Petang semalam ribut kat Kuantan. Kanopi kat Pasar Ramadhan sebelah masjid terbalik, pokok2 pun banyak yang tumbang dengarnya. Aku kat tingkat atas rumah masa tu. Tengok angin punya la kuat, nampak pusar angin! Abang cadang nak kayuh test meter cadence pun tak jadi.
Lepas nampak dah reda ribut tu, kami pegi bandar. Saja berbuka diluar sebab Sabtunya tu kan aku dah bertungkus lumus memasak (cewah!) sebab member2 abang berbuka kat rumah. Lagipun nak cari langsir. Kesian rumah aku pakai langsir yang sebenarnya tirai dinding bilik masa aku kawen dulu haha..
Pergi Kamdar beli langsir untuk tingkat bawah ngan master bedroom. Berbaloi-baloi. Ropol2 tu semer takde la. Kan tema rumah aku ikut bajet, jadi kena la cari yang ikut bajet kan. Cuma aku terlebih bajet (setelah memikir berhari-hari nih). Aku beli frame kayu jati Ayat Kursi yang sangat cantik...pada aku laaa..dengan harga RM250. Harga asalnya RM690. Nanti aku amik gambar tepek sini.
IBUKU SAYANG
Mak aku kat JB sekarang. Rumah adik aku. Saja nak tukar angin katanya, ye la sementara rumah kat Klang tu tengah dalam pembinaan kan. Baik la dia lepak kat rumah anak2. Bakpe nak mengadap muka kontraktor.
Lepas raya mak akan duduk rumah aku sampaila aku habis pantang. Bestnyaaaaa.. tak sangka plak mak nak duduk ngan aku sampai aku habis pantang, sebab plan asal dalam 2 minggu je. Aku rasa sebab naluri nenek tu la kan..sapa tak sayang cucu ooiiii..
Maknanya, boleh la aku mintak urut, mandi serum sesuka hati, seberapa lama aku nak kan...amik kesempatan katanya hehe..
6 comments:
skrg ni ribut sana sini kan, risau banyak benda pelik2 yang berlaku,
tanda-tanda nak dekat dengan kiamat, takutnya
dah dekat nak bersalin ye, dapat puasa penuh tak?
boleh bermanja dengan mak masa patang, best :)
Ummi
setakat ni alhamdulillah tak rongak lagi. Memikirkan nak mengganti tu yang jadi semangat nak puasa walaupun dah 33 minggu. Ha'ah..dah terbayang seronoknya manja ngan mak.
Takut kan ribut sana sini ngeri..
bestnya..
last Thursday mak dan ayahanda mai teman aku ngan mira berbuka posa..seronot tak terkata..
inikan plak kalo mak teman dlm pantang..yeahuuu....
Arena
seram gak, umah aku lot tepi memang nampak jelas pokok2 mcm nak tumbang
Oren
Memang seronok. Masa derang ada ni la nak bermanja kan..
Angah..memg seronok klu mak kita blh tinggal dgn kita kan..sbb boleh laa minta masakkan itu ini...dan at the same time melayan permintaan dia sama...
Post a Comment