Wednesday, August 18, 2010

PSIKOLOGI

Hati aku sedang diamuk resah. Sangat tak suka bila perasaan ni datang bertandang. Lagi pulak bila penyebabnya tetapla benda yang sama, yang berulang-ulang, yang aku cuba buang dari kotak memori aku.

Tapi sebab ianya macam biskut chocfudge, kejap ada kejap takde. Bila penyebab tu hadir semula, mula la aku rasa tak best. Ishhh sangat tak suka. Aku nak perasaan resah ni hilang buat selamanya. Yang aku boleh buat cuma bersabar dan berdoa agar Allah beri aku ketenangan hati dan kedamaian jiwa serta ketajaman akal untuk menempuhnya.

Kalau aku lemah lagi seronok la penyebab tu datang bertandang dan menyebok dalam hidup aku kan..think positive Angah! Think positive! Allah takkan menduga diluar kemampuan hambanya.

Full Stop!


Semalam berbuka dengan 2 lauk yang dibeli. Masak tempoyak ikan patin dan ayam bakar. Kat rumah aku sempat masak sup sayur untuk anak2 dan udang galah belen kelmarin aku masak sweet sour. Wah! sudah 4 lauk kan. Tapi sebab semuanya kuantiti kecil maka tidak la membazir.

Bulan puasa ni aku ubah jadual. Kalau hari biasa tu, lepas maghrib aku akan setel laundry (basuh, lipat dan susun), setel beg sekolah anak2, dishes ngan kemas rumah abang buat hehe.. bulan puasa ni semuanya aku buat lepas sahur. So malam tidur awal. Nak tidur balik lepas sahur lagi weng kepala bila bangun kan.

Alhamdulillah claim perjalanan masa aku pegi exam 10 hari bulan lepas dah masuk. Adalah dalam 2K. Makcik nak beli gelang besar buleh? tak la...banyak lagi benda aku boleh buat. Tambah bajet sikit untuk baby ke, untuk rumah ke, untuk raya ke kan..


POTENSI

Oh.aku dapat call dari sekolah lama aku. Anak yang aku bantu persekolahan dia tahun lepas nak tau sapa aku. Iya..dia ngan family dia tak tau sapa aku. Nak kenalkan diri ke tak ya? Aku ikhlas bantu anak tu. Aku nak tengok dia berjaya dalam pelajaran dan bantu keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan. Apa la sangat pun setakat belanja sekolah dan buku rujukan yang aku titipkan pada gurunya tu. Aku segan sebenarnya. Bak kata Rudy "berbuat baik dan kemudian lupakan lah"

Aku pun dah dapat senarai beberapa pelajar tahun 5 yang berpotensi, yang datang dari keluarga yang miskin, yang punya semangat tinggi untuk belajar dari cikgu yang sama, yang berkerjasama ngan aku tahun lepas. InsyaAllah, aku akan pilih 2 daripada mereka untuk aku bantu tahun depan. Tak banyak. Cuma yuran tahunan, pakaian seragam, belanja sekolah dan buku rujukan jika perlu yang aku salurkan setiap bulan kepada cikgu , bukan ibu bapa mereka.
Kalau mereka tak punya apa di rumah, sekurang-kurangnya mereka punya cukup kelengkapan semasa di sekolah kan.

Biarlah anak2 berpotensi ni berkembang potensi mereka..jangan tersekat dek kemiskinan keluarga. Kita yang agak2 berkemampuan ni tolong la sekadar mampu, sekadar daya. kalau takde duit, mungkin dengan masa, ajar tuition free ke.. atau dengan hebahan tentang kesusahan anak2 ni kan...insyaAllah usaha kita yang sedikit ni akan beri makna besar dalam hidup mereka.

8 comments:

Puteri Satu said...

cukup mulia hati kamu... senang kita berkongsi dengan yang susah.. doa akak... semoga sifat macam kamu ada disetiap diri semua orang...

Angah said...

Puteri
Sekadar membantu yang termampu kak, dalam lingkungan RM100 saja sebulan. kalau tak kesitu pun ntah kemana kita belanjakan ye tak..

oren said...

mulianya hati ko Ngah..

jgn layan sgt penyebab yg tak best tu..buat2 sibukkan diri, mgkn buleh buat ko lupa..

tentangseseorang said...

banyakkan berdoa kak.

kakLuna said...

patut lah rezeki murah..sbb banyak memberi...Alhamdulillah dan bangga dpt kenal org mcm ko..

aku pun kalo ada lebih teringin nak bg bantuan kat memerlukan...skrg ni kalo aku smpt tgk rancangan bersamamu atau seumpamanya, smua nombor akaun aku salin..ada rezeki lebih aku transfer sikit duit..

Arena said...

Sis,
What a good idea .. Mesti rasa best sebab macam personal gitu kan. Hmmm I should put more thought on this as well, sekarang ni amek jalan mudah poting zakat jek bulan-bulan. Maybe I can do more ye tak..

Angah said...

Oren
Sekadar tolong apa termampu je. Ha'ah aku nak lupakan teruuussss

Ady
InsyaAllah

Luna
Ishh..cuma satu usaha kecik untuk bantu anak2 seagama. Biar mere usaha sendiri untuk keluar dari kepompong kemiskinan tu.

Arena
Rasa syukur sebenarnya sebab ada peluang. Yup..put ur thought into something similar, bantuan kecil tapi konsisten lagi mereka2 ni perlukan. but dont give direct to them sbb bab2 urus duit ni they are at lost.

Hambali ® said...

ya Allah, murahkan rezeki kawan aku ni ha ... dan hilangkanlah penyebab² dan gangguan² yang tak best dalam hidup dia tu ha ....