Banyak yang berlaku dalam masa seminggu aku tak update nih. selain sibuk dengan tugas yang dah semakin bertambah, banyak juga benda yang mendatang, yang kena juga dihadapi.
Selasa lepas, lepas maghrib abang dapat call, mak mertua aku terlibat dalam kemalangan di gong Kapas Terengganu. Aku dan abang terus ke Kuala Terengganu, ambil emergency leave 2 hari. sampai kat sana, pi hospital dan tengok keadaan ummi. Alhamdulillah, menurut doktor, kecederaan ummi tak parah, cuma ummi masih terkejut. Kami check in di hotel dan berehat. aku di Terengganu selama 2 hari untuk temankan ummi. Cadang nak transfer ke Kuantan tapi doktor tak galakkan sebab kepala ummi cedera. Adik2 abang menyusul ke KT hari berikutnya. Buat giliran. Aku sampai rumah petang Khamis, lepas sembahyang isyak, terus tidur. Letih sungguh rasanya.
Semalam aku menghadiri majlis pengtauliahan tenaga penggerak BTN Pahang. Maka, tugas hujung minggu akan bermula lepas ni. Ini jerlah bakti yang boleh aku tabur untuk tolong anak bangsa aku. yang aku tengok dah makin hanyut. Tapi nak start pun pertengahan tahun depan ler. Aku dah tak larat :)
Aku sampai rumah dalam pukul 2.30 petang. Adik ipar aku pulak sampaikan berita sedih. Bakal ibu dan bapa mertuanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Temerloh. Maknanya majlis pertunangan dan perkahwinan yang patutnya berlangsung bulan depan dan ujung tahun ni akan ditunda. Dalam pukul 4 lebih dia dan ayah bertolak ke Lanchang. Aku cuma kirim salam takziah saja. Teringat pulak masa aku nak bertunang dulu. Dalam pada buat perancangan, ayah aku meninggal dunia, dan aku bertunang lepas 100 hari ayah pergi. Rindunya aku pada ayah....
Minggu ni aku santai sikit. Student cuti pertengahan semester. Dapatlah aku menyiapkan rekod pengajaran, dokumentasi bahan pengajaran, kemaskini rekod kehadiran etc.. etc...
No comments:
Post a Comment