Friday, February 27, 2009

FORGIVENESS

Remember I was asking opinions on what is the best gift for my husband. Today is his 35th birthday (tua sudaaahhhhh)

I was with a friend yesterday and he said..."the best gift that you could possibly give to someone is forgiveness" It really touched me...

So dear hubby...for your 35th birthday today.....I forgive you...

But there is a saying....its easy to forgive but its hard to forget....

well.. who says life is simple? Its complicated! (now I sound like Denise Richards minus the looks la hahahaha)


After discussing the possibility that I might not join the 'fun' at Awana Genting.... the verdict is..I wont join the fun after all.

I'm sending off my sidekick and I'll be on my way to Kuantan this evening. Noooooo not for whatever you guys think of. I have an appointment with the developer of the house I bought. And the Minister of Agriculture will be visiting my FIL's ikan keli project. So he asked me to come over since menantu dia ni kan kerja gomen.

Will be back in KL on Sunday. Both my hunnybuns are staying with their grandma... weekend for mommy and daddy only.....

Have nice weekend... I know I will :P

Tuesday, February 24, 2009

JALAN-JALAN PUSING MALAYA

In point form !!!

-Alhamdulillah Big Boss sudah bagi approval untuk program jalan-jalan satu Malaya aku. Tentatively aku akan ke :

Lumba Basikal Jelajah Malaysia 19-26 April 2009

Lumba Basikal Piala Tengku Mahkota Pahang 13-17 Mei 2009

-Kira aku akan down the memory lane la sepanjang Jelajah Malaysia tuh ehehe..

-Jumaat ni birthday abang. Aku dah tak tau nak bagi apa

- 29hb Februari birthday anak bujang aku tapi tahun ni takde kan... so akan sambut 2 Mac sekali dengan ayahnya.

- Aku kena pergi kursus dari Jumaat sampai Isnin depan kat Awana Genting. Haruskah aku bawak basikal? Sedap jugak tu kayuh naik genting pelan2 setakat kaki mampu kayuh la...

- Sebab kena pergi kursus maka hancur harapan nak berdondang sayang ngan cik abang sempena birthday dia melainkan aku hantar sidekick aku ke Genting (evil thought!!)

- Esok kena pegi Balai Polis... (again!), kena study fail berkaitan (again!)

-aku tak tau nak tulis apa dah hahaha

Friday, February 20, 2009

SAMA TAK SERUPA



Yang atas adik, yang bawah abang...
Si adik perempuan si abang tentulah lelaki...
Tengok adik, tengok abang...
Muka macam sama, tapi tak serupa...

Thursday, February 19, 2009

I LOST MY ENGGAGEMENT RING

Stressed!and sad. I remember putting it on this morning. I did the usual stuffs and went to Shah Alam for a meeting. Had a chat with a friend and my ring is not on my finger anymore. I frantically called my clerk asking her to look aroundbut the ring is nowhere to be found.

Called abang and told him. As usual with his comforting tone "anggap je la takde rezeki" I'm sad....really really sad.

Lost my wedding ring in 2005 but found it back alhamdulillah. Now my enggagement ring...really hope to find it back...it's not an expensive ring but it is one of the most treasured item I owned...

I'M STRESSED!!!!!!

Wednesday, February 18, 2009

BERANINYA...

Aku memang respek keberanian engkau... aku betul2 respek keberanian engkau menghantar sms pada aku

Aku cabar engkau.. whatever your name is...

Jumpa aku cakap depan-depan...

Kalau engkau dah cukup berani la berhadapan dengan aku...

AKU CABAR ENGKAU!

Aku telefon pun tak angkat... berani sangat la tu ya...

Tuesday, February 17, 2009

GENTING BERKEBERETING

THe title says it all. Went to Genting Highland for the 6th stage of Le Tour De Langkawi. Hampir2 tak jadi... luckily leave approved.

Abang called early in the morning, ETD at 9.00. Macam lipas kudung aku bersiap, called Arel to make sure he's ready. By 8.00 dah ada kat Stesen Putra Gombak waiting for Aini. So off we went to Genting.


The initial plan was to naik cable car but we ditched the plan since the trafic is okay. So I drove all the way up. Pakai kereta auto tahu jer la lembapnya kan...at 10.30 dah terpacak kat Oldtown Kopitiam.. looking and drooling over bicycles hahaha..


Romentika komisar and komisarina - As Aini put it...
Dasar.. seminggu tak jumpa - As Nuarjb put it
Tau takper - As Angah put it



So sesi keberet bermula... aku lepak kat 200 meters to finish line. Spot yang sangat strategic. Snapped lots of pictures.. derang la bukan aku...

At approximately 12.30 the first rider sampai... Serpa Perez tuh... selamat la jersey kuning Gavacci. One by one they arrived....happy to see Nuar and Haidar sampai dalam kumpulan depan dan tak lebih maximum time.


Ada macam kat Alps tak? abaikan la hotel warna warni tuh...


Ni Zahrah.. adik Haidar, rider Malaysia gak nih..

I had to control myself la huhuhu.. jele sokeh tengok lengkawan ngambik gambar posing sana sini ngan riders etc.. Aku kena la jaga sket perangai since abang pun ada and fellow commissaires pun melambak kat situ.

Lepas habis semua, turun Awana. Snapped some pictures Team Cervello (huh! kalau la aku dapat sebijik basikal tuh... so yummyyyy) Jumpa abang kat lobi, amik baju kotor hmmmm... orang lain bawak souvenir balik.. aku bawak baju kotor untuk dicuci.. Aku kan isteri mithali...

Nuar lalu, nak pegi makan, so berborak kejap.. Satu perbualan yang kelakar seram

Arel : Saya Azril (dengan muka tergamam.. jumpa star beb hahaha)
Nuar : Saya Anuar Manang
Aku : perlu ke ko sebut nama ko nuar?
Aku n Aini : gelak tak hengat...

Sempat berborak ngan Sinichi Fukushima jugak....

So bertolak balik lepas setel semua. Hantar Aini ke Stesen dan Arel ke rumah (yer.. aku kan supir berdedikasi).....

Thursday, February 12, 2009

AYAH DALAM TV

Tiap malam aku dengan anak2 tengok Highlights LTdL... anak2 aku sangat excited sebab nampak ayah mereka dalam TV. Yer... anak2 aku tidur lewat. Adneen siap berdiri sebelah TV tunjuk2 muka ayah dia.. sweet moments.. Arief masih tak faham konsep rakaman TV, dia ingat kat sana siang, kat rumah malam. Bila telefon ayah dia sibuk tanya ayah dah sampai ke hahaha...

Tahun ni abang commissaire black board 1. Tu yang sokmo nampak dalam TV.. aku pun sexcited jugak hahahaha..

Jelajah sampai Bangi petang ni. Lepas kerja aku nak pergi Palace of Golden Horses terus ambik abang. Since esok start depan the Curve Damansara. Bolehlah dari rumah jer. That is the initial plan. Tengok la camne mlm nih. Kalau tak pun aku jumpa jer la dia pastu balik umah.

Esok plan ke Genting. Cuti aku dah lulus yeahaaa! Cadangnya drive half way dan naik atas guna cable car, tak penat carik parking dan dengan kereta auto memang la lembap nak mendaki Genting tuh.

Isnin pun aku cuti gak.. thank you Boss...


SIDE TRACK..

BAIK DIAM DAN NAMPAK BODOH DARIPADA BUKAK MULUT DAN TERBUKTI KEBODOHAN ITU...yer... nak komen boleh, nak kritik pun boleh tapi biar yang membina dan dengan fakta-fakta jelas. Bukan main sedap mulut jer bagi komen. Sukan lumba basikal bukan macam sukan lumba lari, bukan macam main bola sepak, bukan jugak macam berenang...event dalam sukan lumba basikal tu sendiri acara lebuh raya ngan acara trek pun tak boleh disamakan. kalau tak tau fakta dan technicalities dalam sukan lumba basikal sila la bagi komen yang setaraf pengetahuan memasing saja. FULL STOP!

Tuesday, February 10, 2009

LTdL Putrajaya-Senawang

Hari Ahad kan aku bertugas kan.. balik terus bumm lenaaaaa.. abang balik hantar kereta ngan member dia. Tahun lepas dapat bawak kereta Commissaire 3, tahun ni bawak kereta neutral service jek.. puas la anak aku bergambar kat laman rumah hahaha

Pagi semalam bertolak ke Putrajaya untuk first stage lewat gak sebab hujan maha lebat. Dah janji ngan Aini jumpa kat starting pukul 9.00. Aku sampai 9.10. Bawak anak bujang aku sekali sebab ayahnya suruh. Cranky la plak anak aku pepagi buta tuh. Jumpa Uncle Rahim pun takmo, jumpa uncle Nuar ngan Uncle Haidar pun takmo, minum milo free pun takmo...

Abang datang, baru lepas meeting teknikal. Lepas jumpa Aini aku lepak ngan abang kat tempat marshall ngan commissaire lah. Si Aini ngambek gambar sana sini.

As usual jumpa la kengkawan yang masih terlibat ngan penganjuran. Abang bagi aku bandana dia. Bleh pakai masa kayuh.

Riders berlepas pukul 10.00. Aku tunggu jalan ok sikit untuk gerak ke Senawang. Jumpa si Arel ingat dia nak ikut sekali. Ada hal katanya.. takperlah. Aku pergi ngan Aini jek. Anak aku masuk keter terus buat taik mata. Bukan morning person katanya..

Sampai Senawang terus carik Giant sebab finishing area tuh la. Senang jer nak jumpa rupanya. Dalam pukul 11.30 sampai dah. Since ETA pun pukul 1.30 so banyak masa nak lepak. Pi makan kat McDonald. Thanx Aini belanja aku anak beranak. Si Awea ngan Jess pun sampai. Borak2 sementara tunggu riders sampai. Duduk dalam tu kan sejuk ehehehe... kat luar tu panasss....

Cavalcade sampai ngam2 masa aku nak bergerak ke khemah jualan. Tak meriah langsung cavalcade tahun ni. Cavalry pun tak banyak. Aku ingat dulu ada cavalry pemenang jersey, kalau Genting tu siap ada character cartoon, dan every sponsor would come up with its own cavalry. memang meriah... ni yang aku tengok cuma milo ngan gardenia jek.. itupun calvary tuh atas proton savy. Member aku cakap semput savy tuh.. abih camno..

Dalam sejam lepas tuh dengar siren means riders dah nak sampai. Anak akubuat bodoh jek duduk kat pavement main bajak dia...aku nak nengok pun tak boleh. Tugas diserahkan pada Aini untuk tengok bagi pihak aku.

Dah setel habis aku lunch ngan abang sebelum dia meeting teknikal. Lepas dia bergerak ke hotel aku pun cabut balik Putrajaya nganto Aini dan balik Klang trus.

Sangat berpuas hati dapat tengok 1st stage. Lebih best sebab jumpa kengkawan lah. Anak aku pun excited tengok auahnya naik moto besau. Suka hati marshall tu sebab abang kan kurus kan hahaha...

Takper habis duit minyak dan tol.. tengok muka anak aku ngan suami aku happy seeing each other tuh priceless beb....

Jumaat ni ke Genting plak.. moh kita!

BERTUGAS JUAAAA

Aku bertugas jugak akhirnya kat Sirkit Kebangsaan dan Putrajaya Cyclefest hari Ahad tuh. Patut dari hari Sabtu. Tak kisah la..

Memula tu aku kena jadi Judge tapi somehow tukar plak. Aku kena jadi Komisar 2. Seronok jugak sebenarnya sebab kerja komisar 2 nih kena ikut race. Takde la duduk jer kat start/finish line tu tunggu rider.

So secara ringkasnya kerja Komisar 2 ni ialah kontrol bahagian depan race. Dia akan pastikan jalan clear untuk pelumba, dia akan ikut rider(s) yang breakaway dan follow leader group. Dari semasa ke semasa dia akan bagi information pasal kedudukan leader group, chaser group dsb. Dia akan maklumkan nombor badan untuk makluman judge bila dah hampir ke finish line...biasanya judge/time keeper kat finish akan alert bila kereta komisar 2 muncul. Dia juga akan communicate ngan komisar 1 yang ikut peloton untuk dapatkan time gap antara leader ngan peloton.

Kalau takde breakaway, komisar 2 lepak depan race lah. Dia jugak communicate ngan komisar motor untuk monitor pergerakan rider....

Yang best sekali? sebab boleh menjulurkan badan ikut sun roof hahahaha...bukan untuk suka2 tau tapi untuk monitor keadaan race dan riders..kalu aku campurkan distance covered masa buat lap tu semer dah sampai Kuantan aku ahahaha..

Masa acara Junior lelaki bawah 16thn, Dato' Astaman ikut aku round 2 laps. Sempat la berborak bagai pasal pembangunan basikal. Dia ni very concern pasal camne nak dapatkan atlit yang bebetul fit for the sport. AKu bagi pendapat aku jer mana yang aku tau based pada apa yang abang bgtau berdasarkan pengalaman dia sebagai pelumba, jurulatih dan komisar jugak.

Habis acara Sirkit Kebangsaan aklu sambung ngan Cyclefest sementara tunggu shift komisar petang sampai. Suprisingly abang pun datang sekali.. segan plak aku bertugas dia tengok.. lepas acara Junior Veteran MTB aku balik la... meks rentung!!!! panas lah!!!

Overall... good experience for me lah kan..

GOLDEN HORSES - HARI JUMPA KENGKAWAN

Aku habis bengkel SKT...tumpang CC aku balik..hujan maha lebat sepanjang jalan. So pelan2 bawak keter takut skidded jek...supposedly abang amik aku tapi change of plan. Dia tunggu kat rumah jer sebab SKT aku habis awal.


Bertolak ke Palace of Golden Horses. Anak2 aku tinggalkan ngan nenek derang. Hari ibu dan ayah saja lah ehehehe...sampai sana bilik pun belum ready lagi jadi berlegar2 sajalah kat lobi hotel sambil hai2 bai2 kat kenalan dalam LTdL tuh.


Of Course muka yang sama jugak saban tahun. Yang sama2 menjayakan event tu sejak aku join tahun 2001 dulu. Ada yang makin kembang (macam aku huhuhu) ada yang menten camtu jugak lah..


Sedang aku makan epal hijau yang tak berapa fresh (hotel ni sediakan buah kat reception) nampak la sekonyong2 dua orang pemuda pakai track bottom ngan t-shirt oren.. amat skema..memang beza la dengan yang selalu aku nampak. Anuar Manan ngan Ahmad Haidar. Sempat la berborak kejap..


"Haidar.. bakpe kawan mu ni skema sangat.. nampak baik sungguh kak tengok"
"Haahaha.. tak tau la kak..ye laaa nampok skema"
(Nuar mencari helah bela diri)
"Biasa la kak.. mana ada skema.. bisa la pakai camni"
"Elehhh macam kak tak biasa tengok korang pakai apa hahaha.. tapi mmg nampak jughuh laa, bleh buat calon adik ipar"


Nak buat camno kan.. bila dah duduk bawah khemah Malaysia tuh harus pakai seragam... nampak jugak Duan, dia ikut team MCF.


Pendaftaran bilik amat la lama... aku pelik jugak kenapa tak buat group registration saja macam dulu-dulu. Penganjur sediakan senarai nama ikut team dsb, hotel sediakan bilik dan kunci dan serahkan semuanya pada penganjur. So bila team datang (tau la satu team brp orang beb...ramai..) terus register dan tandatangan pada sheet yang disediakan.. tak perlu la register satu-satu, amik masa yang sangat lama.. kalau kaunter reception tu ada ramai officer takper. Kesian aku tengok muka sorang2 nak check in. Aku pun buat camtu dulu masa jaga accomodation untuk Jelajah Malaysia. Aku siap minta setiap team hantar satu wakil tetap setiap hari untuk amik kunci... senang nak berurusan dengan satu orang saja.


We had makan2 kat Seri Kembangan ngan geng2 komisar. Abang setel report duty dia dan aku study race manual sebab Isninnya nak menyebok sampai ke Senawang kan ehehe...aku bertolak balik dari hotel pun dekat2 pukul 10 malam..

Thursday, February 05, 2009

TUGASAN PERTAMA -KOMISAR

Aku dapat lantikan jadi komisar untuk Putrajaya Cyclefest hujung minggu ni. Aku sangat excited. Masalahnya aku baru dapat tau tadi, dan aku sekarang ni kat Bangi ada Bengkel SKT Jabatan. Camno? terpaksa la telefon MNCF kata tak boleh ikut.

Tanya abang.. dia pun kata takpe la.. banyak lagi 1 day road race tahun ni. Betul jugak ya.. Plan aku walaupun aku cuma kena buat praktikal dalam 2 road race dan 2 track race tapi aku cadang nak buat camni :-

1 One Day Road Race / criterium
1 Stage Race
1 Track Race
1 Mountain Bike Race

Supaya lagi aku faham pasal hal2 kepengadilan ni. dan aku nak jugak pergi buat attachment kat mana2 race yang ada. Untuk knowledge aku gak kan...

Yang aku nampak untuk praktikal :-

- Sport Excel kat Bera bulan 3 (road race)
- Jelajah Malaysia bulan 4 (stage race)
- Kenyir Interntional MTB (MTB)

Satu track kena carik.. maybe another sport excel kat Cheras.

Lepas habis Bengkel SKT, abang akan amik aku dah terus shoot ke Palace of Golden Horses. Lapor diri untuk Le Tour De Langkawi. Aku pun lama tak jumpa member2...

Tuesday, February 03, 2009

DIALOGUE OF THE CENTURY

"Bini kau ke Zizan?" - Dino
"Weeii.. tgk frame la" - Zizan
"Ada yang makan kaset ni karang!" - Angah
"Frame beskal la... " - Zizan

Zizan suka frame besau...aku frame sedang2 jer hahahaha