Thursday, August 28, 2003

Badan aku di sini, hati aku dah melayang ke rumah, tak sabar menunggu esok, nak balik ke kampung berjumpa emak dan Noni. Sabarlah hati.....

Selasa Lepas, majlis graduasi berjalan lancar. Tugas pun dapat aku sempurnakan dengan agak baik. Cuma... biasalah sok sek.. sok sek selepas majlis. Pada aku, boleh saja nak berbunyi tapi biarlah melalui saluran yang betul dan dikuatkan pula dengan fakta, bukan sekadar pendapat kosong sebab tak puas hati.

Happy aku dapat tengok student menerima sijil masing2. Terasa berbaloi tenaga yang dicurah untuk mendidik mereka. Ucapan terima kasih selepas majlis berakhir umpama hadiah yang sangat berharga buat aku. Mungkin kawan2 yang bergelar pengajar setuju dengan aku...

Bila musim2 cuti umum begini aku selalu bersyukur sebab aku berasal dari Malaysia Tengah ( KL dan Selangor) sebab setiap kali nak balik kampung tak perlu risau sangat tentang perjalanan. Dulu masa belajar, rumah dekat ngan kampus, nikmat Allah untuk aku... Sekarang ni lepas settle down pun aku bersyukur sebab aku akan melawan arus bila balik kampung (Klang).

Tahun lepas, dalam perjalanan balik ke Kuantan, masa tu cuti Merdeka juga, jalan menghala ke Kuala Lumpur amatlah sesak.. dekat 10 kilometer kenderaan merangkak2 di Karak. Perjalanan aku alhamdulillah, lancar saja. Begitu jugalah masa nak balik raya ke, apa ke.... Kalau nak rasa sesak pun lepas Jalan Kuching dan Jalan Duta sampailah ke tol sebab orang nak balik ke Utara. Selain tuh ok jer.

Selamat menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-46, Fikirlah cara sambutan bagaimana yang kita inginkan, terkinja mengira count down selepas konsert?, memenuhkan restoran, karaoke dan menyanyi lagu merdeka?, duduk2 saja dirumah bersama keluarga? keputusan ditangan kita... tepuk dada tanya iman.

Cuma aku masih bertanya diri sendiri..... apa yang merdekanya aku ni? apa yang merdekanya tempat aku lahir dan tinggal ni? Aku masih berhutang, masih menurut perintah tanpa boleh bersuara, tempat aku ni masih bergantung pada tampat lain, masih mengagung tempat lain.... Entah.. aku masih takde jawapan untuk soalan yang satu ini.

Mungkin aku juga salah seekor kakak tua, cuma pandai mengajuk tapi bukan bercakap... kalian bagaimana?



No comments: