Friday, March 10, 2006

Cerita Hantu/seram

Dedulu masa kecik memang takkan tengok cerita hantu sebab takut terbawa-bawa. Aku ingat tengok cerita Setinggan lakonan Yusni Jaafar, Ibrahim Pendek dan S Samsudin, pasal hantu jepun dok alihkan orang tu. Kan ke hantu jepun tu hilang dicelah2 pokok pisang kan. RUmah aku nih memang dikelilingi pokok pisang, hatta sepanjang jalan pun memang ditanam pokok pisang. Lepas pada tengok cerita tu jangan haraplah nak suruh aku pergi memana walau masa tu baru pukul 5 petang. Cerita pasal toyol yang antara dialong mendayu-dayunya "bachok... bachok.." eiiii seram. Lepas tu cerita Mawas, pasal budak yang disorokkan, dah cari berhari2 pun tak jumpa.

Kalau cerita Inggeris pulak, aku tengok cerita Bogey Man.. lepas tu aku tak tidur atas katil dekat sebulan. Tidur ngan adik2 aku sebab takut kena tarik masuk bawah katil.. Cerita apa lagi ek, haaa cerita Freddy Nightmare. Seram tuh..

Tapi dah tua bangka nih semua cerita di atas tuh pada aku biasa-biasa je sebab kadar ketahanan aku pada cerita seram nih agak tinggi lah. Ajaklah aku tengok cerita apapun biasanya aku ok jer. Husband aku mmg tak boleh harap buat kawan ler part2 cerita seram nih... tahap ketahanan rendah ler. Ada sekali aku bawak balik cd The Eye, ajak hubby tengok sekali, tak sampai separuh cerita dia dah bla tengok astro. Aku ler tengok sensorang sambil susukan my teruna..

Sekarang ni banyak cerita seram yang tak berapa seram. Samada kelakar seram (sebab tak logik jer hantu2 tuh) atau pun cuma menjijikkan (sebab banyak scene yang bentuk pembunuhan kejam potong sana kerat sini) atau terlampau banyak effect sampai nampak macam cerita kartun. Kalau cerita seram jenis2 Ju-On tuh pun boring sebab hantu semer tak pandai jalan, dok merangkak merayap.. tak logik jugak.

Senarai serita seram yang aku suka..

1. Aku suka cerita seram yang kita tak nampak hantunya macam The Exorcism of Emily Rose. Cerita yang boleh ajar kita sesuatu sebenarnya, yang boleh buat kita rasa fragile, yang kita pun tak terkecuali dari menghadapi benda2 camni. kalau cerita lain tuh macam dirancang jer... ramai2 pergi satu rumah lama, ramai2 kena serang... very predictable.

2. Lagi satu would be The Entity. Cerita lama dah. Aku tengok masa kat U dulu. Sampai sudah tak nampak pun hantunya tapi memang rasa keseraman tuh ler.

3. Mesti ramai dah tengok Nang Nak, pasal hantu wanita yang dok tunggu suami dia balik dari perang. Cerita nihtak ler seram mana pun tapi macam aku cakap tadi pengisian tu buat aku terfikir yang cinta kasih sayang ni trancends time and realms.. very sad to watch this movie.. but I like...

4. Cerita lakonan Nicole Kidman The Others. Dia sendiri tak sedar yang dia tu hantu. Dia ingat ada hantu kat rumah dia, rupanya dia yang menghantui rumah orang... best.. tak seram tapi story twist best.

Ada lagi beberapa cerita yang aku tak ingat tajuk. Pontianak Harum Sundal Malam yang first aku tengok oklah.. masuk sequel dah mula merapek... stail hantu pun dah ikut macam hantu korea... boring. Cerita seram bentuk cd ... hampeh ler... bajet kecik tak boleh jadikan alasan sebab nak menyeramkan jalan cerita tu bukan ada kena mengena ngan bajet kan.. story line yang penting.

Bebaru nih aku tengok Long Khong. Very dissapointing sebab cuma menjijikkan jer. Tak seram pun. Pada akulah..

Ingat tak dulu-dulu masa kita kecik-kecik, mak bapak kita akan gunakan karakter seram nih untuk menakutkan kita kalau tak nak kita buat benda yang mereka tak suka.
"buatlah.. nanti momok amik baru tau"
"jgn balik lambat2 ada topeng kat jambatan tunggu"
"Ha.. jgn main waktu mahgrib nanti kena sorok hantu tetek"
macam-macam lagi ler... aku cuba tak momok-momokkan teruna aku dengan benda2 camni. Dah modenlah kan.. kena ikut cara modenlah, bebudak sekarang ni advance.

Budak jahat pun kita panggil hantu macam... "hantu betul budak tu, habis pecah pasu aku" budak yang cenderung ke suatu benda pun kita panggil hantu macam 'hantu buku' 'hantu wayang' hantu komputer' hantu blog'...... errr.... aku hantu ke? hahahaha. Takper kategori ni tak menyeramkan dan tak sepopular Hantu jarang gigi (gigi dia jarang ke?)

Masih menunggu pembuat felim tempatan dan antarabangsa untuk mengasilkan filem yang boleh buat aku tk senang duduk dan menonton dengan kedudukan tangan di muka, sekali sekala mengintai dicelah jari untuk mengetahui apa yang berlaku dalam cerita. Tapi takkan nak buat custom made plak kan..... agaknya entity seram sendiri kena produce filem...eiiii seramlah....

2 comments:

brit_lurve said...

sy google "nicole kidman ada hantu" coz nak tau crita tu tajuk apa, then blog ni listed as one yg related to my search, hihihi..

:: S.h.U.H.a.d.A :: said...

teringin nk tgok the other..tp 2la,,susah nk cari :(..
tp,try la tgok 4bia..besh :)