Thursday, January 30, 2003

Aku blank.
Aku blank..
Aku blank...

Aku menghargai pandangan orang, berkali-kali aku katakan pendapat semua orang tu betul. Terpulang pada kita nak terima atau tidak. Cuma kadang2 aku prejudis... aku kan manusia.

Aku selalu suarakan pendapat atas dasar neutral. Aku cuba memberi pendapat sebagai seorang dewasa. Tapi adakala aku dipengaruhi hati... aku ni pelupa agaknya.

Aku sentiasa amalkan keterbukaan, ketelusan. Aku sebaik mungkin akan cuba menerima segala kritikan kerana aku percaya aku tak boleh jadi cermin untuk diri sendiri. Sesekali aku tergelincir dari landasan... landasan emosi.

Aku belajar menghargai kepercayaan dan persahabatan yang dihulur. Aku baja ia agar sentiasa subur. Kengkadang ia layu sebab aku terkurang baja, terkurang siram. Aku belum jadi sahabat yang terbaik mungkin...

Aku...
aku...
dan aku...

Tapi aku cuba. Aku tetap cuba.. walau pandangan aku kurang diterima, walau pendapat aku ditongsampahkan, walau dihenyak kritikan, walau mungkin hilang sahabat..

Aku akan cuba
Aku akan cuba untuk tidak berubah daripada seorang aku. Kerana aku adalah aku dan bukan kamu...

Maafkan aku sahabat... bukan aku tidak mencuba... tapi aku akan terus cuba kerana aku bukan sempurna... :)


Thursday, January 23, 2003

Aku la nih ada kat CC seksyen 14 PJ... dalam perjalanan mencari makan. Malangnya maplei yang aku biasa pergi bawah Metro Jaya tuh tak bukak. Lepas nih aku nak merayau kat seksyen 17 pulak. Sebelah Matrik UIA.. tempat aku belajar dulu.

Aku sampai rumah awal pagi tadi. Emak dah tunggu depan pintu. Aku borak kejap pastu terus tido. Pagi nih aku bertolak ke PJ. Jem giler... lama aku tak rasa jem camnih. Lega rasa sbb dah duduk kat Kuantan. Masa aku nak check in kat Crystal Crown PJ, front desk officer tuh bagitau tak de bilik bersih..jadi aku diberi bilik suite, satu malam dalam RM400. Aku cuma kena bayar deluxe rate 150 ringgit. Rezeki aku ehehe... jangan jeles ek Kak Iza

Course yang aku pergi nih bukanler benda yang asing sbb aku ajar subjek nih dulu. Tanya Zid... tapi aku suka cara trainer tuh, aku nak gunakan cara dia dalam kelas aku, cukup interaktif, cukup berkesan kalau syudent yang aku dapat tuh jenis kurang berinteraksi. Esok masih ada sehari. Lepas tuh aku lepak kat rumah emak sampai Ahad. Dah sebulan tak balik... nak amik kesempatan bermanja ngan emak aku.

++
Le Tour De Langkawi dah tak berapa lama lagi. Member2 aku dah start call tanya aku ikut ke tak tahun nih. Aku tak ikut, aku ada banyak komitmen lain, yang aku dah jadikan priority sekarang. Race dalam Pahang aku biasa pergi ler. Tapi memandangkan tahun nih LTdL masuk Pahang, maka aku akan dapat peluang juga berjumpa ngan mereka. Abang tak pergi tahun nih... aku takkan rasa rindu ehehe.


Wednesday, January 22, 2003

Al Fatihah

Aku pasti ramai yang dah baca muka depan Utusan Malaysia hari ni tentang kemalangan yang melibatkan 4 sahabat di Jalan Segamat-Kuantan. Tiga daripada mangsa tu ialah pelajar aku. Ridhauddin, Mohd Nizam dan Rusazman. Masa aku dapat tau berita ni semalam aku rasa sedih sangat. Ketiga-tiganya antara pelajar yang baik dalam kelas aku, yang sentiasa attentive dalam kelas. Tapi Allah lebih menyayangi mereka. Mereka dalam perjalanan balik daripada Triang lepas dapatkan tandatangan penjaga untuk pinjaman pelajaran. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. Al-Fatihah

Hari ni aku akan ke KL. Esok aku akan menghadiri Effective Communication Course di Crystal Crown PJ.

++
Aku geram betul dengan hamba Allah yang gatal tangan sangat tulis yang bukan2 kat chatter box aku. Cubalah hormat perasaan orang sikit. Fikirlah sikit pasal malu ker, senonoh ke tak ker perbuatan tuh. Aku geram betullah.

++
Ahad lepas aku seronok sangat sebab mak aku datang dari Klang dengan pakcik2 aku. mereka ingat aku cuti hari Isnin tuh..takperlah.dapat jugak aku entertain mereka walau sekejap. Keesokannya, hari Isnin... Aku gi office, stamp punch card dan jumpa pengarah aku minta kebenaran untuk keluar sampai tengahari. Lepas emak balik dalam pukul 2, aku masuk office semula. Petang tu Menteri Besar Pahang datang, dalam hujan yang tak berhenti sejak Ahad. makan memang sedap ler. Ada lamb chop lagik. Aku mmg suka, siap bawak balik sbb abang pun suka juga. Aku respek ler ke MB sanggup datang juga walau hujan menggila.


Friday, January 17, 2003

Sibuknya...

Ofis aku ni tengah sibuk buat persiapan untuk Hari Mesra Kemahiran yang akan dihadiri oleh Menteri Besar Pahang. Maknanya dah 2 kalilah dia melawat tempat aku nih. Thn lepas untuk majlis pecah tanah perpustakaan dan majlis pelancaran Skim Latihan Graduan peringkat Negeri Pahang. Sana sini tengah buat persiapan, dengan bunga, kanopi, meja, kerusi, memacamlah. Kelas hari Isnin ni kena batal. Teruklah aku kena ganti kelas semula. Tapikan aku ni yang menurut perintah :P nak buat camne ye tak... Tapi setidak tidaknya orang kenal ler tempat aku cari rezeki nih.

Minggu depan aku akan ke KL untuk satu kursus yang aku rasa menarik... Effective Communications. Boleh aku applykan masa amengajar nanti insyaallah. Minggu ni Iza ngan Izan yang gi. Ada sesiapa nak jumpa aku bolehlah ekekekeke. Aku stay kat Crystal Crown PJ.


Thursday, January 16, 2003

Malasnya Aku

Semalam aku rasa malas sangat nak masak. Aku tengok dalam peti sejuk ada ikan kerapu. Mesti adik ipar aku amik kat jeti. Akupun masak nasi kemudian aku goreng kerapu tuh dan buat sos masam manis, aku tuang atas ikan. Maka jadilah resepi aku 'ikan kerapu masam manis malas style eheheh. Aku goreng sayur sikit buat syarat. Ngapalah aku malas sangat ek... Abang tak cakap apa2 pun. Mujur dia tu jenis tak memilih, main hentam jer.

Student aku

Aku dah siap marking paper ujian student. Alhamdulillah setakat nih takdelah yang fail. Yang average mmg ramai. Aku tak salahkan mereka kalau subjek English ni dianggap susah. Result SPM mereka pun dah menceritakan segalanya. Tapi aku cuba juga untuk instill rasa suka pada bahasa yang satu ni. Aku cuba yakinkan mereka ia satu aset untuk berjaya di Malaysia. Yang terima ok, yang tak terima tu aku doakan agar terbuka hati. Kadang2 student mengeluh cakap aku terlalu banyak bagi exercise dan tutorial. Memang aku bagi banyak pun.... tapi kalau aku tak bagi, mereka ni ada ke inisiatif untuk beli buku latihan dan buat sendiri. Mungkin jawapan tidak berbunyi esimistik tapi itulah kenyataannya.

Yang paling seronok aku rasa bila ada student jumpa aku dan mereka cuba berbahasa Inggeris. Walau tergagap, walau broken, aku tetap bangga sebab mereka nak mencuba, perasaan malu tu dah berjaya mereka kikis. Dan aku rasa malu nilah sebenarnya yang jadi tembok, jadi halangan untuk mereka bertutur. kalau tersalah cakap takut malu kena ejek dek kengkawan. Takut malu orang kata bodoh, orang kata nak menunjuk. Aku selalu pesan pada student aku....
"buat apa nak rasa malu, at least awak tau juga sikit2. Yang mengejek awak tu tau ker? Biar mereka ejek, biar mereka kutuk... cuba awak jadikan ejek dan kutuk tu sebagai pendorong. Lagi mereka ejek lagi awak nak cuba... esok bila awak dah kerja, dah boleh bertutur dengan baik, saya pasti mereka masih berada pada takuk yang sama."

Yang aku perasan, kebanyakan student ni kurang kritis, kurang analytical thinking. Tu yang bila aku buat soalan berkehendakkan pendapat mereka selalu tak dapat jawab. "Tak de jawapan dalam petikan tu madam" Aku jawab balik ler "pendapat awak memang tak de dalam petikan, ia ada dalam otak, keluarkan dari otak dan tulis, saya akan beri markah" Aku cuba terapkan analytical thinking dalam kelas, aku buat perbincangan isu semasa, aku guna sastera sikit. Tapi ada pulak pihak yang kata "Angah... awak patutnya ajar guna text yang berkaitan dengan kursus mereka, bukan semua ni, saya tak nampak relevannya" Tapi sampai bila aku nak suruh student aku baca dan jawab, dengar konsep dan buat. Aku nak mereka jadi pelajar yang boleh berfikir, yang boleh beri idea sendiri masa menjawab. Entahlah...

Mungkin betul kata mereka..... nak mengajar memang mudah tapi bolehkah kita mendidik? Banyak kekangan yang harus dilalui, yang harus aku lalui..

"good morning madam, we have class now madam or don't have?"
"good morning to you too, yes we do have a class now"


Pesanan untuk suami dan bakal suami

Aku dapat nukilan di dalam email inbox aku. Baik kalu boleh dijadikan panduan kebahagiaan berumahtangga. Yang dah ada rumah tapi belum bertangga pun boley baca juga *wink* *wink*

Apa Yang Dimahukan ISTERI?

wahai suami...
mungkin engkau berteka-teki
apa agaknya yang dimahukan isteri?

mungkinkah...
mahligai mewah tersergam indah?
kereta besar menjalar?
berbungkal emas berlian menyaluti tubuh?
pakaian berjenama mahal?
sanjungan manusia...ah..inilah dia isteri kepada si polan...?

sedarlah wahai suami...
buat seorang yang bernama isteri...
kemewahan tidak akan bererti
ianya tidak akan membawa bahagia
itu semua tidak akan memberi apa-apa makna
tanpamu suami ... di sisi seorang isteri

bagi seorang yang bernama isteri...
biarlah kita hidup bersederhana
biarlah kita berpada-pada dengan apa yang ada
biarlah kita tidak kaya
asalkan...suami senantiasa berada di sisi
sama-sama menikmati apa yang ada
sama-sama mendidik anak-anak...buah cinta kita berdua
sama-sama berkongsi ... erti sebuah perkahwinan

apalah gunanya mahligai mewah
jika penghuninya masing-masing dengan hal sendiri
apalah gunanya kereta besar
jika berseorangan ke sana-sini
apalah gunanya emas dan berlian
jika pulang pagi-pagi...
batang tubuh isteripun sudah tak kau nampak lagi

wahai suami yang sentiasa busy
tak kira siang malam senja dan subuh pagi
bukan sekali dua tapi hari-hari...
cuba letakkan dirimu di tempat isteri
amacam...sanggup?
fikir-fikirkanlah wahai suami...

Umum tentu tahukan bagaimana cara kita menggunakan masa 24 jam
dalam sehari tu? - sepertiga utk mencari rezki, sepertiga utk tidur dan
beristirehat, dan sepertiga lagi utk keperluan2 lain seperti beribadah,
makan minum, berekreasi, serta masa bersama keluarga. Jadi, kalau
suami pun balik ke rumah sampai 4.00 pagi, tu dah kira tak balance
dah - no wonderlah ada kepincangan!

Kepada suami2 or bakal2 suami yang menghabiskan terlalu banyak masa di luar rumah dengan alasan untuk mencari kekayaan buat isteri dan anak2 - padahal, mereka ni dahpun cukup makan/pakai, dah ada tempat tinggal, dah ada kenderaan, pendapatan pun OK, ingat2lah....wang ringgit bukan penjamin kebahagiaan, ia cuma menjamin sedikit kesenangan hidup. Wallahua'lam


Tuesday, January 14, 2003

Juara Lagu 2002

Aku tengok juga juara lagu malam semalam. Pada aku takde apa yang menariknya. Tak de apa yang berbeza daripada tahun-tahun lepas. Cuma aku suka pengacaraan Min Malik dan Intan Suraya yang bersahaja, walau kadang2 ada terselit lawak yang sedikit bodoh. Persembahan artis..entah...sama aja dengan tahun2 lepas. Kalau irama malaysia mesti bawak penari sekampung. Aku rasa tentu tak balik modal nak membayar penari2 tuh dengan hadiah 10k. Tapi resepi itu juga yang menarik selera juri. Mungkin masakan Noraniza Idris terlebih garam malam tuh.

Orang kat rumah aku punyalah terkejut Liza Hanim dapat vokal terbaik. Depa semer ingat CT dapatlah. Aku dah agak Liza akan menang. Memang cara penyampaiannya baik. Aku ingat ayah member aku cakap (ayah dia lecturer kat ASK) yang suara Liza lebih sedap daripada suara CT. Again...keputusan juri tu muktamad.

Yang aku perasan, sejak 2 tahun nih, lagu yang merangkul Anugerah Juara Lagu boleh dikatakan lagu yang bunyinya agak pelik. Melodinya lain dari yang lain, yang lari dari genre komersial. Tengok lagu Mimpi Laila dan Keliru, melodi lagu2 ni kira fresh. Tak stereotaip cam lagu lain. Personally aku sukal lagu Syair si Pari2. Liriknya sangat bagus...puitis. Tapi tulah melodinya agak biasa.

Perasan tak masa Ziana Zain naik pentas, diumumkan sebagai juara balada...nangis dia. Abang kata sebab dia dah lama tandus anugerah ekekeke. Tapi masa Keliru diumumkan juara, masam muka dia (dapat glimpse of her face masa kamera nak fokus ke pemenang). Adatlah tuh. CT maintain jer...biasa menang dah. Yang aku rasa over si hubby and wife tuh ler. Ucapan ngalahkan pencipta ler plak. Tapi they are the winners. It was their night.

Aku terpikir apa menda inspirasi lah masa persembahan tarian sementara nak menunggu result. Serabut adalah. Mungkin aku tak cukup imaginasi untuk menginspirasikan otak ni kot. Lompat sana lompat sini, terbang sana terbang sini....erm...baik panggil sensapa menyanyi.

Apapun Juara lagu tulah wadah untuk pencipta menulis lagu yang lebih bermutu. Walau kadang2 aku rasa banyak lagi lagu yang layak masuk ke final berbanding lagu yang dah pun layak malam tuh. Aku bukan juri professional. Aku juri awam.


Semalam aku balik daripada ofis dalam pukul 5.15 petang. Pagi ni aku sampai ofis, aku dikejutkan dengan berita sedih. 3 kawan seofis aku yang menaiki kancil terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih kurang 50 meter daripada ofis dalam perjalanan balik semalam, dalam pukul 5.30. Maknanya aku beru jer lepas lalu tempat tuh. Kawasan selekoh tu memang agak bahaya. Member aku nih tengah memotong 2 buah kereta staff yang lain, malang tak berbau..dia tak dapat kawal kereta dan terbabas melanggar pokok. Sekarang nih kat hospital. Aku dengar teruk juga accident tuh, 2 staff dalam kereta tu tercampak keluar. Yang aku dengar jugak kereta yang dipotong tuh dalam 80 kilometer kelajuan, bayangkan berapa laju kancil yang dipandu tu... Tengahari ni kalau ada kelapangan aku nak pergi menziarah.

Pagi nih cerita accident tulah yang paling hangat diperkatakan. Memandangkan yang menolong di tempat kejadian pun staff tempat aku nih. Ramai juga yang jadi phobia nak ke ofis mengingatkan kejadian. Tapi benda nak jadi kan....cuma personally aku rasa kalau dia tak memotong diselekoh tu mungkin kejadian tu tak berlaku. Tapi kalau lah.....Abang pun bukak ceramah dalam kereta kejap tadi. Berhati-hati masa memandu. Jangan nak syok sendiri. Tengok kemampuan kita dan kemampuan kereta yang kita bawa. *sigh*

Aku teringat masa aku accident bulan 10 hari tu. Aku rasa aku dah cukup berhati-hati. Aku di lorong yang betul, dengan kelajuan yang minimum dalam keadaan camtu. Tapi aku accident jugak dek kerana kebodohan orang lain. Itu takdir..abang kata. Bayangkan kalau aku bawak lagi laju masa tu..entah apa yang akan berlaku..erm....betul jugak. walaupun kereta aku tu direct impact ngan kereta mamat tuh tapi aku cuma cedera ringan jer..muscle tore jer. Alhamdulillah.

Aku dah hilang phobia..aku dah start memandu semula sekarang. Aku akan lebih hati-hati. Kalau orang lain nak tetap bodoh terpulanglah. Bak kata tokrimau, bukan mereka diminta lahir bodoh camtu.


Monday, January 13, 2003

Minggu ni aku bakal dapat sedikit rehat, alhamdulillah..memandangkan student dalam minggu ujian. Tapi aku juga penat menjerit..memandangkan jumlah pelajar yang terlalu ramai dalam kelas. Memang jumlah yang jauh sekali dari ideal. Kelas aku semester ni pun banyak yang tak de gap. Hari Selasa 5 jam non-stop. Aku rasa by the end of the semester aku akan dapat kalahkan Ziana Zain menyanyi. Hi pitch no hals punyer. Aku cakap kat abang, aku penat, aku sakit tekak. Ye lah..mengadu pada yang kasih. Tapi jawapan abang menyedarkan aku yang aku ni asyik merungut..jarang nak bersyukur. Sepenat2 aku, aku masih ada kerja..masih bergaji. Sepenat2 aku, aku masih menyumbang ilmu yang kalau diguna oleh student boleh dibuat bekal ke 'sana'. Terima kasih abang.

Offer kerja yang aku dapat tu aku dah tolak atas banyak sebab. Harap aku buat keputusan yang bijak. Yang takkan meninggalkan kesan buruk pada orang sekeliling aku, yang menyayangi aku. Aku memang rasa terkilan, rasa rugi sikit tapi takpelah. Apalah yang dikejar sangat kerja tu kalau aku tak dapat hidup bahagia ngan orang yang selama ni membahagiakan aku.


Thursday, January 09, 2003

Aku dengar orang kata, kalau suka jangan suka sangat, kalau benci jangan benci sangat. Tapi aku kalau suka, aku suka sangat. Kalau aku benci, aku benci sangat. Aku tau ia satu kelemahan yang perlu aku atasi. Aku cuba.. cuma kadang2 bila aku dah reda membenci, bila aku dah mula menerima semula, perasaan benci tu ditimbulkan balik. Aku tau salah kalau asyik menyalahkan pihak lain atas apa yang kita rasa. Tapi kalau api benci aku ni disiram petrol, ditambah kayu api, masih logik ke aku kekang perasaan benci aku tu daripada membuak, melimpah.

Aku cuba banyak bersabar, aku cuba bawa bertenang, aku cuba tenangkan kocak benci yang tak mahu berhenti dalam hati ni. Tapi macam botol yang dibawa ombak, dah sampai ke pantai tapi dibawa arus ke tengah semula. Entah bila air nak surut biar botol benci boleh terbenam di lumpur atau pasir pantai.

Air dah surut, benci aku dah berlabuh. Tapi bila air pasang botol tu terapung dibawa arus, dibawa ombak semula. Aku tunggu agar ada tangan yang mengutip botol dan buang dalam tong sampah. Aku tunggu agar botol tu di kitar semula. Tapi bila dah dikitar semula mungkin botol akan tercampak semula ke laut. Sekali lagi dilambung ombak.

Ya Allah..bantulah hambamu ini, kikiskanlah benci dalam hati ini. beri aku kekuatan untuk memberi kemaafan..amin.


Wednesday, January 08, 2003

Lama aku tak update kan.. nilah masalahnya bila hanya bergantung pada pc subsidi ofis. Line pun slow.. kengkadang mintak member tolong updatekan.. terima kasih ler ek. Bila bercakap mengenai bab bergantung dan pergantungan nih aku suka tengok sikap orang keliling aku. Ada yang memang independent, tak bergantung pada sesiapa pun. Tapi ada juga yang terlalu bergantung pada orang lain. Dua ekstrim yang banyak buruk dari baiknya.. pada akulah.

AKu pernah dengar ada lelaki yang tak suka perempuan yang terlalu independent. Kurang manja, kurang romantik katanya. Bukankah lelaki tuh tempat mengadu nasib.. Aku juga dengar ada lelaki yang suka perempuan yang sangat independent. Senang nak urus katanya.

Tapi ada ke perempuan yang suka lelaki yang terlalu bergantung pada seseorang? Pada ibu contohnya. Sikit2 nak tanya emak. Ya.. anak lelaki tetap kepunyaan ibu sampai bila2 tapi eiiii rimasler kalau nak dating pun nak tanya emak dulu. Itu pendapat segelintir wanita.

Kenapa aku kata terlalu independent banyak buruk dari baiknya? Erm.. salah satu sebab ialah pandangan orang terhadap kita. Kita mungkin dianggap tak percayakan orang, atau sombong etc. Setiap orang ada prejudices merekakan.. Dulu aku nih jenis tak hirau pendapat orang tapi aku silap. Akukan duduk dalam komuniti, dalam kelompok manusia yang pelbagai. kalau nak diterima kenalah ambil berat pandangan mereka. kadang2 sebab mulut orang lain kita jadi mangsa.

Aku bagi contoh. Korang ada roomate yang berkereta, yang bekerja seofis. Dia ajak tumpang ke ofis, tapi oleh kerana korang nih independent.. tak perlah, naik bas jer sbb tak nak menyusahkan dia. Letihlah member tuh menngajak. Korang tetap nak naik bas. Fine. Mungkin, mungkin aja.. pandangan dia akan berubah, pandangan teman sepejabat pun akan berubah "diaorang nih gaduh ker" atau "mendalah sombong sangat..naik keter sekali bukan takleh" atau "si X tuh tak nak pun tumpangkan si Y tuh gi kerja, duduk serumah" bukan korang jer kena cop, member tuh pun tercop sekali. Apa salah, naik keter sekali gi ofis. bayarlah duit minyak sekali sekala.

Yang terlalu bergantung pun ramai jugak kan. Semer nak mintak tolong. Masa mula2 aku pindah Kuantan aku mmg terlalu bergantung pada abang sbb aku tak de sedara mara langsung kat sini. Sekarang ok jer. Yang biasa berlaku ialah, mula2 memang orang yang menolong tak rasa apa2, tapi lama2 mesti rimas.

Aku bagi contoh. Korang ada kereta, roomate korang gi kerja sekali ngan korang. Kadang2 dia minta hantar ke shopping complex, kadang2 ke ofis sbb nak siapkan kerja, kadang2 dia mintak hantarkan laundry sbb malas nak membasuh. "Erk.. ni sudah lebih nih, ingat aku drebar ker". nampak cam amik kesempatan kan. Korang akan semakin lama semakin nyampah tapi tak nak suarakan sebab dia kawan. Apa salah gi naik bas ker, naik teksi ker.. independentlah sikit. Takpun beli keter.. lupa laks dia cukup berjimat ngan harta sendiri.

Yang aku nak cakap ialah, kebergantungan seseorang tuh banyak sebabnya. Ada yang nak independent sebab tak nak menyusahkan orang dan ada yang terlalu bergantung sbb tak nak belajar menyusahkan diri sendiri.

Pada aku biarlah berpada kedua2nya. sesetengah perkara mmg perlu kita bergantung pada orang lain, tak perlulah beri unnecessary risk pada diri sendiri sekadar nak menunjuk kita nih independent. Tapi sesetengah perkara yang sahih kita boleh buat tuh buatlah sendiri. Bukannya mencederakan pun ye tak?

Lepas nih aku akan cuba menjenguk mana2 cc untuk update. Kalau ada masa. Usaha untuk tak lagi bergantung tuh :P


Friday, January 03, 2003

Hari nih ada majlis makan2 kat tempat aku nih. Baru hari selasa lepas ada jamuan. Aku part2 makan nih ok jer. Nampaknya plan nak menguruskan badan tinggal plan jer lah. Start minggu depan jadual aku akan penuh semula. Perkara biasalah awal2 semester nih, aku akan cuba buat yang terbaik juga.

Aku dapat offer yang menarik, yang akan buat hujung minggu aku lebih sibuk. Kalau kau terima maknanya aku akan travel ke KL almost every week. Offer aku? ermm... offer yang kalau aku terima akan buat orang kenal camne muka angah. Aku masih memikir samada nak terima atau tidak.


Thursday, January 02, 2003

Wrap Up

Sepanjang minggu lepas aku dilanda kesibukan. Tak perlu aku senaraikan rasanya. Hujung minggu yang sepatutnya waktu untuk aku berehat digunakan untuk monitor minggu orientasi pelajar baru. lama tak tidur dalam khemah. Aku merasainya lagi. Cuma bezanya kali ni aku bawa bekal bantal dan comforter ehehe.

Nak aku ceritakan di sini? AKu rasa tak perlu sebab tak ada apa yang menarik. Cuma jungle trekking yang aku rasa best. Aku dapat peluang meragging student. Ada 5 check point semuanya. 3 daripadanya check point jahat. Student diarah buat itu dan ini... yup.. ada yang macam dah tak tahan. Tapi lepas tuh kami terangkan semuanya. ALhamdulillah.. mereka boleh terima dengan fikiran terbuka. Abang.. ermmm makan kat kedai ler 3 hari tuh.

Ayah

Aku baca jurnal bluehikari, entry pasal ayah. Aku teringat arwah ayah... sedar tak sedar aku masih rasa sebak. Apatah lagi dengan kedatangan syawal. Ayah meninggalkan kami pada 12 syawal 1421 hijrah. Dah dua kali beraya tanpanya. Ayah tak sempat tengok aku dalam jubah graduan, ayah tak sempat tengok aku ke jinjang pelamin, dan ayah tak sempat naik kereta anaknya. Aku masih simpan hadiah terakhir ayah untuk aku. Sebuah handphone, hadiah tamat pengajian di UIA. Aku masih simpan walau aku dah bertukar pakai yang lain. Semoga ayah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. Al Fatihah..

CAT 4111

Setelah berura2 nak menukar kereta selama sebulan lebih, akhirnya aku akur dengan keperluan aku. Aku terpaksa juga berpisah ngan CAT aku. Dia dah pernah accident, aku dah rasa tak selesa nak meneruskan khidmatnya. Minggu lepas datang seorang potential buyer, dia cuba bawak CAT aku..dia puas hati..dia proceed buat loan. Aku jual CAT aku dengan separuh hati sebenarnya. Kereta pertama tuh..hasil titik peluh aku.



Lepas berbincang dengan abang, lepas mintak pendapat kenalan aku menyambar kereta kedua aku. Fiat Brava 1.8cc. Mulanya aku nak amik perdana tapi memandangkan kos maintainance lebih kurang continental car, adalah lebih baik aku amik continental. Lebih sporty, lebih ciri keselamatan dan lebih selesa untuk dipandu. Harganya... alhamdulillah. Aku masih mampu membayar installment. Noni mesti suka sebab keter nih ada sun roof... lagi satu aku suka.. plate number pun lawa juga. dulu aku dapat 4111 kali nih aku dapat 2226.

Abang Sayang

Bulan depan abang akan pergi Le Tour De Langkawi. Maknanya aku akan tinggal seorang 2 minggu lebih. Memandangkan tahun nih race masuk pantai timur, maka aku ada peluang jumpa abang bila race sampai di Kuantan. Aku nak ajak memember Le Tour datang ke rumah. Lama tak jumpa geng Skuad Perodua Era, geng trafik Bukit Aman, geng Ride MArshall, geng Commissaire.. Aku masih rindu dengan kerja lama aku. Ikut events.. kalau aku tak mengajar mungkin aku ikut. Tak perlah. Ada kebaikannya jugak aku berhenti.


Tahun Baru 2003

Hari kedua dalam tahun baru. Aku pasti ramai yang menanam azam baru. Aku takde azam. Kenapa? sebab personally aku rasa tak payah tunggu tahun baru untuk berazam. Kalau rasa ada aim yang nak dicapai, bila2 masa boleh. Tapi dah kebiasaan tahun baru dianggap time frame yang sesuai. Ikut individulah kan.

Aku teringat member aku. Dia tak pakai tudung. Azam dia nak bertudung tahun nih, itu yang dia cakap masa aku jumpa dia bulan 6 tahun lepas. Aku pulak mulut tak der insuran masa tuh, aku boleh cakap "kalau hidup sampai tahun depan, kalau tak?" Yang aku nak highlight ialah, benda2 wajib camtuh tak payah tunggu bertukar tahun baru nak berubah. Patut berubah terus. Dia pulak jawab... "alah kubur lain lain" Aku pulak rasa defensive.. "ye lah lain lain, aku takut kubur ko sebelah kubur aku, kang aku
tak leh tido sbb bising". Jahatnya mulut aku. Aku dah minta maaf pada dia and we remain friends.

Abang ada cakap, kalau berazam saja tak cukup. Kena ada target dan usaha ke arah itu. Yup.. aku setuju sangat. Tahun lepas aku berjaya mencapai target yang aku sasarkan. Tahun nih aku ada 2 target besar. Kenapa aku pakai perkataan target? sebab aku mungkin dapat bull's eye atau dapat sipi2 atau tak dapat langsung. tak payahlah aku kongsi sebab aku takut tak dapat, kang termalu jer. Doakanlah aku dapat bull's eyes.

Selamat Tahun baru 2003 untuk semua pembaca jurnal Angah. Semoga tahun baru ini membawa sinar harapan yang baru untuk kalian.