Wednesday, August 13, 2003

Sekali lagi?

Sakit tekak aku, kelas 4 jam direct. Tapi dah tugas, kena buat dengan senyuman eheh. Lepas kelas aku lepak kat library kejap, baca paper. Seorang juruterbang wanita TUDM meninggal dunia selepas pesawat yang dipandunya terhempas di sebuah ladang getah. Sedih pulak aku baca berita tu. Rasa boleh bayang perasaan dia masa menghadapi situasi tu. Innalillahi wainnailaihi roji'un. Ada juga dipaparkan tragedi yang berlaku sebelum tu, yang melibatkan pesawat yang sama.

Dah selalu sangat benda camni berlaku, pesawat2 kita kebanyakannya dah tak digunakan pun di tempat lain. Dah terlalu lama khidmatnya. Pesawat lama, tentu banyak kekurangannya. Ini satu sebab saja, mungkin ada faktor lain. Aku bukan pakar. Belajar daripada kesilapan, kesilapan dah banyak, bila kita nak belajar?


Makan-Makan

Malam tadi aku masak simple jer. Abang mintak masakkan ayam masak lemak cili padi. Maka aku pun memasakler, tambah dengan ayam goreng ummi's style, sayur petola aku celur jer, dan sambal belacan mangga muda. Kebetulan pak mertua aku ada dirumah malam tadi. Maka mereka anak beranak makan ler bersama. It was very interesting to see the resemblance eheh. Senang nak tackle selera pak mertua aku sebab sama jer ngan abang. Seronok tengok dia menambah.....

Aku jarang makan sebelah malam sekarang. Cuma makan biskut atau roti ngan air milo atau susu. Rasa bloated plak makan makanan berat. Janji tak lapar sudah ler.


Rambang mataku ini

Kalau semalam aku cerita pasal rambang mata tengok cat keter yang cantik, hari ni aku nak cerita betapa rambangnya mata aku menengok perabot kayu. Aku nak cari kerusi malas sebenarnya, tapi mengada2 tak nak yang biasa. Nak yang kayu, the one with feet rest tuh. So petang semalam aku pi ler survey harga. Ok jugaklah tak ler semahal yang aku jangkakan. Tapi kalau dah masuk kedai perabot tuh, being a woman ler plak, nampak jer benda yang berkenan, boleh jer terus pikir nak letak kat mana eheh... he gave me that look and I immediately knew my house couldn't afford any more furniture. jadi aku cuma dapat satu kerusi malas. Thanx dear.




No comments: