Semalam cadang nak masak tapi abang ajak pi East Coast Mall cari seluar. Ok la. Aku dapat gak beli baju kurung Adneen. Cantik la plak dengan manik2 bagai. Murah pun ya. So berbuka puasa la kami kat The Chicken Rice shop.
Yang aku nak cerita pasal promosi satu kedai peralatan dapur ni. Nak promote induction cooker. tak salah pun tapi jangan la layan customer macam aku ni tak sekolah langsung. Pernah tak zaman2 dulu ada dealer/promoter datang rumah jual arcopal /pinggan mangkuk pastu dia bagi hadiah bodoh2 pastu kita cabut sampul surat dan buka. Ada la memacam hadiah ditawarkan dari sekecil2 harga sampai sebesar2 harga kan. Pastu dia tunjuk la kupon2 yang dah dibuka sebelum ni yang kebanyakannya cakap thank you ye. Tetiba kaaannnn kita bukak pastu huiyoooo dapat hadiah paling besar. Grand Prize tuh!
Yer..tu la yang terjadi kat aku semalam. bagi aku botol air pastu tanya camni
"Akak tau tak apa ni " (sambil tunjuk induction cooker 2 penunu)
Aku jadi hangin tetiba aku bukan la bodoh sangat tak tau benda tu tempat untuk memasak.
"induction cooker" aku jawab
"akak tau pakai tak, pernah tengok tak"
" saya ada kat rumah cuma jenama lain, kena pakai magnetic cookingware kan, permukaan tak panas, boleh sampai 2000 celcius, masak takde asap, letrik jimat kan"
"eh akak tau rupanya"
Ingat aku lekeh sangat ke?
Aku dah nak blah sebab tak minat dan promoter 4 orang kerumun aku sorang. APAKAH? pastu dia hulur botol air hadiah promosi la, suruh aku bukak sampul dlm kotak botol air tu. Dengan segala penerangan la pasal jenis2 hadiah, jumlah hadiah dan tunjuk kupon thank you yang org lain dapat tu la..
As I expected, aku dapat voucher RM2999 untuk 3 barang iaitu induction cooker, hi-fi ngan frame gambar. Beriya ni ucap tahniah kat aku ngan abang, muka terkejut bagai la sebab tak sangka aku boleh dapat. Siap tepon madam mana ntah nak pastikan yg memang aku yg bukak sampul tu..
"akak untung ni, ni promosi ni cuma 1000 je kita keluarkan kak, kalau akak amik barang ni hari ni dapat la harga ni kak, atau kalau akak booking pun boleh"
"Saya dah ada induction cooker kat rumah mcm saya cakap dari awal tadi. Promosi cara gini dah banyak kali saya menang. Dari sejak zaman arcopal lagi. Terima kasih la ya. Bagi la hadiah saya ni kat customer yang lain."
Tolong la..guna pendekatan baru untuk promosi..alahaiiii
6 comments:
Adeh akak dah berapa kali dema buat terkejut tergempar seronok terlebih sebab dema kata akak dah menang itu ini tapi akak buat selamba rock aja. x kuasa aku nak melayan. kata menang tapi kena bayar macam2, boleh booking bagai, dia ingat kita bodoh ke. akak suruh dia ja simpan hadiah tu atau bagi ja kat nenek dia ka apa. merepek.
ahahahahahaha
dah memang selalu sangat dah tuuu
Toloonglah carik approach lain ye tak..
Akak dah komen tadi... tapi tak masuk... geram betul taip panjang panjang... huhuhu...
Ada lagi rupanyan promosi barang macam nih...
Penah sekali dulu aku tengah sabit rumput kat laman rumah, datang la sorang ni. To cut short the story- dia kata aku menang Perdana V6, ngan muka dia buat2 terperanjat macam nampak hantu.
Aku cakap aku tak minat la tu V6, dia boleh blah tapi still sibok suruh aku amik barang tu sebab dia kata komisyen dia pun besar sebab hadiah V6.
Padahal at all time, sabit masih kat tangan aku (bukan la aku nak sauk leher dia, tapi dia tak takut ke kalau aku naik angin nanti) hehehe
At last dia blah gak sebelum sempat aku ugut dia nak sabit ni ker tak?
aku ske la dgn stetmen ko..padan muka salesman tuh..igt kita lekeh sgt ke...agak2 la nak tanya org kan...
Post a Comment