Hari Beruniform
Mulai hari ini, semer staf diwajibkan memakai uniform rasmi organisasi pada setiap hari Isnin. Maka dengan berat hatinya aku pun menyarung uniform. Memang nampak kelakar eheh. Student pakai pakaian biasa, aku pulak yang pakai uniform. Tapi bila semua dah pakai nampak ok pulak. Alah bisa tegal biasa kan. Benda pelik kalau dah selalau berlaku akan dianggap normal jugak (adakah aku bercakap pasal uniform?) Abang senyum jer tengok aku pagi nih. Pelik katanya. Pelik pun pelik lah bang...
Weekend wrap-up
Aku tak kemana weekend lepas, lepak kat rumah, jadi suri rumah yang berjaya. Durian dah mula menjejak rumah, adik ipar aku rajin ke dusun mengutip. Aku yang terlebih rajin pulak buatlah bubur kacang letak durian, buat serawa durian makan ngan roti jala. Cuma tempoyak jer aku tak reti buat. Aku tanakkan pulut dan masakkan santan, sebab abang nak makan pulut durian. Aku buat dan tengok jer... sebab aku tak reti nak makan eheh..
Ayah mertua aku ke Melaka untuk petandingan siulan burung. Dapat tempat ketiga. Dan aku dapat cencaluk. Tengkiu. Aku jamu dia dengan bubur kacang, lepas berehat sekejap dia bertolak pulak ke Kelantan, ada urusan katanya.
Member2 aku dah pandai memancing di belakang bengkel abang, Malam Sabtu lepas dapat juga mereka naikkan senangin. Dekat 2 kilo juga beratnya. Kalau ikan duri tuh tak payah cerita ler, berlumba2 naik ke darat. Aku cuma lepak di kerusi malas sambil tengok abang mancing.
Edisi Siasat
Aku suka tengok program ni. Tapi makin lama aku makin tak minat. Dalam beberapa edisi sebelum nih, perkara yang diketengahkan asyik seks. Tak de isu lain yang lebih penting ke? Aku rasa banyak lagi isu yang boleh diketengahkan. Tapi mungkin itu yang boleh melonjakkan rating kot... Skrip penyampainya juga agak kasar. memanglah tujuan edisi siasat tu nak mendedahkan sedikit sebanyak kepincangan tapi bukankah elok kalau lebih beradap bunyinya. Tegur dengan berhemah, ni sampai boleh cakap "apa bangangnya orang kita" atau "tak buat kerja ke jabatan XYZ". Pendedahan tuh bagus tapi biarlah dengan cara yang baik... itu pendapat aku ler...
No comments:
Post a Comment