Tuesday, August 12, 2003

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Hari ni aku dapat tau 2 coursemate aku masa belajar dulu bakal jadi ibu, kedua2nya due April tahun depan. Congratulations to Nida & Azis and Nana & Azlan.

Aku juga dapat tahu 2 lagi coursemate yang juga merangkap housemate aku akan memasuki gerbang perkahwinan pada 31 Ogos nih. Kedua-dua majlis di Klang, kebetulan pula aku nak balik hujung minggu tu, bolehlah hadiri kedua2nya insyaallah. Aku akan jumpa 2 pengantin baru dan 2 bakal ibu, campur pulak dengan yang lenlain dan ia akan jadi re-union BENdits yang keberapa kali ek?

Dan aku juga akan dapat sebalang tempoyak yang diimport khas dari dusun sahabat baik aku eheh. Special delivery ada extra charge ke? *wink* eheh...


CAY 8386

Minggu lepas lampu amaran kat dash board berkelip-kelip. Lampu tu kata kat aku, sensor bagitau kat dia, pad brake dah nipis, kena ganti. Maka aku pun ikut cakap lampu tuh, gantilah pad brake yang baru. Selamatlah poket dan insyaalah selamatlah aku dalam pemanduan.

2 - 3 bulan lepas meter kat dashboard bagitau aku, timing belt dah kena ganti, maka aku ikut juga kata meter, aku gantikan juga... selamat poket abang eheh dan insyaalah selamat pemanduan aku...

Semalam abang bawa balik contoh cat keter yang terbaru, fikiran aku bagitau, cantik sungguh kereta aku kalau bersalut warna tuh, tapi aku masih tak boleh ikut kata fikiran aku sebab poket aku masih nipis, dan warna kereta aku sekarang tak membahayakan pemanduan.....

Lenkali ler aku tukar kaler keter tuh. Warna yang ni pun baru beberapa bulan umurnya, masih tak hilang lenguh ditangan pekerja abang mengecat keter aku eheh....




No comments: