Wednesday, March 29, 2006

Power of words

Dua tahun kebawah / dua tahun dan kebawah / bawah 2 tahun

Soalan aku ialah.. Dua tahun tu dikira camne? Adakah cuma hingga birthday yang kedua? Atau hingga sehari sebelum birthday dia yang ke tiga?

Teruna aku yang 2 tahun 1 bulan umurnya itu dah tak dikira dua tahun lagi ke? Dia belum 3 tahun pun.

The reason I asked these questions (sound stupid.. I know.. I know...) is because I want to book a flight (KL-Kuantan) on 16th April. Now.. as usual, I gave my details so on and so forth. I mentioned about my son

Dia : berapa orang Puan?
Aku : 2, saya ngan anak saya, umur dia 2 tahun (because I just have to pay 10% of applicable fare)
Dia : ok. .. 2 tahun genap ke?
Aku : *soklan menda nih* 2 tahun 1 bulan
Dia : oh. kalau camtu, puan kena bayar children fare RM xx
Aku : 1 bulan pun kira ke? bukan ke 2 tahun tu sampai sebelum harijadi dia yang ke 3?
Dia : tak puan, sampai birthday ke dua sahaja. Lepas tu kira children.
Aku : oh ok.
Dia : so puan, nak confirm?
Aku : takape, nanti saya confirm semula *letak tepon*

Took a flight about 2 months back. Paid only 10% of adult fare for my teruna. He sat on my lap of course. After 2 months I have to pay 50% plus tax for the same toddler...okay.. he'll get a seat but what for? hmphhhh I thought wrong the whole time thinking 2 years old is up till his 3rd birthday.

Just because of that simple term the airlines uses, I have to pay more. The power of words!

So what say you? Dua tahun kebawah tu nak start dari mana? habisnya di mana?

Monday, March 27, 2006

Relieved

Been trying to post this entry since last week but to no avail. Don't know what's wrong with my blog.. seems like everyone else is at ease publishing their entries..

Thank you guys for all your support. Ana, Nik, Mamarisyia, Syikin, Bie, Kopisuam... I learned a lot from you guys. I've jotted down all surah and doa given, InsyaAllah I'll practice them for my benefit. It's true, some things are blessing in disguise indeed, in this case of mine, it served as a mild reminder for me to perform my duty as a wife, a good wife for that matter. I'm on my way there.

Had a looooong conversation with abang. Straight things out.... yada yada yada... the rest is history. Alhamdulillah I felt relieved after pouring out my feelings, my hope, my worries etc. I don't want it to bug me... rimaslah rasa camni. Yeah... gave him a very mild(?) warning too... how evil I am *evil laugh*, but hey! for my marriage to last, I'll do everything in my power.

On different story...

I'll be in Kuantan from 17th to 21st April for job related matter YAY!!! job pun job ler, janji dekat ngan husband eheheheh. This will be my first experience as interviewer.... but those interviewee certainly have no idea right? So berlagak sombeng lerlah ehe...

On teruna

Ibu : abang dah makan?
Teruna : dah
Ibu: makan apa?
Teruna : acik cicap (nasik kicap)
Ibu : lagi makan apa?
Teruna : ayam leng (ayam goreng)
Ibu : dah minum susu?
Teruna : tak edap (tak sedap)
Ibu : abang nak apa?
Teruna : ebi (baby)Ibu : *gelak tak terjawab*

Adehhhhh... ni mana punya ajaran plak nih!

Ibu : ayah mana?
Teruna : apong (kampung)
Ibu : nak ikut ayah?
Teruna : nanak... itut awi (taknak, nak ikut MAWI)
Ibu : mawi bakpe?
Teruna : awi ayah botak (mawi... ayah botak)
(tu diaaaaa anak aku... mawi=ayah=mawi=botak)

Ibu : abang sayang ibu?
Teruna : ayang *bunyi kiss*
Teruna : abang atu abah abah nenek (abang nyanyi satu labah labah ngan nenek)
Ibu : pandai abang
Teruna : *gelak ngekek ngekek*
Teruna : abang aik etai (abang naik basikal)

There he was busy pedalling back and forth from living room to kitchen. That's ayah boy!

Wednesday, March 22, 2006

kusut

Semalam...
Aku jadi kusut lepas terima satu sms pelik yang datang daripada henpon abang. Lepas sesi query, aku boleh terima tapi masih ada rasa semacam kat hati ni. Uiiissshh ni kerja syaitan ni mainkan perasaan aku agaknya..
Aku terima alasan dia, aku percaya sebab dia suami aku. Tapi aku akan berjaga2, aku tak boleh leka walaupun aku ni tinggal berjauhan daripada dia.
Hari ini...
Aku YM kawan aku yang seorang ni, luahkan perasaan pada dia. Alhamdulillah rasa tenang sikit.
Aku rasionalkan balik. Kalau betul apa abang cakap. Aku anggap ini peringatan yang Allah beri pada aku untuk jadi isteri yang baik pada suami, isteri yang tak melupakan tanggungjawabnya pada rumahtangga walaupun tinggal berjauhan dengan suami. Aku tak boleh take it for granted.
Harapan aku, expectation aku pada abang sama jugak.
Ya Allah, peliharalah kesejahteraan rumah tangga kami, jauhkanlah perkara-perkara buruk daripada rumah tangga kami, peliharalah mawaddah dan rahmah di dalam rumah tangga kami hingga ke syurga Mu Ya Allah.

Friday, March 17, 2006

Never Ending Work

Just came back from a meeting. Another burden on my shoulder. But it's ok. Positive thinking Angah - they give me more work because they believe in me, because the know I perfom well, because they don't have other people to dump the load on? The best part of this new responsibility of mine is that.... I can surf the internet all I want, the whole day if I want (including blogging and blog hopping) without anyone questioning hahahahaha. How cool is that? BUT... a big BUT there... there'll be endless reports! I hate reports!
Abang is coming today. He's involved in a bicycle race tomorrow and the day after at Damansara. I think I'll go with him, just for the fun of it. It has been a long time since I join a race, any race for that matter. I miss the fun, the thrill, the adrenaline rush I feel everytime we organise an event especially bicycle race. Kuantan Duathlon is scheduled in May. I'm reserving my annual leave for the event. As usual- Angah the liason officer or Angah the accomodation towkay or Angah the race MC.... I wanna be Angah the nobody-just there-because-her husband- is there..... can or not? like last year, Abang will be the technical director.
Down the memory lane......LTdL 2001, we met (got enggaged 2 months after). LTdL 2002, we went as an enggaged couple, LTdL 2003, we went as a married couple. LTdL 2004, we did not go - I gave birth to our bundle of joy in the same month. Always in different department. He's a commisaire (usually judge 2 - on motorcycle) and I'm with cavalcade. He stays at 5 star hotel, I stay at no star hotel... ohhh in 2003, we stayed together... he fetch me from my supposed-to-stay hotel to his. Send me back in the morning. Everyday. For 2 weeks. Some of us did not know the fact that he's my husband. Ingat aku dok ngendeng officer... apa kelassss!
she : bukan main ko ngah, tangkap komisar, volunteer tak mo..
aku : apsal, jeles?
she : tak ah... best ah.. boleh jalan2, makan2 free lepas race.
aku : ok lah
she : abis ko nak series ke ngan komisar tu lepas ni?
aku : tak paham
she : ye ah.. biasakan bebudak dok rapat masa race je, pastu bye byelah.
aku : wei... komisar tu husband akulah! aku bukan jenis tu, setakat nak makan free, jalan free pi mengendeng officer, sorrylah.
she : lor, husband ko ke? kenapa tak bagitau, bebudak dah sok sek...sok sek cakap pasal ko ngan komisar tu tiap malam keluar, pagi baru balik.. sorilah.
aku : lenkali tanyalah dulu, jgn memandai buat andaian. Kalau aku betul nak buat baik aku ngendeng Presiden Komisar ke, Toke race ni ke..takkan aku nak canang kat semer orang aku dah kawin. Kalau orang tanya aku bagitauler..
she : ok.... sori..
aku : *thinking* ada jugak pompuan ngok yang sanggup 'kawan baik' ngan officers semata2 nak makan ngan jalan2 free.... soalan aku takkan officrs tu bawak jalan, bawak makan free free je? Ntah....
Hmmmm I wonder, ada tak yang mengendeng my hubby?

Thursday, March 16, 2006

Ibu Muda


Pertama kali berjumpa namun kemesraan tetap terasa.
DPA 2/2004. Alhamdulillah aku lulus. Cemerlang/kepujian/lulus cuma akan diberitahu masa convocation September atau Oktober nanti. Harap2 baju istiadat masih muat lepas fitting bulan 12 dulu. Satu jer aku terkilan. Sapa2 yang pregnant, tak muat pakai baju istiadat tuh, tak ke pentaslah mengambil skrol. Aku rasa cam diskriminasi plak. Pregnant tak pregnant kan semua pun bertungkus lumus selama 6 bulan sepanjang DPA tu. At least sediakan guideline dresscode untuk pregnant officer lah. Macam tak logik je nak merancang untuk tak pregnant selama 10 bulan (habis DPA awal bulan 12) semata2 untuk event sehari tu? Dahlah masuk servis sampai habis DPA tak boleh pregnant(setahun). But understandable sebab modul2 DPA yang lasak tak memungkinkan pregnant officer untuk attend. But for the convocation? may be not. Mungkin boleh aku suarakan esok. Oh..esok nak ke INTAN Kiara mengambil sijil BTN.
Mungkin sebab aku dah teringin menimang cahayamata kedua, maka aku membebel. hmmm

Wednesday, March 15, 2006

Weekend Wrap ups

Teruna aku tak sihat.

2 hari cuti kecemasan sebab teruna tak sihat. Teruna aku pulak bila tak sihat nak menempel je. Takperlah sekali sekala takpe. Badan dia start panas balik daripada rumah IV, lepas tu dok sejuk panas, sejuk panas. Aku dah naik risau dah. Telefon abang bagitau keadaan teruna. Hari Ahad cam dah ok cuma batuk sikit2 je. Tapi malam Isnin start panas semula. Aku dah cuak lagi pulak sekarang ni dengan selsema burunglah, Penyakit tangan kaki dan mulutlah, pagi Isnin tu bawak teruna ke Klinik Kesihatan. Doktor check cam lebih kurang plak. Aku demand ler sket. Dia pun gred 41 cam aku jugak kan. Lepas dapat ubat aku balik tapi masih tak puas hati.
Telefon doktor Nazly kat Kuantan tanya opinion (doktor nih mmg handle Arief sejak lahir lagik. Aku dinasihatkan bawak teruna ke pead kat sini, dia akan hantar rekod perubatan teruna aku pada doktor yang aku nak refer tuh. So semalam aku pergilah satu klinik pakar kanak2. Tengok layanan pun ok. Lepas pead tuh tengok rekod anak aku yang memang ada acute bronchitis, dia pun buatlah checkup apa yang patut. Teruna aku dinebulizerkan, amik darah untuk ujian dan dpt ubat yang aku lebih konfiden dan lepas nih ke situ jerlah aku nampaknya.Biarlah aku bayar mahal sikit janji anak aku ok.

Bukan aku menidakkan kebolehan doktor kat klinik kesihatan. Tapi teruna aku tuh mmg ada sikit masalah yang aku sebut tuh, disamping alah laktosa. Memandangkan doktor2 kat situ general practitioner dan ramai lagi yang memmerlukan khidmat mereka. Biarlah aku ke Klinik Pakar Kanak2 tu. Alhamdulillah teruna aku pun dah ok sket. Tidur malam pun dah lena. Hari ni terpaksa bekerja walaupun hati aku masih kat rumah. Ya Allah, peliharalah anakku dari sebarang bahaya, peliharalah kesihatannya Ya Allah.

Gathering para Ibu

Sabtu lepas ke Keramat atas undangan Ana (teman sepenyusuan ku itew) untuk birthday party anaknya si montel ALYA. Aku ajak emak sekali. Janji ngan Nik Ha (kawan seU) sebab aku tak tau jalan (buat malu jer sebab aku orang Selangor eheh). Sampai kat rumah Ana, dah ramai tetamu. Diperkenalkan pada Kak PB. Selamat Kenal Kak...yang mintak petua kurus daripada aku tapi sebenarnya dia lagik kurus..(cabaran buat aku). Aku bawak creme caramel. Itupun yang sempat aku godeh sebelah paginya.

Dalam sibuk makan2 mee tomato dan muffin yang sedap tuh, Uda sampai dengan suami dan 2 anak daranya yang kiut.(Uda nih dok kat Kuantan, dekat ngan rumah aku). Selamat kenal uda...sempat mensnap beberapa keping gambar. Ibu2 lagik galak berposing berbanding anak2 hahahaha. Aku balik awal sket sebab emak ada temujanji mengurut plak petang tu. balik ikut Jalan Tun Razak. PADAN MUKA AKU!!!!! jem tak hengat! kereta plak manual. Sampai rumah, teruna aku dah menggelisat semacam.. badan dia panas plak.. (cerita seperti di atas).

Terma kasih Ana atas layanan yang best. Selamat berhijrah ke Jitra. Jauh di mata dekat di skrin komputer ek.. Alya cayang, jadi anak yang solehah, yang membahagiakan ayah dan ibu ye..
Peti sejuk emak

Uzur sangat aku tengok peti sejuk emak. Semalam petang lepas teruna aku tidur, aku ke kedai barangan elektrik. Aku belikan emak peti sejuk yang baru. Emak kata "bakpe besar sangat" Aku cakap "jangankan yang ini, kalau mak nak kilang peti sejuk pun Lin akan usahakan, insyaAllah" Emak cuma senyum. Aku tau emak gembira. Itu dah cukup bermakna buat aku. Senyuman emak yang bahagia walaupun cuma peti sejuk yang aku berikan. Apalah sangat peti sejuk tu berbanding kasih sayang dan pengorbanan emak selama ni... sayang emak..

Friday, March 10, 2006

Cerita Hantu/seram

Dedulu masa kecik memang takkan tengok cerita hantu sebab takut terbawa-bawa. Aku ingat tengok cerita Setinggan lakonan Yusni Jaafar, Ibrahim Pendek dan S Samsudin, pasal hantu jepun dok alihkan orang tu. Kan ke hantu jepun tu hilang dicelah2 pokok pisang kan. RUmah aku nih memang dikelilingi pokok pisang, hatta sepanjang jalan pun memang ditanam pokok pisang. Lepas pada tengok cerita tu jangan haraplah nak suruh aku pergi memana walau masa tu baru pukul 5 petang. Cerita pasal toyol yang antara dialong mendayu-dayunya "bachok... bachok.." eiiii seram. Lepas tu cerita Mawas, pasal budak yang disorokkan, dah cari berhari2 pun tak jumpa.

Kalau cerita Inggeris pulak, aku tengok cerita Bogey Man.. lepas tu aku tak tidur atas katil dekat sebulan. Tidur ngan adik2 aku sebab takut kena tarik masuk bawah katil.. Cerita apa lagi ek, haaa cerita Freddy Nightmare. Seram tuh..

Tapi dah tua bangka nih semua cerita di atas tuh pada aku biasa-biasa je sebab kadar ketahanan aku pada cerita seram nih agak tinggi lah. Ajaklah aku tengok cerita apapun biasanya aku ok jer. Husband aku mmg tak boleh harap buat kawan ler part2 cerita seram nih... tahap ketahanan rendah ler. Ada sekali aku bawak balik cd The Eye, ajak hubby tengok sekali, tak sampai separuh cerita dia dah bla tengok astro. Aku ler tengok sensorang sambil susukan my teruna..

Sekarang ni banyak cerita seram yang tak berapa seram. Samada kelakar seram (sebab tak logik jer hantu2 tuh) atau pun cuma menjijikkan (sebab banyak scene yang bentuk pembunuhan kejam potong sana kerat sini) atau terlampau banyak effect sampai nampak macam cerita kartun. Kalau cerita seram jenis2 Ju-On tuh pun boring sebab hantu semer tak pandai jalan, dok merangkak merayap.. tak logik jugak.

Senarai serita seram yang aku suka..

1. Aku suka cerita seram yang kita tak nampak hantunya macam The Exorcism of Emily Rose. Cerita yang boleh ajar kita sesuatu sebenarnya, yang boleh buat kita rasa fragile, yang kita pun tak terkecuali dari menghadapi benda2 camni. kalau cerita lain tuh macam dirancang jer... ramai2 pergi satu rumah lama, ramai2 kena serang... very predictable.

2. Lagi satu would be The Entity. Cerita lama dah. Aku tengok masa kat U dulu. Sampai sudah tak nampak pun hantunya tapi memang rasa keseraman tuh ler.

3. Mesti ramai dah tengok Nang Nak, pasal hantu wanita yang dok tunggu suami dia balik dari perang. Cerita nihtak ler seram mana pun tapi macam aku cakap tadi pengisian tu buat aku terfikir yang cinta kasih sayang ni trancends time and realms.. very sad to watch this movie.. but I like...

4. Cerita lakonan Nicole Kidman The Others. Dia sendiri tak sedar yang dia tu hantu. Dia ingat ada hantu kat rumah dia, rupanya dia yang menghantui rumah orang... best.. tak seram tapi story twist best.

Ada lagi beberapa cerita yang aku tak ingat tajuk. Pontianak Harum Sundal Malam yang first aku tengok oklah.. masuk sequel dah mula merapek... stail hantu pun dah ikut macam hantu korea... boring. Cerita seram bentuk cd ... hampeh ler... bajet kecik tak boleh jadikan alasan sebab nak menyeramkan jalan cerita tu bukan ada kena mengena ngan bajet kan.. story line yang penting.

Bebaru nih aku tengok Long Khong. Very dissapointing sebab cuma menjijikkan jer. Tak seram pun. Pada akulah..

Ingat tak dulu-dulu masa kita kecik-kecik, mak bapak kita akan gunakan karakter seram nih untuk menakutkan kita kalau tak nak kita buat benda yang mereka tak suka.
"buatlah.. nanti momok amik baru tau"
"jgn balik lambat2 ada topeng kat jambatan tunggu"
"Ha.. jgn main waktu mahgrib nanti kena sorok hantu tetek"
macam-macam lagi ler... aku cuba tak momok-momokkan teruna aku dengan benda2 camni. Dah modenlah kan.. kena ikut cara modenlah, bebudak sekarang ni advance.

Budak jahat pun kita panggil hantu macam... "hantu betul budak tu, habis pecah pasu aku" budak yang cenderung ke suatu benda pun kita panggil hantu macam 'hantu buku' 'hantu wayang' hantu komputer' hantu blog'...... errr.... aku hantu ke? hahahaha. Takper kategori ni tak menyeramkan dan tak sepopular Hantu jarang gigi (gigi dia jarang ke?)

Masih menunggu pembuat felim tempatan dan antarabangsa untuk mengasilkan filem yang boleh buat aku tk senang duduk dan menonton dengan kedudukan tangan di muka, sekali sekala mengintai dicelah jari untuk mengetahui apa yang berlaku dalam cerita. Tapi takkan nak buat custom made plak kan..... agaknya entity seram sendiri kena produce filem...eiiii seramlah....

Thursday, March 09, 2006

Turn deaf ear

Aku taulah minyak dah naik harga

Aku taulah gomen yang naikkan harga minyak

Aku taulah aku kerja gomen

Aku taulah semua orang pun terasa bahananya

TAPI

Bukan AKU yang naikkan harga minyak!

Kenapa marah-marah tak puas hati kat aku pulak?

Aku yang kerja gomen ni lagi terasa bahana tau tak!

Dengan gaji yang tak setinggi korang...

JADI

You can shout all you want

and shove it where the sun doesn't shine

for all I care

because

I'll turn deaf ear

starting NOW

Tuesday, March 07, 2006

Delayed updates

On 28th February 2006
Arrived at 5.30pm . Checked in and zzz. Had dinner and the seminar started at 8.30 only to be told the first ceramah is cancelled... bah! Thus went back to my room and watched both Natasha and Mya Zara. I wonder wujudke manusia sebaik Natasha tu? kalau aku dah lama Tina ngan mak dia makan penampar!

My sister came (she works here in JB) at 12.30 midnight with her fiance. Had splendid supper (?) with ikan bakar, sotong bakar, tauhu bakar, chi kong, tomyam. Ayoo gonelah wy waistline camni..


On 1st March 2006
Happy birthday Muhammad Mifdzal Arief bin Mazlan, my honey bun sugar plum permata hati ayah dan ibu. Yeah.. I do feel something odd just like last year. My teruna was born the day after 28th February but not 1st March. 2 years have past... how time flies...

Now people around me started the game again. The same game we played 3 years back. The game took us, all players 1 whole year to finish. These are the rules of the game :

They ask - I answer - the same question - the same answer - of - "bila nak ada anak?" - "tak de rezeki lagi" - 2002/2003

Again!!! they ask - I answer - the same question - the same answer - of - "takkan 1 je?" / "tak nak tambah lagi ke?" - "takde rezeki lagi" / "insyaAllah" - 2006

We'll finish playing the game only when 2 lines appear on UPT kit! *sigh*

Birthday shoutout goes to Elin's sugar plum, Khilfi Ezzan who turns 2 on 1st March


Jalan-jalan carik pasal
Went to Angsana to get a present for a dear friend. Stopped by Danga Bay just to look around. Hahahaha we (12 of us) took a ride on a choo-choo train. I felt funny, everybody was looking at us - some womena nd men clad in office attire, chatting and laughing thear heart off on a choo-choo train. Siap babai2 bebudak kat situ, felt like exhibited item pulak. And I had fun!... I wish I had my camera with me. It's a no no area for my teruna though, sure pening kepala to entertain his craze for cars... mau takmo turun.

On Seminar
Talks and more talks. How I wish the talks are delivered in different manner. Setakat klik mouse dan baca teks aku pun boleh buat.

But I really like the room. It's a studio apartment like. I think I'll use the pattern for my kitchen and bedroom (especially the TV rack) very practical.