Tuesday, February 10, 2009

BERTUGAS JUAAAA

Aku bertugas jugak akhirnya kat Sirkit Kebangsaan dan Putrajaya Cyclefest hari Ahad tuh. Patut dari hari Sabtu. Tak kisah la..

Memula tu aku kena jadi Judge tapi somehow tukar plak. Aku kena jadi Komisar 2. Seronok jugak sebenarnya sebab kerja komisar 2 nih kena ikut race. Takde la duduk jer kat start/finish line tu tunggu rider.

So secara ringkasnya kerja Komisar 2 ni ialah kontrol bahagian depan race. Dia akan pastikan jalan clear untuk pelumba, dia akan ikut rider(s) yang breakaway dan follow leader group. Dari semasa ke semasa dia akan bagi information pasal kedudukan leader group, chaser group dsb. Dia akan maklumkan nombor badan untuk makluman judge bila dah hampir ke finish line...biasanya judge/time keeper kat finish akan alert bila kereta komisar 2 muncul. Dia juga akan communicate ngan komisar 1 yang ikut peloton untuk dapatkan time gap antara leader ngan peloton.

Kalau takde breakaway, komisar 2 lepak depan race lah. Dia jugak communicate ngan komisar motor untuk monitor pergerakan rider....

Yang best sekali? sebab boleh menjulurkan badan ikut sun roof hahahaha...bukan untuk suka2 tau tapi untuk monitor keadaan race dan riders..kalu aku campurkan distance covered masa buat lap tu semer dah sampai Kuantan aku ahahaha..

Masa acara Junior lelaki bawah 16thn, Dato' Astaman ikut aku round 2 laps. Sempat la berborak bagai pasal pembangunan basikal. Dia ni very concern pasal camne nak dapatkan atlit yang bebetul fit for the sport. AKu bagi pendapat aku jer mana yang aku tau based pada apa yang abang bgtau berdasarkan pengalaman dia sebagai pelumba, jurulatih dan komisar jugak.

Habis acara Sirkit Kebangsaan aklu sambung ngan Cyclefest sementara tunggu shift komisar petang sampai. Suprisingly abang pun datang sekali.. segan plak aku bertugas dia tengok.. lepas acara Junior Veteran MTB aku balik la... meks rentung!!!! panas lah!!!

Overall... good experience for me lah kan..

2 comments:

R28est said...

good job..rasanye ada amik gambar u masa bertugas tu..hehe nanti check balik eh

Angah said...

Rahimah

Kalu ada email la ehehe.. buleh ku tepek muka rentung tu dalam blog ni...