Thursday, February 12, 2009

AYAH DALAM TV

Tiap malam aku dengan anak2 tengok Highlights LTdL... anak2 aku sangat excited sebab nampak ayah mereka dalam TV. Yer... anak2 aku tidur lewat. Adneen siap berdiri sebelah TV tunjuk2 muka ayah dia.. sweet moments.. Arief masih tak faham konsep rakaman TV, dia ingat kat sana siang, kat rumah malam. Bila telefon ayah dia sibuk tanya ayah dah sampai ke hahaha...

Tahun ni abang commissaire black board 1. Tu yang sokmo nampak dalam TV.. aku pun sexcited jugak hahahaha..

Jelajah sampai Bangi petang ni. Lepas kerja aku nak pergi Palace of Golden Horses terus ambik abang. Since esok start depan the Curve Damansara. Bolehlah dari rumah jer. That is the initial plan. Tengok la camne mlm nih. Kalau tak pun aku jumpa jer la dia pastu balik umah.

Esok plan ke Genting. Cuti aku dah lulus yeahaaa! Cadangnya drive half way dan naik atas guna cable car, tak penat carik parking dan dengan kereta auto memang la lembap nak mendaki Genting tuh.

Isnin pun aku cuti gak.. thank you Boss...


SIDE TRACK..

BAIK DIAM DAN NAMPAK BODOH DARIPADA BUKAK MULUT DAN TERBUKTI KEBODOHAN ITU...yer... nak komen boleh, nak kritik pun boleh tapi biar yang membina dan dengan fakta-fakta jelas. Bukan main sedap mulut jer bagi komen. Sukan lumba basikal bukan macam sukan lumba lari, bukan macam main bola sepak, bukan jugak macam berenang...event dalam sukan lumba basikal tu sendiri acara lebuh raya ngan acara trek pun tak boleh disamakan. kalau tak tau fakta dan technicalities dalam sukan lumba basikal sila la bagi komen yang setaraf pengetahuan memasing saja. FULL STOP!

6 comments:

NONIE AZIZ said...

sib baik ko tak tipon/sms aku kalau tak mau aku pun jadi adneen..tunjuk kat baba ni kawan blog orang punya asben ni...hahhahaha...

Angah said...

nonie :
hahaha... tidak la sampai gitu..

azizan abd aziz said...

Aku mmg sokong sangat sukan lumba basikal ni especially yg jelajah. Banyak side benefitnya. basikal dah jadi main transport aku sekarang nih..walaupun aku ni bukan atelit atau bekas atelit...jimat beb dan tak stress dalam jam. Ramai org dok tegur dan nak berbual bila aku bawak basikal pergi kerja. Boleh jadi satu topic.

Tapi yang paling ralat bila tv3 langsung tak kisah nak buat coverage. Tau la rtm tv penyiar, tapi summary pun langsung takde. Yg overseas punya boleh pulak ada tuh.

RTM pulak cuma ada live kejap je dan highlights tu pun pendek. Maybe takde sponsors. Cuma event kriterium je yang ada full live.

Performance team Malaysia pun bagus gak this year...ada la nama2 rider yang berbeza yang menang sprint kat certain stage. Nak komen lebih aku tak tau sgt:-)

Aku pun tak faham camne nak promo as per tagline ltdl nih...Sports Tourism...tapi takde coverage kat tv yang jitu..nampak cam gak di tagline je.

azizan abd aziz said...

Pembetulan ayat akhir

...nampak cam gah pada tagline aje..

Anonymous said...

errr ada org komen ke kak pasal lumba beskal nih???

R28est said...

wah jadi black board man eh? tu dulu tugas ayah saya..tapi skang dia kata dah xlarat dah tua..hik hik.. so dia xmoh jadi black board man..klu dlu kitorang p0n mengadap tv bkn nak tgk rider tapi tgk AYAH!!!