Tuesday, August 03, 2010

LEGA

Semalam pegi KL hantar assignment. Bukan tak boleh pos tapi sebab baru bebetul siap hari Sabtu. mesti ada yang tanya dah 2 minggu tak boleh siap ke? Meh aku jawabkan ok...betul 2 minggu nampak lama tapi kena ingat sebelum tu 2 minggu pergi kursus dan exam, bila balik opis maknanya ada 2 minggu kerja tertunggak menunggu untuk tindakan, tambah dengan kerja harian macam biasa.

Yer..nanti ada yang cakap time management tu penting. Betul, tapi akupun bukan duduk kat pejabat je, kena pegi meeting la, pemantauan utk buat laporan la. The only time aku buat assignment daripada cari bahan, cari idea, jot down idea, buat rangka kertas, susun idea, buat ayat dan sampai la habis cuma masa lunch (kalau sempat) ngan pukul 11 malam lepas siap kerja rumah dan anak2 dah tidur. Dengan keadaan aku yang makin sarat lagik nih huhu.. memang menduga sungguh nak nyiapkan 2 assignment tuh.

ALHAMDULILLAH SIAP JUGAAAAAA....

So dalam maklumbalas kursus secara online, aku kata kertas tugasan kena buat sebelum kursus dan hantar semasa hari pendaftaran. Supaya lepas balik kursus tu tak perlu dah nak pikir apa2 lagi. Ada member2 aku yang amik cuti 2 hari semata2 nak siapkan tugasan. Haiiii sapa kata kerja gomen ni rilek meh aku luku sikit kepala tu..

TANGGUNG KERJA

Masih pasal kerja, 2 bulan ni aku menanggung kerja kawan sepejabat yang cuti bersalin. So bulan ni tak boleh cuti. Lepas 2 bulan nanti dia plak tanggung kerja aku..pass baton katanya haha..maknanya bertambah sekali ganda la kerja aku kan..nak buat camne, anggap rezeki untuk baby la. Dapat 1/4 daripada gaji yang ditanggung so boleh guna untuk kenduri akikah baby nanti kan..alhamdulillah.

HATI DAN PERASAAN

Aku rasa lebih lega dengan lepaskan apa yang aku rasa dalam blog. Daripada aku marah2 orang atau masam2 muka tapi angin tak lepas, baik la lepaskan dengan tulis2 dalam blog ye tak. Kurang2nya da gak yang beri kata2 semangat. yang kutuk pun ada, yang terus mengacau pun ada.. tapi ADA AKU KESAH! heheh kengkadang kesah jugak. Aku pun manusia, ada hati dan perasaan kan.. tapi tu la...blog ni banyak bantu aku release kemarahan, kesedihan, kongsi kegembiraan dsb.

CONTOH TAK BAIK

Baca tak paper semalam. Pasal cara gugurkan kandungan yang biasa digunakan, siap dengan cara makan lagi tuh haaaa. Memang bagus la nak expose benda tu bagi orang sedar yang gejala ni makin parah TAPI pada aku kesan negatifnya lagi parah sebab lagi banyak la pengetahuan pasal cara nak gugurkan kandungan ni..Nauzubillah...pikirla kesan dan akibat perbuatan tu sebelum buat...

3 comments:

Zana Jay. said...

setuju...kerja kita memang selalunya busy...jgn la kata kerja kerajaan rileks..tak baik ye...

tentangseseorang said...

rilek atau tidak tgk pangkat dan jawatan kot. even dekat swasta pun mcm tu. tgk la job scope dan jawatan ye tak?

kire ok la tu boleh submit asgment on time. kalau ady dah kelaut kot kak? ehehehe

oren said...

dh 2 kali aku failed hntr tugasan naik aras..semuanya kes tak sempat nk buat..kat umah mmg tak buatlah..ngadap anak pun terkejar2, mana lagi nk buat assignment bagai..

tu tera aku yg tak yah p site..paling koman pun p meeting..huhuhu..sapa kata keja relaks?