Hari Ahad kan aku bertugas kan.. balik terus bumm lenaaaaa.. abang balik hantar kereta ngan member dia. Tahun lepas dapat bawak kereta Commissaire 3, tahun ni bawak kereta neutral service jek.. puas la anak aku bergambar kat laman rumah hahaha
Pagi semalam bertolak ke Putrajaya untuk first stage lewat gak sebab hujan maha lebat. Dah janji ngan Aini jumpa kat starting pukul 9.00. Aku sampai 9.10. Bawak anak bujang aku sekali sebab ayahnya suruh. Cranky la plak anak aku pepagi buta tuh. Jumpa Uncle Rahim pun takmo, jumpa uncle Nuar ngan Uncle Haidar pun takmo, minum milo free pun takmo...
Abang datang, baru lepas meeting teknikal. Lepas jumpa Aini aku lepak ngan abang kat tempat marshall ngan commissaire lah. Si Aini ngambek gambar sana sini.
As usual jumpa la kengkawan yang masih terlibat ngan penganjuran. Abang bagi aku bandana dia. Bleh pakai masa kayuh.
Riders berlepas pukul 10.00. Aku tunggu jalan ok sikit untuk gerak ke Senawang. Jumpa si Arel ingat dia nak ikut sekali. Ada hal katanya.. takperlah. Aku pergi ngan Aini jek. Anak aku masuk keter terus buat taik mata. Bukan morning person katanya..
Sampai Senawang terus carik Giant sebab finishing area tuh la. Senang jer nak jumpa rupanya. Dalam pukul 11.30 sampai dah. Since ETA pun pukul 1.30 so banyak masa nak lepak. Pi makan kat McDonald. Thanx Aini belanja aku anak beranak. Si Awea ngan Jess pun sampai. Borak2 sementara tunggu riders sampai. Duduk dalam tu kan sejuk ehehehe... kat luar tu panasss....
Cavalcade sampai ngam2 masa aku nak bergerak ke khemah jualan. Tak meriah langsung cavalcade tahun ni. Cavalry pun tak banyak. Aku ingat dulu ada cavalry pemenang jersey, kalau Genting tu siap ada character cartoon, dan every sponsor would come up with its own cavalry. memang meriah... ni yang aku tengok cuma milo ngan gardenia jek.. itupun calvary tuh atas proton savy. Member aku cakap semput savy tuh.. abih camno..
Dalam sejam lepas tuh dengar siren means riders dah nak sampai. Anak akubuat bodoh jek duduk kat pavement main bajak dia...aku nak nengok pun tak boleh. Tugas diserahkan pada Aini untuk tengok bagi pihak aku.
Dah setel habis aku lunch ngan abang sebelum dia meeting teknikal. Lepas dia bergerak ke hotel aku pun cabut balik Putrajaya nganto Aini dan balik Klang trus.
Sangat berpuas hati dapat tengok 1st stage. Lebih best sebab jumpa kengkawan lah. Anak aku pun excited tengok auahnya naik moto besau. Suka hati marshall tu sebab abang kan kurus kan hahaha...
Takper habis duit minyak dan tol.. tengok muka anak aku ngan suami aku happy seeing each other tuh priceless beb....
Jumaat ni ke Genting plak.. moh kita!
1 comment:
la nape tak call dah sampai senawang? dekat je umah dgn giant tuh.
Post a Comment