Monday, August 30, 2010

IFTAR MARATHON

Ha..jgn terkejut baca tajuk. Bukan makan tak berhenti2 tapi sepanjang ujung minggu sampai la ujung minggu ni memang iftar bejemaah je kekdahnya.

Hari Jumaat nan silam abang ajak geng2 seperbasikalan datang buka kat rumah sekali lagi. Yang mana2 tercicir minggu sebelumnya la tu. Gigih mak buyung memasak sorang diri untuk 30 orang makan ok. Serius ni! Aku masak gulai kawah 3 kilo daging, goreng ayam berempah 4 ekor , siakap masam manis 5 ekor, goreng sayur campur, sambal belacan dan puding caramel 3 sarang. Start memasak dalam pukul 3 la camtu.

Pelikkan apasal banyak sangat..dah tau la bebudak basikal, tekak sorang2 bukan mcm tekak kita. Badan je kecik haha..alhamdulillah semuanya licin.

Hari Sabtu chef memasak lagi untuk berbuka ngan adik beradik ipar pulak. Aku kan kakak ipar mithali dan kesayangan kan, kena mula la..menu repeat je haha..malas nak mikir menu lain. Kali ni walaupun yang hadir tu lebih kurang sama tapi kuantiti masakan dikurangkan sebab semuanya manusia normal. Part mengemas adik2 ipar aku setel. mak buyung lepak depan tv.

Semalam plak berbuka berjemaah kat umah adk ipar no.3. Menunya nasi ayam. Datang sebagai tamu je. Baliknya singgah Giant beli barang dapur. Beli bahan untuk buat puding caramel ngan kek coklat untuk iftar berjemaah kat rumah bapak mertua plak esok.

Rabu ngan Khamis ada majlis buka puasa jabatan kat MS Garden Hotel ngan Restoran apa ntah kat Tanjung Lumpur. Sabtu kat rumah adik ipar no 2, Ahad kat rumah adik ipar no 1. So minggu ni kurang la memasak ya.

MOOD RAYA

Pelita dah beli tapi tak boleh pasang sebab tak de minyak tanah dan hujan 2 malam nih. Ish..aku dah teruja dah ni. Lampu lip lap nampaknya tak kesampaian sbb takkan nak pasang keliling rumah, berapa banyak nak beli kan. kang pasang kat depan je pelik la plak.

Gril rumah dah sampai. Esok baru pasang. Lama betul kan sejak aku tempah. Takpe aku tak kisah sebab yang membuatnya pun part time, aku pun bayar sikit2 ikut kemampuan. Dengan harga cuma RM4 ribu untuk keseluruhan rumah 2 tingkat corner lot..sangat berbaloi menunggu pun. Dan sebab aku kan merangkap boss tauke gril tu kan (pemandu kereta jabatan)..maka dapat la gril yg berkerawang sket haha..bukan aku mintak..dia yg nak buat. Kira rezeki la tu kan.

Aku start cuti 8hb sampai la 19hb. Lama kan..sebab utamanya taska tutup sampai 19hb. Mujur boss approved cuti...sakan la mak buyung beraya ye..

Thursday, August 26, 2010

REZEKI

Alhamdulillah dapat juga RM500 wang ihsan raya. Boleh buat menambah persediaan untuk baby sebab untuk raya dah setel.

Semalam pegi checkup. Berat aku turun. Ye la dah puasa kan. Nurse cakap tak payah puasa la sbb berat turun, kalau stagnant takpe lagi. Lepas tu aku pi scan sbb aritu kan berat aku stagnant pastu naik 500g je, ni turun plak. Alhamdulillah perkembangan baby memberangsangkan, jadi doktor kata nak teruskan puasa pun takpe. Memikirkan kena ganti puasa yang malas tu. selagi perkembangan baby tak terjejas insyaAllah aku teruskan. Infact masa mengandungkan Aref ngan Adneen dulu pun kena dlm bulan puasa gak. Arief 7 bulan, Adneen 2 bulan, baby ni 8 bulan. So all in all berat aku sepanjang 33 minggu ni naik 6kg lah. Kurang naik senang nak turun nanti kan hehe..

Semalam lepas balik checkup tu singgah Pasar Ramadhan kat stadium. Saja nak rasa ayam panggang tempayan yang diwar-warkan sedap tu la. Aku beli separuh. Biasa2 je rasanya. Tak la sedap sangat pun ikut piawaian tekak aku le. Abang beli sup gear box yang memang sedap. Aku cuma masak paprik sotong.

BUDI BAHASA

Kat East Coast Mall, masa aku dapat voucher promosi yang dah basi tu la...masa aku belek2 baju kurung raya kat satu stall ni. Sekonyong2 datang la salesgirl dan terus cakap "baju mengandung tak jual kak" Ada ke aku cakap aku nak beli baju mengandung? Mana tau kalau2 aku nak borong 10 helai baju kurung untuk adik beradik ke kan..kalau cakap dengan sopan dan berhemah takpe la..ni kasarnya ya ampuunnn...ilang 1 potential customer ko dik! Aku baru cadang nak sambar 1 helai utk adik aku.

Ha lagi satu..aku selongkar archive blog ni dari tahun-tahun terkebelakang. Ya Ampunnnn komen-komen cik anon tu....main sedap tangan menaip jer..takpe la..sempena bulan baik ni aku maafkan keterlanjuran kata cik anon tu yang cakap aku ni macam2. Dia pun tak mintak dilahirkan camtu kan. Jadi aku kena faham.

Wednesday, August 25, 2010

PROMOSI YANG BASI

Semalam cadang nak masak tapi abang ajak pi East Coast Mall cari seluar. Ok la. Aku dapat gak beli baju kurung Adneen. Cantik la plak dengan manik2 bagai. Murah pun ya. So berbuka puasa la kami kat The Chicken Rice shop.

Yang aku nak cerita pasal promosi satu kedai peralatan dapur ni. Nak promote induction cooker. tak salah pun tapi jangan la layan customer macam aku ni tak sekolah langsung. Pernah tak zaman2 dulu ada dealer/promoter datang rumah jual arcopal /pinggan mangkuk pastu dia bagi hadiah bodoh2 pastu kita cabut sampul surat dan buka. Ada la memacam hadiah ditawarkan dari sekecil2 harga sampai sebesar2 harga kan. Pastu dia tunjuk la kupon2 yang dah dibuka sebelum ni yang kebanyakannya cakap thank you ye. Tetiba kaaannnn kita bukak pastu huiyoooo dapat hadiah paling besar. Grand Prize tuh!

Yer..tu la yang terjadi kat aku semalam. bagi aku botol air pastu tanya camni

"Akak tau tak apa ni " (sambil tunjuk induction cooker 2 penunu)

Aku jadi hangin tetiba aku bukan la bodoh sangat tak tau benda tu tempat untuk memasak.

"induction cooker" aku jawab
"akak tau pakai tak, pernah tengok tak"
" saya ada kat rumah cuma jenama lain, kena pakai magnetic cookingware kan, permukaan tak panas, boleh sampai 2000 celcius, masak takde asap, letrik jimat kan"
"eh akak tau rupanya"

Ingat aku lekeh sangat ke?

Aku dah nak blah sebab tak minat dan promoter 4 orang kerumun aku sorang. APAKAH? pastu dia hulur botol air hadiah promosi la, suruh aku bukak sampul dlm kotak botol air tu. Dengan segala penerangan la pasal jenis2 hadiah, jumlah hadiah dan tunjuk kupon thank you yang org lain dapat tu la..

As I expected, aku dapat voucher RM2999 untuk 3 barang iaitu induction cooker, hi-fi ngan frame gambar. Beriya ni ucap tahniah kat aku ngan abang, muka terkejut bagai la sebab tak sangka aku boleh dapat. Siap tepon madam mana ntah nak pastikan yg memang aku yg bukak sampul tu..

"akak untung ni, ni promosi ni cuma 1000 je kita keluarkan kak, kalau akak amik barang ni hari ni dapat la harga ni kak, atau kalau akak booking pun boleh"

"Saya dah ada induction cooker kat rumah mcm saya cakap dari awal tadi. Promosi cara gini dah banyak kali saya menang. Dari sejak zaman arcopal lagi. Terima kasih la ya. Bagi la hadiah saya ni kat customer yang lain."

Tolong la..guna pendekatan baru untuk promosi..alahaiiii

Tuesday, August 24, 2010

PLAN HUJUNG MINGGU

Kalau staf aku tak ingatkan Jumaat ni cuti Nuzul Al-Quran, agaknya aku sorang2 datang opis nak kerja. Maknanya boleh cuti straight sampai Selasa kan. Tapi sebab aku tengah tanggung kerja dan tak boleh cuti untuk bolehkan aku dapat elaun tu maka hari Isnin nanti gigihla aku pi kerja juga. Andainya cuma aku sorang yang kat opis, mau aku punchout pastu cakap pi tengok site haha..

Semalam balik opis pun ala2 ribut jugak la masa singgah Pasar Ramadhan. Rasa nak minum air tebu. Beli jugak popia goreng yang akhirnya aku campak dalam tong sampah. Ikut hati nak je aku sound peniaga tu hari ni..ishhh geram sungguh. Isi popia dah la cuma taugeh ngan sengkuang 2 3 urat, taugeh plak dah warna coklat, dah berlendir ntah dah berapa hari la umurnya. patut2 la nak berniaga kan. Aku rasa semalam sure peniaga tu dah hilang ramai pelanggan.

Aku masak lemak ayam serai, goreng ayam, sayur campur je semalam. Jiran sebelah plak bagi kuah pecal jadi aku celur la sayur2 yang ada dalam peti sejuk tu. Lama tak makan pecal dengan kuah kacang jawa yang sebenar. Memang marvelous! dah dekat pukul 10 malam baru aku makan nasi sikit.

Esok dah start baca Qunut masa Terawih kan. Aku buat kat rumah je. Itupun banyak rongak. sangat tak larat (alasan!) Tapi dah 33 minggu ni memang rasa sangat tak larat. Kengkadang aku solat duduk je.

Oh plan hujung minggu ni, aku jemput mertua, adik2 ipar aku ngan family derang buka puasa kat rumah. Sistem potluck la haha..mana larat aku nak masak untuk at least 25 orang tu nanti kan. Aku masak nasi dengan 2 lauk je. Cencaru sumbat ngan ayam percik, sangat mudah kan. Campak je dalam oven or microwave. Takdenya nak pakai arang bagai ni. Cuma kena roger adik ipar aku pinjam periuk nasi besar haha..umah aku mana ada. Setakat 1.8 liter tu ada la..

Suka kata-kata ni

"BEING SINGLE IS A LOT WISER THAN BEING IN A WRONG RELATIONSHIP"

Monday, August 23, 2010

RINDU


Aku rindu nak berpakaian camni semula, pi kayuh ramai2 kat jamboree. Tunggu la tahun depan ya Angah..lepas pantang boleh berjinak2 balik dengan basikal. Ni bulan 12 tahun lepas ni..seminggu sblm pindah Kuantan dan sebulan sebelum disahkan pregnant.

RIBUT

Petang semalam ribut kat Kuantan. Kanopi kat Pasar Ramadhan sebelah masjid terbalik, pokok2 pun banyak yang tumbang dengarnya. Aku kat tingkat atas rumah masa tu. Tengok angin punya la kuat, nampak pusar angin! Abang cadang nak kayuh test meter cadence pun tak jadi.

Lepas nampak dah reda ribut tu, kami pegi bandar. Saja berbuka diluar sebab Sabtunya tu kan aku dah bertungkus lumus memasak (cewah!) sebab member2 abang berbuka kat rumah. Lagipun nak cari langsir. Kesian rumah aku pakai langsir yang sebenarnya tirai dinding bilik masa aku kawen dulu haha..

Pergi Kamdar beli langsir untuk tingkat bawah ngan master bedroom. Berbaloi-baloi. Ropol2 tu semer takde la. Kan tema rumah aku ikut bajet, jadi kena la cari yang ikut bajet kan. Cuma aku terlebih bajet (setelah memikir berhari-hari nih). Aku beli frame kayu jati Ayat Kursi yang sangat cantik...pada aku laaa..dengan harga RM250. Harga asalnya RM690. Nanti aku amik gambar tepek sini.

IBUKU SAYANG

Mak aku kat JB sekarang. Rumah adik aku. Saja nak tukar angin katanya, ye la sementara rumah kat Klang tu tengah dalam pembinaan kan. Baik la dia lepak kat rumah anak2. Bakpe nak mengadap muka kontraktor.

Lepas raya mak akan duduk rumah aku sampaila aku habis pantang. Bestnyaaaaa.. tak sangka plak mak nak duduk ngan aku sampai aku habis pantang, sebab plan asal dalam 2 minggu je. Aku rasa sebab naluri nenek tu la kan..sapa tak sayang cucu ooiiii..

Maknanya, boleh la aku mintak urut, mandi serum sesuka hati, seberapa lama aku nak kan...amik kesempatan katanya hehe..

Friday, August 20, 2010

KELENGKAPAN DAPUR

Semalam aku berbuka di luar. Makan siakap stim. Sedap juga la. Kami sampai kat kedai makan tu dalam pukul 7.10. Makanan dah terhidang. Siakap stim tu dah agak sejuk jadi kuahnya pekat la kan. So abang panggil pelayan minta tolong panaskan semula ikan tu. Kan biasa restoran guna yg macam lilin tu kan. Beberapa detik selepas tu pelayan tu datang bawak 2 biji mangkuk. APAKAH? hahaha mangkuk betul laaaa..aku buat andaian la agaknya dia ingat kami nak mangkuk sebab ikan tu panas. Alahai..sabar je la.

Eh, kan aku nak cerita pasal kelengkapan dapur kan. Al-kisah kan claim aku dah masuk. So petang semalam abis opis aku pun buat misi mencari oven. So lepas pegi beberapa kedai membanding harga. Aku balik dengan oven zanussi, muat la untuk panggang seekor ayam. Siap dengan besi yang golek2 ayam tu. Pastu tangan ni gatal kan..aku pun terbeli...ye terbeli mixer cap Faber. murah jugak, senang aku nak buat kek. Takde la rasa nak putus tangan guna whisk kan. So esok boleh menerai kedua2 barang ni.

Memandangkan esok abang ajak kawan2 seperbasikalan berbuka kat umah, kena la aku masak kan. Yang simple dan kejap. So memandangkan dah ada oven nih haha..maka aku nak masak ayam percik je, senang dan cepat. Lambak semua bahan ngan ayam dalam kuali, lps 3/4 masak campak plak dalam oven. Letak kuah sekali sekala dan hidang ngan kuah belen dlm kuali tu.

Pastu ingat nak masak udang lemak nenas plak. Pun senang kan, blend bahan dan campak semua dalam periuk sampai masak.

Cuma esok rasanya nak buat muffin pisang, letak coklat chips sket sure sedap. Takpun aku buat chocolate moist kukus yang biasa tu je.

Buat kuih raya? tidak la nampaknya. Kuih tunjuk2 lagi senang. Kang mana nak buat kuih, mana nak kontrol kanak2 ribena lagi. Mau aku jadi tarzan kang.

Wednesday, August 18, 2010

PSIKOLOGI

Hati aku sedang diamuk resah. Sangat tak suka bila perasaan ni datang bertandang. Lagi pulak bila penyebabnya tetapla benda yang sama, yang berulang-ulang, yang aku cuba buang dari kotak memori aku.

Tapi sebab ianya macam biskut chocfudge, kejap ada kejap takde. Bila penyebab tu hadir semula, mula la aku rasa tak best. Ishhh sangat tak suka. Aku nak perasaan resah ni hilang buat selamanya. Yang aku boleh buat cuma bersabar dan berdoa agar Allah beri aku ketenangan hati dan kedamaian jiwa serta ketajaman akal untuk menempuhnya.

Kalau aku lemah lagi seronok la penyebab tu datang bertandang dan menyebok dalam hidup aku kan..think positive Angah! Think positive! Allah takkan menduga diluar kemampuan hambanya.

Full Stop!


Semalam berbuka dengan 2 lauk yang dibeli. Masak tempoyak ikan patin dan ayam bakar. Kat rumah aku sempat masak sup sayur untuk anak2 dan udang galah belen kelmarin aku masak sweet sour. Wah! sudah 4 lauk kan. Tapi sebab semuanya kuantiti kecil maka tidak la membazir.

Bulan puasa ni aku ubah jadual. Kalau hari biasa tu, lepas maghrib aku akan setel laundry (basuh, lipat dan susun), setel beg sekolah anak2, dishes ngan kemas rumah abang buat hehe.. bulan puasa ni semuanya aku buat lepas sahur. So malam tidur awal. Nak tidur balik lepas sahur lagi weng kepala bila bangun kan.

Alhamdulillah claim perjalanan masa aku pegi exam 10 hari bulan lepas dah masuk. Adalah dalam 2K. Makcik nak beli gelang besar buleh? tak la...banyak lagi benda aku boleh buat. Tambah bajet sikit untuk baby ke, untuk rumah ke, untuk raya ke kan..


POTENSI

Oh.aku dapat call dari sekolah lama aku. Anak yang aku bantu persekolahan dia tahun lepas nak tau sapa aku. Iya..dia ngan family dia tak tau sapa aku. Nak kenalkan diri ke tak ya? Aku ikhlas bantu anak tu. Aku nak tengok dia berjaya dalam pelajaran dan bantu keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan. Apa la sangat pun setakat belanja sekolah dan buku rujukan yang aku titipkan pada gurunya tu. Aku segan sebenarnya. Bak kata Rudy "berbuat baik dan kemudian lupakan lah"

Aku pun dah dapat senarai beberapa pelajar tahun 5 yang berpotensi, yang datang dari keluarga yang miskin, yang punya semangat tinggi untuk belajar dari cikgu yang sama, yang berkerjasama ngan aku tahun lepas. InsyaAllah, aku akan pilih 2 daripada mereka untuk aku bantu tahun depan. Tak banyak. Cuma yuran tahunan, pakaian seragam, belanja sekolah dan buku rujukan jika perlu yang aku salurkan setiap bulan kepada cikgu , bukan ibu bapa mereka.
Kalau mereka tak punya apa di rumah, sekurang-kurangnya mereka punya cukup kelengkapan semasa di sekolah kan.

Biarlah anak2 berpotensi ni berkembang potensi mereka..jangan tersekat dek kemiskinan keluarga. Kita yang agak2 berkemampuan ni tolong la sekadar mampu, sekadar daya. kalau takde duit, mungkin dengan masa, ajar tuition free ke.. atau dengan hebahan tentang kesusahan anak2 ni kan...insyaAllah usaha kita yang sedikit ni akan beri makna besar dalam hidup mereka.

Tuesday, August 17, 2010

HUTANG

Dapat membayar habis kereta adalah satu nikmat! Alhamdulillah...merasa jugak aku nikmat tu. Lepas ni cuma akan maintain je kereta yang ada. Tak nak menambah hutang dah. Duit yang selama 7 tahun guna utk byr kereta akan digunakan utk benda lain plak. Of course sekolah Arief dan baby yg bakal tengok dunia ni. Boleh jugak cilok sikit2 upgrade basikal haha..nafsu!

Hutang yang tinggal sekarang ialah hutang rumah. Itu sampai pencen kena bayar huhu..nak buat camne kan. Aku bukan kaya raya boleh beli rumah cash.

Semalam masak lemak udang galah. Tak teringat nak amik gambar sebab sampai rumah pun dah lambat. Ngam2 hidang makanan terus azan berkumandang. Hari ni nak masak apa ek..ada sikit lagi udang tu. Mungkin buat udang 3 rasa atau masam manis pulak lah.

Semalam jugak masa balik, aku ternampak satu rumah tu buat tapak tanaman kat bawah tingkap. Cantik dia tanam pokok2 bunga ros sebaris. Aku pun nak buat la. Seganas-ganas aku bawak beskal atas jalan raya, dalam hutan, dalam hati tetap ada taman tau. Nanti masa nak pasang tiles kat porch ngan tepi rumah aku nak mintak tukang tu buat sekali tapak tanam ngan aliran airnya sekali.

Sekejap je dah seminggu puasa kan. Arief nak lampu lip lap. Dia suruh pasang keliling rumah. Alahai..macam beriya sangat la pulak nak nyambut raya kan. Budak2 camtu la excited lebih. Jangan mintak mercun sudah. Bunga api boleh tolerate lagi..

Monday, August 16, 2010

PUASA DAN NAFSU

Setakat ni berjaya mengawal nafsu daripada membeli berlebih-lebihan di Pasar Ramadhan. Alhamdulillah. Tiap hari memang singgah cuma untuk beli air soya dan tau foo fa. Itu hidangan wajib. Kuih pun beli 2 ringgit campur2 je. Aku memang memasak menu simple2. Malam tadi berbuka di luar. Sebabnya nak makan kerabu mangga. Petang ni rasa nak beli ayam panggang tempayan. Tengok dah dari minggu lepas tapi lepas tengok Buletin Utama mlm tadi rasa nak cuba plak..eeiii nafsu..

Setakat ni Arief puasa penuh 2 hari. Khamis lepas masa kat Pasar Ramadhan dia mengadu kat aku kepala dia sakit, mata dia tak nampak. Aku pegang tangan dia sejuk, tengok bibir bibir dah pucat. Ni sure nak pitam. Jalan pun dah terhuyung hayang. Aku terus belikan air dengan kuih, duduk kat birai jalan pastu bagi dia makan. Lepas tu baru la ok sikit. Kesian anak ibu..semangat nak puasa. Tau la bebudak duduk Tadika ni, berlari tak cukup tanah, mana tak penat.

Jumaat lepas makcik belakang rumah bagi kerabu timun yang sangat sedap. Oh..aku dah kena pandai hidup berjiran kan. Nak bagi lauk aku ni bukan terer masak sangat, jadi hari Sabtu tu aku buat kek coklat kukus comel2 dalam cup dan bagi kat jiran sebelah rumah ngan makcik belakang rumah tu. Satu adunan dapat 60 biji, so boleh la bahagi 20 biji satu rumah kan..nak resepi?

Petang ni nak masak lemak udang galah special dibawa dari Rompin. RM30 je sekilo. Pemandu kat opis aku tolong belikan. Aku beli 2 kilo. Cadang nak masak lebih dan sedekah pada jiran juga. Sikit sama2 rasa. Tau la udang galah ni, kepala je besau..badan pendek jer haha..nanti snap gambar tepek sini. Goreng butter pun sedap kan..ohh nafsu..

Dulu2 masa kat opis lama, kami buat kuih sorang sejenis, bekukan dan lepas tu tukar2 sesama sendiri. Jadi dah ada kuih untuk 5 hari seterusnya. Jimat dan mudah kan. Kali ni tak de geng nak buat barter system camtu lagi la..aku pun macam malas nak buat hujung minggu.

Apapun puasa kali ni aku rasa syok sebab dapat bersahur dan berbuka dengan suami dan anak2 walau simple camnepun masakan yang terhidang. Wah..teringat balik zaman2 berbuka sorang2 boleh menitik air mata wehhh

Wednesday, August 11, 2010

NO 2..

Tak la.. bukan bini nombor 2..

Arief dapat keputusan exam 1st semester semalam. Dapat nombor 2 daripada 24 pelajar kelas University of Oxford,Tadika Al-Azid. Nombor aku tak kisah sangat sebenarnya. Pencapaian markah subjek tu yang penting. Mcm biasa sejak Tadika kat Klang thn lepas pun, yang perlu lebih perhatian ialah subjek tulisan jawi ngan lukisan/art. Lain-lain ok. Maths/Science/Smart Reader dapat 100%. BM dapat 98%...

Ibu mana tak bangga dengan pencapaian anak kan? walaupun baru Tadika haha.. penting juga untuk titik permulaan pencapaian dia bila masuk sekolah rendah nanti ye tak. Sekurang-kurangnya aku dah tahu kat mana yang dia kuat dan kat mana yang dia lemah.

Hadiah takde! Macam biasa hadiah daripada aku cuma cium. Minggu lepas dah dapat basikal baru kira hadiah la tu ye tak..

PUASA HARI PERTAMA

Petang semalam masak ketam masak lemak. Tak beli pun, ADUN bagi lepas meeting. Rezeki aku la tu. Sebab banyak so panaskan je la masa sahur.

Aku macam biasa jugak bersahur tak makan nasi. Cukup dengan milo+nestum dan roti bakar 2 3 keping.

Arief determined nak puasa tahun ni. Aku ye kan je la..keinginan dia dah ada so support je. Cikgu Tadika ckp makanan tetap disediakan mcm biasa, kalau budak tak nak dan nak berpuasa no problem. Pagi ni aku tak bekalkan dia apa2. macam pelik pulak. Biasa tu ada la bawa roti ke, cereal ke. Adneen macam biasa jugak bawak bekal sekeping keju. Suka sangat anak dara sorang ni ngan keju.

Petang ni nak masak pajeri terung / goreng ikan terubuk masin / goreng ayam untuk hero dan heroin / sambal belacan dan ulam. Simple dan sedap.

Pasar Ramadhan eerrrr...malas nak pegi.

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN MUBARAK

Sekejapnya masa berlalu. InsyaAllah esok kita akan mula berpuasa. Alhamdulillah, tahun ni tahun pertama aku akan berpuasa dengan suami dan anak-anak dalam erti kata keluarga yang sebenar. 5 tahun puasa berasingan. Aduh! kalau dikenang-kenang semula pengalaman dulu tu, aku pun pelik bagaimana aku boleh survived.

Sure pening nak masak apa tiap2 hari. Tapi peliknya hari2 biasa pun memasak jugak kan. Buat jadual menu sebulan bagus kan. Mujur abang sahur tak makan yang berat2. Aku pun sekadar minum milo ngan nestum/ roti bakar / tamar. Cukup la.

Plan raya. Patutnya tahun ni raya kat Kuantan. Tapi abang ajak raya kat Klang. Aku ikut je hehehe..baju raya bebudak dah setel seawal mula sale. Mals nak bersesak masa bulan puasa dengan perut memboyot nih haha...untuk baby lepas raya pun boleh.

Kandungan dah 31 minggu. Minggu lepas pergi checkup dan berat aku statik, tapi tinggi rahim bertambah so maknanya baby tetapla membesar kan. So kena la pi jumpa doktor minggu ni. Alahai...

RUMAH AKU

Aku tengah sibuk membeli perabot untuk penuhkan rumah yang padang jarak padang tekukur tu haha..puas la meronda serata Kuantan memburu perabot yang mampu milik. Tema rumah aku senang, ikut bajet sedia ada sebab aku tak nak terhimpit hutang. Kereta dah habis bayar so boleh la beli perabot kaannn..

Memang betul la kena rajin merayau sebab untuk sofa yang sama, harganya berbeza di setiap kedai. Ada yang beza dekat RM500 tuh. So aku beli 2 set sofa dari Cavenzi. Set 2+3 (leather) dengan harga RM888 (asalnya RM 1750) untuk ruang tamu bawah dan set L-Shape (suede) dengan harga RM 950 (asalnya RM 1890) untuk ruang menonton tingkat atas. Pastu dapat plak kerusi 3 seater stock clearence RM 350 (suede) aku letak kat ruang tamu kedua, dekat ngan tpt simpan beskal. So tak sampai RM2500 pun kan.

Pastu aku beli perabot lain jugak..

1 katil queen
1 katil single
2 almari 2 pintu
1 rak kasut 5 kaki tinggi
1 kabinet tv 5 kaki panjang
2 towel rack
1 meja study

Semua sekali berharga RM 1800 sahaja. Semua pun kayu getah solid. Bukan chipboard tau.

Tak perlu mahal2, janji selesa dan dalam kemampuan poket aku. Itu yang penting.

Part langsir lagi best! masa pindah masuk aritu pasang railing aku dapat kawtim bayar 2 kali ngan Kak Jan. Kali ni aku bayar 4 kali untuk langsir satu rumah. Padahal dia tak pernah buat pun stail bayar ansuran ni. Mulut kena manis, dan janji kena tepati. Dia percaya kat aku so alhamdulillah. Takde la ropol2 beria sangat. Aku suka yang simple dan tak kumpul habuk. Karpet pun aku takde. Pakai tikar buluh je senang nak menten.

Landscape luar plak..dah potong/tebas/mesin rumput dan semak samun untuk tanam apa yang patut. Kebetulan ada nursery yang buat clearance sale. So membeli jugak la pokok manggis (ikut nasihat kak Luna), mempelam epal, jambu batu, mata kucing dan beberapa pasu pokok bunga yang jenis2 daun2 senang nak menten tu la..nanti makcik amik gambar ye..

Plan berikutnya, menebang pokok nibung kat kebun bapak mertua aku untuk buat pancang orkid. Cantik pulak aku tengok konsep pokok orkid melekat bertingkat-tingkat kat batang nibung. Pastu cari spisis orkid yang cantik dan murah.

Eh..lari tajuk sudaaahhh....dari puasa ke rumah plak ye..

Apa pun, Angah sekeluarga ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua yang membaca blog ni..semuga Ramadhan kali ni membawak seribu makna dalam hidup kalian hendaknya...Ambil la peluang atas keberkatan bulan yang satu ni untuk menambah amalan (bukan berat badan), memohon ampun atas dosa2 yang pernah dilakukan dan sebagainya.

Tuesday, August 03, 2010

LEGA

Semalam pegi KL hantar assignment. Bukan tak boleh pos tapi sebab baru bebetul siap hari Sabtu. mesti ada yang tanya dah 2 minggu tak boleh siap ke? Meh aku jawabkan ok...betul 2 minggu nampak lama tapi kena ingat sebelum tu 2 minggu pergi kursus dan exam, bila balik opis maknanya ada 2 minggu kerja tertunggak menunggu untuk tindakan, tambah dengan kerja harian macam biasa.

Yer..nanti ada yang cakap time management tu penting. Betul, tapi akupun bukan duduk kat pejabat je, kena pegi meeting la, pemantauan utk buat laporan la. The only time aku buat assignment daripada cari bahan, cari idea, jot down idea, buat rangka kertas, susun idea, buat ayat dan sampai la habis cuma masa lunch (kalau sempat) ngan pukul 11 malam lepas siap kerja rumah dan anak2 dah tidur. Dengan keadaan aku yang makin sarat lagik nih huhu.. memang menduga sungguh nak nyiapkan 2 assignment tuh.

ALHAMDULILLAH SIAP JUGAAAAAA....

So dalam maklumbalas kursus secara online, aku kata kertas tugasan kena buat sebelum kursus dan hantar semasa hari pendaftaran. Supaya lepas balik kursus tu tak perlu dah nak pikir apa2 lagi. Ada member2 aku yang amik cuti 2 hari semata2 nak siapkan tugasan. Haiiii sapa kata kerja gomen ni rilek meh aku luku sikit kepala tu..

TANGGUNG KERJA

Masih pasal kerja, 2 bulan ni aku menanggung kerja kawan sepejabat yang cuti bersalin. So bulan ni tak boleh cuti. Lepas 2 bulan nanti dia plak tanggung kerja aku..pass baton katanya haha..maknanya bertambah sekali ganda la kerja aku kan..nak buat camne, anggap rezeki untuk baby la. Dapat 1/4 daripada gaji yang ditanggung so boleh guna untuk kenduri akikah baby nanti kan..alhamdulillah.

HATI DAN PERASAAN

Aku rasa lebih lega dengan lepaskan apa yang aku rasa dalam blog. Daripada aku marah2 orang atau masam2 muka tapi angin tak lepas, baik la lepaskan dengan tulis2 dalam blog ye tak. Kurang2nya da gak yang beri kata2 semangat. yang kutuk pun ada, yang terus mengacau pun ada.. tapi ADA AKU KESAH! heheh kengkadang kesah jugak. Aku pun manusia, ada hati dan perasaan kan.. tapi tu la...blog ni banyak bantu aku release kemarahan, kesedihan, kongsi kegembiraan dsb.

CONTOH TAK BAIK

Baca tak paper semalam. Pasal cara gugurkan kandungan yang biasa digunakan, siap dengan cara makan lagi tuh haaaa. Memang bagus la nak expose benda tu bagi orang sedar yang gejala ni makin parah TAPI pada aku kesan negatifnya lagi parah sebab lagi banyak la pengetahuan pasal cara nak gugurkan kandungan ni..Nauzubillah...pikirla kesan dan akibat perbuatan tu sebelum buat...