Thursday, May 29, 2008
Some thoughts
Tuesday, May 27, 2008
Rambles..
Friday, May 23, 2008
Hadiah untuk Hubby
Ini la hasilnya... harganya cuma 1/3 jer dari harga jam yang abang belikan. Nak belikan yang 100ml kang lambat sangat habis....
Untuk aku sebotol Kenzo Flowers. Cantikkan botol dia.. bau pun sweet jek... perfume aku yang abang beli masa Le Tour De Langkawi pun dah tinggal sikit sangat.
Bila nak bagi? Malam ni sebelum tidur. Motif? Lu pikir la sendiri......
Early Gift - 6th Wedding Anniversary

Aku dah pakai hari ni pegi opis... abaikan tangan aku yang gumuks tuh..... aku suka nampak cantik... have to admit la abang memang got an eye for these things la...

Tapi dalam banyak banyak hadiah abang bagi pada isterinya ni, 2 orang kanak2 rebina ni la hadiah terhebat pernah diberikan pada aku. Inilah hadiah yang aku akan jaga sampai bila2....
Nak mantik2 punya entry minggu depan... now I want to show off my new watch ekekekekeke
Thursday, May 22, 2008
Rosak!!!
Tuesday, May 20, 2008
AIR ITU TENANG
Friday, May 16, 2008
Gambar mahu berbicara
Adneen posing dengan basikal abangnya. Ini basikal ke 3, sebenarnya ada lagi satu baru beli minggu lepas warna gold. Baru betul mountain bike la.. Yang ni abangnya panggil moto dan dah kecik untuk dia, lutut berlaga handle dah..
Arief yang suka buat memek muka memacam kalu snap gambar. banyaknya gambar menganga nampak anak tekak. Motif? lu pikir la sendiri
Muka nakal anak dara sorang ni.. sebenarnya dok melangkah nak terkam ibu. Pantang nampak telefon nak capai jek la
Ni masa Adneen admit 3 hari sebab penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) Kat wad pengasingan. Masa ni suhu dia 39.7. Panas sangat. Blisters kat tangan ngan kaki pun dah banyak. Dalam mulut berbelas la.
Tidur yangtak berapa lena. Kesian dia... Dekat seminggu tak makan. Cuma menyusu jer. Mujur menyusu badan jadi tak la sakit sangat mulut dia kan. Susut sangat badan dia lepas kuar hospital tu.
Korang boleh tidur posisi camni? Abang boleh jek... layan Tom Tom Bak terus tertidur. Ibu surrender la nak ngangkat budak 22 kilo nih.. "Ayaaaaahhhhhhhh tlg angkat abang"
Baik punya landing adik ehehhe.. abang rilek jer. Mujurnya abang ni jenis tak kisah adik kacau dia, lebih2 pun dia beralih jer la.. tak pun dia cakap "ibu, amik la adik ni abang nak tengok tv la"

Anak dara tunjuk bakat terpendam, nak tolong mengemas la tu... Ibu takpandai kemas kan.. suara nenek dah boleh dengar kat depan dah masa nih muahahaha

Donut Big Apple yang syiok. Masa ni aku ngan member se opis tengah tension buat kerja pilihanraya, so pi la Subang Parade yang cuma di sebelah opis aku nih jer.. melantak donut nih.. camne nak kurus tell me?
Hubby aku masa Semuji-Sungai Lembing Community Ride 4 Mei arituh. Yang mana satu? Yang botak dan kurus tu laaaa...
Abis... mananya gambar aku? Aku kan pemalu.....