Tuesday, August 17, 2010

HUTANG

Dapat membayar habis kereta adalah satu nikmat! Alhamdulillah...merasa jugak aku nikmat tu. Lepas ni cuma akan maintain je kereta yang ada. Tak nak menambah hutang dah. Duit yang selama 7 tahun guna utk byr kereta akan digunakan utk benda lain plak. Of course sekolah Arief dan baby yg bakal tengok dunia ni. Boleh jugak cilok sikit2 upgrade basikal haha..nafsu!

Hutang yang tinggal sekarang ialah hutang rumah. Itu sampai pencen kena bayar huhu..nak buat camne kan. Aku bukan kaya raya boleh beli rumah cash.

Semalam masak lemak udang galah. Tak teringat nak amik gambar sebab sampai rumah pun dah lambat. Ngam2 hidang makanan terus azan berkumandang. Hari ni nak masak apa ek..ada sikit lagi udang tu. Mungkin buat udang 3 rasa atau masam manis pulak lah.

Semalam jugak masa balik, aku ternampak satu rumah tu buat tapak tanaman kat bawah tingkap. Cantik dia tanam pokok2 bunga ros sebaris. Aku pun nak buat la. Seganas-ganas aku bawak beskal atas jalan raya, dalam hutan, dalam hati tetap ada taman tau. Nanti masa nak pasang tiles kat porch ngan tepi rumah aku nak mintak tukang tu buat sekali tapak tanam ngan aliran airnya sekali.

Sekejap je dah seminggu puasa kan. Arief nak lampu lip lap. Dia suruh pasang keliling rumah. Alahai..macam beriya sangat la pulak nak nyambut raya kan. Budak2 camtu la excited lebih. Jangan mintak mercun sudah. Bunga api boleh tolerate lagi..

4 comments:

Arena said...

Owh kalau kau jadik buat itu mini taman sila amek gambar. Aku pon ada pokok tanam dekat balcony. Kekadang aku duduk jugak mengurus pokok2 tu. Baru lepas prune 1 pokok yang cam nak mampos sangat dah, hehhee..

Dinas Aldi said...

dulu akak selalu berangan nak ada rose garden, tapi sampai skrg x terbuat pun. rasanya xkan ada dah ni sebab pokok bunga yg ada pun malas nak siram, kahkahkah!

tentangseseorang said...

lampu lip lap ye?
ok gak tuh kak. takyah buat panjut dah. minyak gas dah mahal gile. ehehehe

Angah said...

Arena
InsyaAllah..buat pelan2 kan..

Kak Dinas
Ni pun berangan la ni, pi nursery plak nampak murah2. Try 2 pasu dulu. Takut segar bugar kat nursery, bila kat rumah mampuih haha

Ady
Lampu panjut la best..nostalgia tuhhh..cdang dah nak letak kat tepi pagar hehe