Cerita yang simple sebab bakpe aku cerita detail. Bukan korang paham pun. seminggu kat Outward Bound Malaysia Lumut, Tempat tuh macam summer camp ler. Kami buat aktiviti air jer. Berbekalkan sunblock SPF 30 aku bersedia mengharung air.
Belajar bawak whaler (sebijik macam bot bawak hamba abdi, kena dayung sendiri, kalu nasib baik ada angin boleh lah sailing) Hari kedua, berwhaling ler keliling Pangkor. Selamat dapat title Hajjah Pangkor. Camping kat Pantai Syawal, kenduri remis memang heaven. Balik camp takde angin, melelas tangan berdayung.
Belajar bawak kayak pulak. Esoknya pusing lagi Pangkor. Yang nih memang berdebar sebab banyak bot. Kena potong ombak selalu, kalau tak memang capsize. Tengah berdayung, hampir terdayung obor2 yang saiznye sebesar dulang! Lepas 8 jam, sampai kat camp site, Teluk Sekadeh. Orang capsize kat laut, aku mengcapsizekan diri kat atas pantai sebab tak larat nak keluar. Tangan dah jem hahahaha. Partner aku si Lim ok jer. The memorable part of our journey was buat 90 degree turn depan pantai Teluk Sekadeh. Memang gila, silap turn capsize ler jawabnya. Masa ekspedisi nih aku jadi left flanker, kerja pastikan takde kayak yang rapat sangat ke pantai. Esoknya cuma 45 minit jer ke kem. Semua yang ada tugas hari sebelumnya ke depan, termasuklah aku.
Bye-bye OBS, kalau dibayar pun mungkin aku tak datang lagik dah ehehehe. Aku balik dengan plastik bag penuh ikan kering, ikan bilis dsb dan muka gelap dek sun burn. Teringat lagu D'lyod eheheh "oh tak mungkin, tak mungkin aku kembali..... oh tak mungkin, tak mungkin ku datang lagi...."
Arief ku sayang.
Lama tak update milestone teruna aku. Baru beberapa hari ni genap 18 bulan. Berlari dah terer, sekarang dok bercakap tak henti2. Alhamdullillah dah masuk 2 word stage. Tak pelat sangat pun. Dah boleh panggil aku ibu. Dah pandai ikut2 orang sembahyang, dah pandai nak berus gigi sendiri. Lagu yang paling digemari Pop Yeh Yeh VE tuh. sekarang tak boleh cakap tak tentu hala kat depan dia sebab dia cepat nak meniru. Tinggi maintain... ayam serama gred B. Berat ada sikit naik sebab duduk ngan nenek kan. Kalu kena marah sikit mesti sebut "nenek" peguambela lah tu....
Adik aku nak bertunang Sabtu nih. Orang sibuk studi untuk modul ekonomi, aku sibuk jahit manik kat baju dia ermmmmmm
No comments:
Post a Comment