Teruna aku tak sihat.
2 hari cuti kecemasan sebab teruna tak sihat. Teruna aku pulak bila tak sihat nak menempel je. Takperlah sekali sekala takpe. Badan dia start panas balik daripada rumah IV, lepas tu dok sejuk panas, sejuk panas. Aku dah naik risau dah. Telefon abang bagitau keadaan teruna. Hari Ahad cam dah ok cuma batuk sikit2 je. Tapi malam Isnin start panas semula. Aku dah cuak lagi pulak sekarang ni dengan selsema burunglah, Penyakit tangan kaki dan mulutlah, pagi Isnin tu bawak teruna ke Klinik Kesihatan. Doktor check cam lebih kurang plak. Aku demand ler sket. Dia pun gred 41 cam aku jugak kan. Lepas dapat ubat aku balik tapi masih tak puas hati.
Telefon doktor Nazly kat Kuantan tanya opinion (doktor nih mmg handle Arief sejak lahir lagik. Aku dinasihatkan bawak teruna ke pead kat sini, dia akan hantar rekod perubatan teruna aku pada doktor yang aku nak refer tuh. So semalam aku pergilah satu klinik pakar kanak2. Tengok layanan pun ok. Lepas pead tuh tengok rekod anak aku yang memang ada acute bronchitis, dia pun buatlah checkup apa yang patut. Teruna aku dinebulizerkan, amik darah untuk ujian dan dpt ubat yang aku lebih konfiden dan lepas nih ke situ jerlah aku nampaknya.Biarlah aku bayar mahal sikit janji anak aku ok.
Bukan aku menidakkan kebolehan doktor kat klinik kesihatan. Tapi teruna aku tuh mmg ada sikit masalah yang aku sebut tuh, disamping alah laktosa. Memandangkan doktor2 kat situ general practitioner dan ramai lagi yang memmerlukan khidmat mereka. Biarlah aku ke Klinik Pakar Kanak2 tu. Alhamdulillah teruna aku pun dah ok sket. Tidur malam pun dah lena. Hari ni terpaksa bekerja walaupun hati aku masih kat rumah. Ya Allah, peliharalah anakku dari sebarang bahaya, peliharalah kesihatannya Ya Allah.
Gathering para Ibu
Sabtu lepas ke Keramat atas undangan Ana (teman sepenyusuan ku itew) untuk birthday party anaknya si montel ALYA. Aku ajak emak sekali. Janji ngan Nik Ha (kawan seU) sebab aku tak tau jalan (buat malu jer sebab aku orang Selangor eheh). Sampai kat rumah Ana, dah ramai tetamu. Diperkenalkan pada Kak PB. Selamat Kenal Kak...yang mintak petua kurus daripada aku tapi sebenarnya dia lagik kurus..(cabaran buat aku). Aku bawak creme caramel. Itupun yang sempat aku godeh sebelah paginya.
Dalam sibuk makan2 mee tomato dan muffin yang sedap tuh, Uda sampai dengan suami dan 2 anak daranya yang kiut.(Uda nih dok kat Kuantan, dekat ngan rumah aku). Selamat kenal uda...sempat mensnap beberapa keping gambar. Ibu2 lagik galak berposing berbanding anak2 hahahaha. Aku balik awal sket sebab emak ada temujanji mengurut plak petang tu. balik ikut Jalan Tun Razak. PADAN MUKA AKU!!!!! jem tak hengat! kereta plak manual. Sampai rumah, teruna aku dah menggelisat semacam.. badan dia panas plak.. (cerita seperti di atas).
Terma kasih Ana atas layanan yang best. Selamat berhijrah ke Jitra. Jauh di mata dekat di skrin komputer ek.. Alya cayang, jadi anak yang solehah, yang membahagiakan ayah dan ibu ye..
Peti sejuk emak
Uzur sangat aku tengok peti sejuk emak. Semalam petang lepas teruna aku tidur, aku ke kedai barangan elektrik. Aku belikan emak peti sejuk yang baru. Emak kata "bakpe besar sangat" Aku cakap "jangankan yang ini, kalau mak nak kilang peti sejuk pun Lin akan usahakan, insyaAllah" Emak cuma senyum. Aku tau emak gembira. Itu dah cukup bermakna buat aku. Senyuman emak yang bahagia walaupun cuma peti sejuk yang aku berikan. Apalah sangat peti sejuk tu berbanding kasih sayang dan pengorbanan emak selama ni... sayang emak..
No comments:
Post a Comment