Thursday, January 09, 2003

Aku dengar orang kata, kalau suka jangan suka sangat, kalau benci jangan benci sangat. Tapi aku kalau suka, aku suka sangat. Kalau aku benci, aku benci sangat. Aku tau ia satu kelemahan yang perlu aku atasi. Aku cuba.. cuma kadang2 bila aku dah reda membenci, bila aku dah mula menerima semula, perasaan benci tu ditimbulkan balik. Aku tau salah kalau asyik menyalahkan pihak lain atas apa yang kita rasa. Tapi kalau api benci aku ni disiram petrol, ditambah kayu api, masih logik ke aku kekang perasaan benci aku tu daripada membuak, melimpah.

Aku cuba banyak bersabar, aku cuba bawa bertenang, aku cuba tenangkan kocak benci yang tak mahu berhenti dalam hati ni. Tapi macam botol yang dibawa ombak, dah sampai ke pantai tapi dibawa arus ke tengah semula. Entah bila air nak surut biar botol benci boleh terbenam di lumpur atau pasir pantai.

Air dah surut, benci aku dah berlabuh. Tapi bila air pasang botol tu terapung dibawa arus, dibawa ombak semula. Aku tunggu agar ada tangan yang mengutip botol dan buang dalam tong sampah. Aku tunggu agar botol tu di kitar semula. Tapi bila dah dikitar semula mungkin botol akan tercampak semula ke laut. Sekali lagi dilambung ombak.

Ya Allah..bantulah hambamu ini, kikiskanlah benci dalam hati ini. beri aku kekuatan untuk memberi kemaafan..amin.


No comments: