Sekejapnya masa berlalu. InsyaAllah esok kita akan mula berpuasa. Alhamdulillah, tahun ni tahun pertama aku akan berpuasa dengan suami dan anak-anak dalam erti kata keluarga yang sebenar. 5 tahun puasa berasingan. Aduh! kalau dikenang-kenang semula pengalaman dulu tu, aku pun pelik bagaimana aku boleh survived.
Sure pening nak masak apa tiap2 hari. Tapi peliknya hari2 biasa pun memasak jugak kan. Buat jadual menu sebulan bagus kan. Mujur abang sahur tak makan yang berat2. Aku pun sekadar minum milo ngan nestum/ roti bakar / tamar. Cukup la.
Plan raya. Patutnya tahun ni raya kat Kuantan. Tapi abang ajak raya kat Klang. Aku ikut je hehehe..baju raya bebudak dah setel seawal mula sale. Mals nak bersesak masa bulan puasa dengan perut memboyot nih haha...untuk baby lepas raya pun boleh.
Kandungan dah 31 minggu. Minggu lepas pergi checkup dan berat aku statik, tapi tinggi rahim bertambah so maknanya baby tetapla membesar kan. So kena la pi jumpa doktor minggu ni. Alahai...
RUMAH AKU
Aku tengah sibuk membeli perabot untuk penuhkan rumah yang padang jarak padang tekukur tu haha..puas la meronda serata Kuantan memburu perabot yang mampu milik. Tema rumah aku senang, ikut bajet sedia ada sebab aku tak nak terhimpit hutang. Kereta dah habis bayar so boleh la beli perabot kaannn..
Memang betul la kena rajin merayau sebab untuk sofa yang sama, harganya berbeza di setiap kedai. Ada yang beza dekat RM500 tuh. So aku beli 2 set sofa dari Cavenzi. Set 2+3 (leather) dengan harga RM888 (asalnya RM 1750) untuk ruang tamu bawah dan set L-Shape (suede) dengan harga RM 950 (asalnya RM 1890) untuk ruang menonton tingkat atas. Pastu dapat plak kerusi 3 seater stock clearence RM 350 (suede) aku letak kat ruang tamu kedua, dekat ngan tpt simpan beskal. So tak sampai RM2500 pun kan.
Pastu aku beli perabot lain jugak..
1 katil queen
1 katil single
2 almari 2 pintu
1 rak kasut 5 kaki tinggi
1 kabinet tv 5 kaki panjang
2 towel rack
1 meja study
Semua sekali berharga RM 1800 sahaja. Semua pun kayu getah solid. Bukan chipboard tau.
Tak perlu mahal2, janji selesa dan dalam kemampuan poket aku. Itu yang penting.
Part langsir lagi best! masa pindah masuk aritu pasang railing aku dapat kawtim bayar 2 kali ngan Kak Jan. Kali ni aku bayar 4 kali untuk langsir satu rumah. Padahal dia tak pernah buat pun stail bayar ansuran ni. Mulut kena manis, dan janji kena tepati. Dia percaya kat aku so alhamdulillah. Takde la ropol2 beria sangat. Aku suka yang simple dan tak kumpul habuk. Karpet pun aku takde. Pakai tikar buluh je senang nak menten.
Landscape luar plak..dah potong/tebas/mesin rumput dan semak samun untuk tanam apa yang patut. Kebetulan ada nursery yang buat clearance sale. So membeli jugak la pokok manggis (ikut nasihat kak Luna), mempelam epal, jambu batu, mata kucing dan beberapa pasu pokok bunga yang jenis2 daun2 senang nak menten tu la..nanti makcik amik gambar ye..
Plan berikutnya, menebang pokok nibung kat kebun bapak mertua aku untuk buat pancang orkid. Cantik pulak aku tengok konsep pokok orkid melekat bertingkat-tingkat kat batang nibung. Pastu cari spisis orkid yang cantik dan murah.
Eh..lari tajuk sudaaahhh....dari puasa ke rumah plak ye..
Apa pun, Angah sekeluarga ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua yang membaca blog ni..semuga Ramadhan kali ni membawak seribu makna dalam hidup kalian hendaknya...Ambil la peluang atas keberkatan bulan yang satu ni untuk menambah amalan (bukan berat badan), memohon ampun atas dosa2 yang pernah dilakukan dan sebagainya.
9 comments:
salam ramadhan untuk angah sekeluarga, semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya
wah borong sakan, seronok kalau dapat barang mahal dengan harga murah :)
selamat berpuasa jugak angah ye.. :)
yalah, akak pun sama, nak beli barang rumah kena pusing merata2 cari harga terbaek punya, baru le poket x merana.
selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak utk Angah sekeluarga!
byk shopping tu ngah..upload le pic nk nengok2 gak..hehe
salam ramdhan angah
Ummi,
Selamat berpuasa untuk ummi sekeluarga..tak la sakan haha..sementara ada cash in hand ni dan keperluan jugak kan hehe
Aida
Slmt berpuasa Aida..
Kak Dinas
memang betul kak, rajin cari sure jumpa harga yang berbaloi
IbuQisqais
hihi..tak le banyak, rumaj mmg kosong..
Ady
salam ramadhan juga :)
ye mmg geram tgk harga cavenzi dia bg turun gila2 ..tp tu la...bkn semua branch ada stok...telan air liur je la bila tgk iklan dlm harian metro tu..
Fuiyyoh,
shopping sakan ko ngah.. hehehe
Kak Luna
tapi tak semua barang ok..kena tengok bebetul gak hehe
Arena
tak le sakan haha..rumah baru biasa la.
Post a Comment