Kalau staf aku tak ingatkan Jumaat ni cuti Nuzul Al-Quran, agaknya aku sorang2 datang opis nak kerja. Maknanya boleh cuti straight sampai Selasa kan. Tapi sebab aku tengah tanggung kerja dan tak boleh cuti untuk bolehkan aku dapat elaun tu maka hari Isnin nanti gigihla aku pi kerja juga. Andainya cuma aku sorang yang kat opis, mau aku punchout pastu cakap pi tengok site haha..
Semalam balik opis pun ala2 ribut jugak la masa singgah Pasar Ramadhan. Rasa nak minum air tebu. Beli jugak popia goreng yang akhirnya aku campak dalam tong sampah. Ikut hati nak je aku sound peniaga tu hari ni..ishhh geram sungguh. Isi popia dah la cuma taugeh ngan sengkuang 2 3 urat, taugeh plak dah warna coklat, dah berlendir ntah dah berapa hari la umurnya. patut2 la nak berniaga kan. Aku rasa semalam sure peniaga tu dah hilang ramai pelanggan.
Aku masak lemak ayam serai, goreng ayam, sayur campur je semalam. Jiran sebelah plak bagi kuah pecal jadi aku celur la sayur2 yang ada dalam peti sejuk tu. Lama tak makan pecal dengan kuah kacang jawa yang sebenar. Memang marvelous! dah dekat pukul 10 malam baru aku makan nasi sikit.
Esok dah start baca Qunut masa Terawih kan. Aku buat kat rumah je. Itupun banyak rongak. sangat tak larat (alasan!) Tapi dah 33 minggu ni memang rasa sangat tak larat. Kengkadang aku solat duduk je.
Oh plan hujung minggu ni, aku jemput mertua, adik2 ipar aku ngan family derang buka puasa kat rumah. Sistem potluck la haha..mana larat aku nak masak untuk at least 25 orang tu nanti kan. Aku masak nasi dengan 2 lauk je. Cencaru sumbat ngan ayam percik, sangat mudah kan. Campak je dalam oven or microwave. Takdenya nak pakai arang bagai ni. Cuma kena roger adik ipar aku pinjam periuk nasi besar haha..umah aku mana ada. Setakat 1.8 liter tu ada la..
Suka kata-kata ni
"BEING SINGLE IS A LOT WISER THAN BEING IN A WRONG RELATIONSHIP"
3 comments:
anak sulung kak pB dok suruh buat ayam percik. Tak terbuat buat lagi
Hujung mgg ni pun kami nak wat mkn2 kat umah..
And harus juga mengamalkan sistem potluck..
Hehhehhe..
:P
aku pon tak amik cuti senin dpn..gigih nak mai gak keja..hahahaha...
Post a Comment