Monday, August 16, 2010

PUASA DAN NAFSU

Setakat ni berjaya mengawal nafsu daripada membeli berlebih-lebihan di Pasar Ramadhan. Alhamdulillah. Tiap hari memang singgah cuma untuk beli air soya dan tau foo fa. Itu hidangan wajib. Kuih pun beli 2 ringgit campur2 je. Aku memang memasak menu simple2. Malam tadi berbuka di luar. Sebabnya nak makan kerabu mangga. Petang ni rasa nak beli ayam panggang tempayan. Tengok dah dari minggu lepas tapi lepas tengok Buletin Utama mlm tadi rasa nak cuba plak..eeiii nafsu..

Setakat ni Arief puasa penuh 2 hari. Khamis lepas masa kat Pasar Ramadhan dia mengadu kat aku kepala dia sakit, mata dia tak nampak. Aku pegang tangan dia sejuk, tengok bibir bibir dah pucat. Ni sure nak pitam. Jalan pun dah terhuyung hayang. Aku terus belikan air dengan kuih, duduk kat birai jalan pastu bagi dia makan. Lepas tu baru la ok sikit. Kesian anak ibu..semangat nak puasa. Tau la bebudak duduk Tadika ni, berlari tak cukup tanah, mana tak penat.

Jumaat lepas makcik belakang rumah bagi kerabu timun yang sangat sedap. Oh..aku dah kena pandai hidup berjiran kan. Nak bagi lauk aku ni bukan terer masak sangat, jadi hari Sabtu tu aku buat kek coklat kukus comel2 dalam cup dan bagi kat jiran sebelah rumah ngan makcik belakang rumah tu. Satu adunan dapat 60 biji, so boleh la bahagi 20 biji satu rumah kan..nak resepi?

Petang ni nak masak lemak udang galah special dibawa dari Rompin. RM30 je sekilo. Pemandu kat opis aku tolong belikan. Aku beli 2 kilo. Cadang nak masak lebih dan sedekah pada jiran juga. Sikit sama2 rasa. Tau la udang galah ni, kepala je besau..badan pendek jer haha..nanti snap gambar tepek sini. Goreng butter pun sedap kan..ohh nafsu..

Dulu2 masa kat opis lama, kami buat kuih sorang sejenis, bekukan dan lepas tu tukar2 sesama sendiri. Jadi dah ada kuih untuk 5 hari seterusnya. Jimat dan mudah kan. Kali ni tak de geng nak buat barter system camtu lagi la..aku pun macam malas nak buat hujung minggu.

Apapun puasa kali ni aku rasa syok sebab dapat bersahur dan berbuka dengan suami dan anak2 walau simple camnepun masakan yang terhidang. Wah..teringat balik zaman2 berbuka sorang2 boleh menitik air mata wehhh

10 comments:

LavenderGal08 said...

Ye..selamat berbuka ye angah dengan hidangan yang menyelerakan..:)

ctpayong said...

akak pun sama jugak...suami suka berbuka nasik..jadi nak pulangkan pinggan mangkok jiran takkan kosong je...akak balaskan buah2an aje. punyalah teroknya akuni.

Dinas Aldi said...

yalah teringat entry2 lama Angah yg akak baca dulu, Angah kat tmpt lain, suami kat tmpt lain, sure sedih punya. skrg ni dptla Angah berbuka dgn suami & anak2. semoga berbahagia selalu!

Angah said...

Effi
Thanx..efi tu jaga kandungan tau..

CTpayong
Janji ada balasan sudah..yang penting ikhlas kan..

Kak Dinas
Kalau ingat2 balik boleh menangis huhu..

oren said...

waahh..aku pon nak jadi jiran sebelah umah ko le Ngah..

hikhik..

*betui..1st posa, suami ada sama..walupon buat bilis kicap, mkn tetap sedap..nih, bila ngan Mira, ko tgk ibu, ibu tgk ko..plus awatif pun tumpang bangun sahur..hikhikhik..pas sahur kalu plak aku suh awatif tido sbb aku nak mandi dan solat..dh la aku opt utk masuk keja awal..kalo tak mandi, mmg smpai lunch time la membusuk :P

Angah said...

Oren
kalo ko sanggup duduk kuantan meh la haha..memang kan, buka sahur sorang2 terkebil2 je la. makan pun asal lalu tekak jek.

yUyU hAkUsHo said...

salam,

kakak angah saya rasa mmg btul sy jpe kakak angah kat pasar ramadhan ptjya masa 2nd day pose tu....sy mmg berimpian nk jpe akak live...alhamdulillah dimakbulkan Tuhan jua akhirnya...

fuzz said...

Kek cawan satu rumah 20 biji tu mewah la Angah. Apsal la kau tak pindah jadi jiran aku :}

Angah said...

yuyu
silap orang kot. Akak duduk kat Kuantan la..

Fuzz
Ko nak aku boleh buatkan..

yUyU hAkUsHo said...

yer ke silap org....mgkin kot...tpi kn masa sy panggil kakak angah tgk senyum je sambil angguk...