Monday, August 25, 2003

Merdeka! Merdeka!

"Kami ni, perintis kemerdekaan ibarat buruh binaan. Membina bangunan tinggi bertingkat-tingkat, cantik, tapi tak ada peluang untuk tinggal di dalamnya. Beginilah hidup saya. Masih hidup dibawah pohon getah, saya redha dengan what is given by God"

"Kamilah yang merintis jalan merdeka, menebas semak samun di depan, dan orang belakang kami senang berjalan di laluan yang bersih"



Kata-kata yang aku petik daripada Majalah Tiga Sabtu lepas, dituturkan oleh bekas anggota Angkatan Pemuda Insaf (API), aku lupa pulak nama pakcik tu. Aku hayati setiap kata2nya, memang mengharukan. Perjuangan anak watan sepertinya, yang berjuang bukan dengan arus perdana, tak mendapat pengiktirafan yang sepatutnya.

Aku juga tertarik dengan sebutan bahasa Inggerisnya yang begitu bagus. Memang penguasaan Bahasa Inggeris tradisi terdahulu amat baik berbanding sekarang. Memang Queen English.

Aku teringat cerita abang tentang Mat Kilau, pahlawan Melayu yang terbilang satu ketika dahulu. Berjuang menentang penjajah dengan caranya yang tak diterima pemerintah pada masa itu. Lepas merdeka, dia membawa diri, merahsiakan identiti dirinya hinggalah pada saat2 akhir hidupnya. Dia membuka lipatan sejarah. baru orang tahu Mat Kilau yang terkenal itu meneruskan kehidupannya dengan menjadi pengukir batu nesan di Kuantan ni. Hebohlah sekejap media dengan berita ekslusif beberapa hari, lepas tu senyap sunyi. Kekal sebuah surau dengan namanya. Mat Kilau tak juga kaya sampai akhir hayatnya. Tak pula dapat gelaran datuk walau sumbangannya besar.

Itu baru Mat Kilau, ramai lagi pejuang sebenar yang berjuang dengan semangat jitu tanpa perlu ganjaran. Tapi kerana berjuang dengan cara sendiri, kebanyakan mereka ni tak langsung dapat pengiktirafan yang sepatutnya. Bukanlah sampai diarak, dijulang, at least bagilah some token of appreciation.

Tapi sekarang ni, buat sajalah sesuatu yang pelik, yang agak2 besar dimata masyarakat, mesti dapat sesuatu, dapat sanjungan, dapat gelaran, macam2 lagi ler. Bukan aku menidakkan usaha mereka2 ni tapi, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan usaha mereka2 yang aku sebutkan tadi. Yang hasil usaha mereka itu kita yang rasa, kita yang tuai.

Aku suka tengok iklan berunsur kemerdekaan. Setakat ni yang paling best Petronas ler. Personally, aku suka iklan MAS beberapa tahun lepas. Dulu juga kebanyakan syarikat koporat buat iklan2 bentuk begini. Tapi sekarang dah takde. Kenapa ek? Bebaru nih iklan berbentuk nak meningkatkan kesedaran.... alasan tak naikkan bendera dan sebaliknya. Bagus juga... salah satu usaha pupuk nilai patriotisme.

Aku juga sering dengar lagu2 yang barbau patriotisme ni. Personally aku rasa lagu2 nih ketinggalan zaman. Aku pelik juga dalam pada pencipta lagu ghairah mencipta lagu2 komersial, kenapa sebilangan kecil jer yang nak mencipta lagu2 patriotisme? kenapa aku kata ketinggalan zaman.... sebab rentaknya mesti rentak march (cam berkawad) pastu lirik mesti straight forward. Contohnya kalau nak citer pasal kemerdekaan ke 46, mesti masuk lirik merdeka kali ke 46 kat mana2. Pernah dengar lagu Sukan Sea? Camtu jugak, "la la la la.. sukan sea ke 16 di Malaysia" Aku masih tunggu ada lagu yang cuma membawa mesej patriotisma atau apa saja mesej melalui kata2 indah, dan melodi yang menikkan semangat. Pernah dengar lagu tema sukan Olimpik di Atlanta, nyanyian Gloria Estefan? takde pun sebut langsung pasal atlit berkumpul, sukan kat mana, ke berapa etc.. tapi kita dapat rasa semangat kesukanan tu melalui bait2 lirik yang disampaikan. Melodi pun best, meremang bulu roma.


Anugerah Skrin

Aku layan juga anugerah skrin kali ni. Keputusan memang dijangka ler. Aku kira puas hati. Tapi tak meriah langsung. Tak nampak grandnyer majlis tuh. Aku rasa rakaman senario lagi ramai penonton eheh. Yang aku rasa over, pemenang yang pakai stail cleopatra tuh.... siap nangis2 lagik masa ditemu bual, kelako pun ada. Yang makan chewing gum masa amik anugerah.. come on ler, takkan tak tau dia ada kat mana masa tuh kan. Ogy cam biasa over tak bertempat. nampak galak sangat, cam tak sesuai plak ngan dressing yang sopan tuh.Sedap jer dia melaser mamat muka putih tuh.... Pengarah untuk filem terbaik masih melepas geram, marah tak habis.... "harap dapat menebus maruah filem E***n"

Kalau nak tengok flaws memang banyak, tapi sebagai wadah mengangkat filrm dan telefilem tempatan, aku rasa dah kira berjaya lah. Apapun memang best tengok semalam, sambil makan mangga muda cecah ngan 'colek' (pencicah) yang abang buat. Thanx dear.


Convocation

Esok akan berlangsung majlis graduasi pelajar tempat aku cari rezeki nih. Petang nih ada rehearsal. Hopefully semua berjalan lancar. Kerja aku esok, berdiri sebelah MC dari Jabatan Penerangan untuk bagi cue bila masa nak mula bercakap sebab ada presentation untuk setiap segmen. Oklah.. kerja simple. Aku nak pergi Dewan Jubli Perak, Kuantan nih.... chow...



No comments: