masuk hutan yang pada aku tak praktikal untuk hangkut banyak barang. Patutnya dah ada bentuk beg cam orang naik gunung tuh. Many things can be done to change all this actually. Itu pun part of the reason why we went there, to experience and if possible bring a little change for the betterment. I'll miss the fun, the experience, the every thing lah...
Part yang lenlain memang banyak considering aku dah berbulan tak mengupdate blog. jadual hectic giler. So nantilah aku update lagik. Saja buat kenangan. mana tau sok sok ada batch baru nak buat rujukan ke, anak aku nak baca ke eheh
No comments:
Post a Comment