Saturday, January 31, 2009

BERKAYUH DI PUTRAJAYA (PCM)


Tarikh : 30 Januari 2009 (Jumaat)
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Mamak Double Trouble Presint 9
Peserta : sesiapa yang ada basikal dan ingin kayuh

So aku antara manusia yang ada basikal dan ingin berkayuh. Janji ngan adik aku si Arel.. konvoi ke Putrajaya. Tapi change of plan, aku bertolak dari opis terus. Met him kat Plaza Tol Putrajaya.

Went straight to Mamak Darusalam Presint 9. Aini called earlier saying that she might not be able to join the fun. But she called again shortly after... yeay.. she made it!,

Mujur ada parking, turunkan basikal dan pasang la..pakai kasut, pakai helmet dan kayuh pelan2 warming up.

Dah ramai umat yang hadir. aku mmg tak kenal sapa pun..hahaha...only names without faces via BBS chat room.

"Hai Angah"... aku pun hai jer balik..but the moment I saw a man in red t-shirt I immediately knew he was Mr. Mantz...

"Hai Angah.. ko mesti tak tau aku sapa kan" Aku iayakan jer.. ooooo rupanya Encik FIno.

Mr Fuzz sampai dengan rodiah merida yang masih bau kedai...

And I had a splendid time of meeting the faces of names I know from the chat room at last... all are cycling enthusiasts...

And before long basikal aku dirogol secara berganti-ganti hahahaha..(sesi cuba basikal lah) But hey I was drooling looking at some bicycles... kalau la aku dapat wahhh!!!

THE RIDE..

The ride started a bit late. Daoh bagi briefing on route and safety and that this is a funride... ride in group lah yer...

It was fun to see macam-macam jenis basikal, roadie, MTB, fixie, basikal tua you name it..yang bawak famili pun ramai...bolehbuat famili event..


So we started the ride ikut presint 9 dan masuk bulatan shangrila tuh ke Alamanda and straight to PICC..Alhamdulilah pemandu kereta pun bagi kerjasama..bagi kami jalan dulu..

I was with Azizan Fixie yang bawak basikal single speed.. perghh kalau aku mau terkapar tengah jalan naik bukit...he gave me some advice on road safety since aku nak berbasikal ke opis nest month macam dia. Some thought we were husband and wife hahahaha....the fact itu la pertama kali jumpa pun...ada yang kaset masuk mulut kang hahahaha

Average speed was around 15km/h.. lots of riders so tak boleh rempit pun.Aku kayuh light jer pun..After Alamanda traffic light big group dah pecah...the hilly route was taking its toll on most riders....aku menten jer ngan Arel...overtook few riders..and met brother Kelolo n wife and Heero

And masa down hill memang laju la hahaha...jaga2 jer lah jangan tergelincir sebab aku pakai tayar slick kan..

hill and dwon hill until PICC. Berhenti kejap for regrouping and continued the ride..since group pun dah pecah..and dah dekat sangat nak balik ke starting point and since Arel bawak member dia yang tk pernah kayuh so aku ngan dia tarik budak tu la...sampai balik ke P9.

Aku tak pasti riders belah depan ikut mana depan PJH tu, tapi aku ikut terus depan masjid dan sebelah JPM, ikut jambatan dan masuk Presint 9 balik.

I had some problem with my XT rear dereuller. Baru ni aku tukar cassete XTR tp tak cuba bawak. So what happened was.. masa shift gear...derailed..lari mata kaset.so nak climb tu sangap sikit la sebab patut boleh lebih ringan..called abang and he'll fix it. Boleh jer kayuh cuma rugi tenaga la...

Had makan-makan session and met other riders yang selama ni kenal nama jer. And I met a very familiar face..sekali penganjur Jelajah Malaysia daaaaa... so got updated on the forthcoming Jelajah Malaysia. Will give Abg Jamal a call sebab aku nak ikut tahun ni. Joined tahun 2000 and 2002 as accomodation officer and race MC respectively. So thn ni nak jadi komisar in training...

After bukak wheelset, masuk basikal dalm keter we bid goodbye. Aku sampai rumah pukul 1.30 pagi ahahaa...hambek ko..

Ride yang memang best. BUkan sebab ride tu tapi sebab jumpa kengkawan yang ada minat sama. Will join again next month....kudos to the organizer!!!
p/s : gambar2 kredit pada geng2 basikal...yang aku cilok dari blog mereka ehehe..

Friday, January 30, 2009

MARI KE ZOO NEGARA

Aku balik dari PAC M48 di Kemaman hari Sabtu. Bertolak balik Klang hari Ahad.. santai2 dalam perjalanan ngan abang..

Sampai rumah kanak2 ribena dah terpacak depan pintu... rindunya aku kat permata hati aku.

Hari Isnin, Tahun Baru Cina. Bawak anak2 pergi Zoo Negara. Kali terakhir aku ke Zoo masa aku darjah 6! that was what? 20 years ago...

Suprisingly sungguh ramai umat manusia. Terpaksa parking jauh. Agaknya mereka pun macam aku tak tau dah nak pergi mana masa cuti.

Arief sibuk nak tengok harimau jer but that have to wait la sebab kandang harimau kan jauh ke sebelah dalam lagik, kena la sabar dulu tengok seladang, beruang dsb...

Excited sungguh anak2 aku tengok binatang tu semua. Aku jadi la Cikgu Angah sekejap ehehe.. mana aku tau aku jawab la. Mana aku tak tau aku cakap jer aku tak tau. Tak baik menipu budak cuma untuk tunjuk kita ni tahu segala kan...

Memandangkan stroller lupa dibawa.. damn! Terpaksala Adneen tu didukung jer. Tapi sekali sekala tu meronta jugak nak jalan merayau. Dan tugas tu dipikul dengan jayanya oleh abang..aku bawak beg jer..

Permerhatian aku la kan...keadaan dalam zoo tu tak menggamit pengunjung sangat la.. kandang/kurungan haiwan macam kotor jer...signage maklumat haiwan pun berkarat2. Relevant authority need to do something untuk naikkan taraf zoo tuh. Kalau kita tengok contoh dalam tv kan pasal zoo kat Australia.. memang cantik. Cara camne aku tak reti la, tapi sebagai pengunjung, aku nak tengok sesuatu yang best. But overall aku suka sebab redup dek pokok2 besar...tak naik tram pun tak kisah.

Makan burger kat area gajah/zirafah. Makan burger yang berharga RM 3.50 dan jagung RM 2.80 dan air soya dalam tin RM 2.00 setiap satu. Aku tak la komplen harga mahal tapi macam satu kemestian pusat pelancongan plak naikkan harga berlipat kali ganda. Mujur takde restriction bawak makanan luar macam kat Sun*way La*goon. Takde bentuk kawalan ke terhadap makanan dalam kawasan pelancongan camni. Kena tanya gak tuh kan..

Arief bagi makan kat Gajah. Wah! suka sangat mamat tuh. "Ibu.. rasa angin la tangan abang" dia cakap lepas tu.. angin nafas gajah tu la...

Adik dia plak excited tengok flamingo.. ke tengok air tasik tuh aku tatau. Anak dara aku tu kan pantang nampak air...

Lepas penat jalan dan anak2 aku pun dah puas (tak pusing habis pun satu zoo tuh) we headed home. Dua2 tergolek dalam kereta. Lega ibu ngan ayah ehehe..

Oh ya... zoo negara jugak satu tempat yang baik untuk program jejak kasih. Aku jumpa long time friend masa sekolah menengah. Izanureen nama dia. Sekarang ni dia mengajar kat sekolah lama aku dulu. Aku jumpa jugak rakan sekerja Zetty n hubby dan akujumpa jugak pakcik aku...

Gambar nanti aku tepek la.. malas nak upload dari kamera.

MY RIDE

Seminggu tak kayuh beskal buat aku sangap. Semalam kayuh semula.. very short distance sebab mendung, cadang nak pergi jauh tapi baru 20 minit dah start hujan. So patah balik lah. So semalam cuma 15km saja. Rasa sangat tak cukup....

Malam ni Putrajaya Critical Mass. Kayuhan malam dengan kengkawan dalam 20km. Here I come!! Jangan pancit sudah... seminggu tinggal basikal beb..

Yang bertanya kenapa aku memenatkan diri kayuh petang2, dan yang bertanya tak takut hitam ke, dan yang bertanya macam2 lagi... Jawapan aku SUKA HATI AKU LA hahahaha...yang penat aku, yang hitam pun aku apsal sibuk tatau.....Abang kata mereka amik berat...ehehehe

Thursday, January 22, 2009

PAC M48

Aku sekarang ni kat Bilik Penginapan INTIM Kemaman. Aku kena hadiri PTD Assessment Centre untuk kenaikan ke gred M48. Jangan tak tau... batch aku adalah batch pertama yang kena lalui assessment nih. Nak tak nak, suka tak suka kena hadir gak la...


Kelmarin aku kayuh ke Meru dan lepak dengan Arel & Apek kat Nasi Lemak Kapar. Sempat tuhhh...so dapat 25km saja. Very light punya kayuh. Lepas maghrib aku packing yang perlu2, bagi anak2 aku makan dan susu, Arief pun dah tido. Adneen aku letak depan TV kat bilik nenek dia tengok hindustan, kiss goddbye and headed to rumah abang aku. Aku naik bas pukul 11.00 dari Klang Sentral.. boleh puji la keadaan Klang Sentral tuh..sangat ok..

Aku sampai Kuantan awal pagi semalam, dalam pukul 3 lebih la. Abang amik lepas tu pi minum sekejap dan bummm tido. Terjaga pukul 9.30 ngkauuuuuu... nasib baik bendera merah. So bersiap bagai pastu terus ke Pejabat Lawyer uruskan final stage rumah aku. InsyaAllah dalam sebulan dua lagi setel la semuanya dan tunggu penyerahan kunci jer la. Alhamdulillah urusan aku dipermudahkan.

Lepas tu pi minum kat I love U Kopitiam. Sungguh! nama kopitiam tu I Love U. Sangat kreatif haha...

sehari suntuk menghabiskan masa dengan suami.. priceless.....mlm tadi tengok wayang cerita Outlander. Sangatla biasa jer cerita tuh tapi sebab lama gile tak tengok wayang... layankan jek la ya...

Hari ni abang hantar. Lepas pendaftaran bermula la sesi assessment yang banyak benda unexpected yang kami lalui. Persoalan kenapa batch aku yang kena jadi bahan ujikaji dah tak timbul. Cuma lalui setiap aktiviti satu demi satu... anggap macam mega reunion untuk kami la yang bersepah2 kat satu pelusuk Malaysia nih.

Masa riadah tadi bebas berbuat apa saja. Memandangkan aku tak boleh kayuh (hutang 30km dengan coach huhu) maka aku berlari jer la... dapat la 2km jer pusing2 padang hehehe...did it in 13 minutes.. ok lah kot memandangkan dulu aku nak habiskan 1km pun semput hahaha.. satu peningkatan mendadak.

Esok satu hari penuh aktiviti assessment kena lalui... So senyum dan hadapi sajalah.. the worst that could happen pun fail jer kan... bukan kena keluar service ke hapa.. just do my best lah...

Mengimbau kenangan sungguh kena pakai nombor banduan masam memula PAC nak masuk service hahaha.. nanti aku pastekan gambar lah..

Tuesday, January 20, 2009

LOOP RIDE

Semalam lepas anak2 aku tidur lepas makan ubat.. aku bersiap2 untuk kayuhan. Cadangnya nak ke arah Kuala Selangor tapi sebab mendung and berangin sikit aku rasa tak payah la.. So ingat nak kayuh light area Kapar je..

Dalam 5.30 aku start kayuh dari rumah -kapar-rumah but I feel that I haven't had enough..so I continue my ride dengan route yang sama. Jadinya semalam aku buat loop ride.. sure makcik2 dan akak2 yang bersidai depan rumah tu pelik.. tadi rasanya budak ni dah lalu sini ehehe..

So yesterday's ride dalam 25km saja.. done it in 1 jam 11 minit. Ok jugak buat loop nih... cadence aku menten jer cuma boring sebab jalan yang sama la...

Sebalah malam bawak anak2 pegi pasar malam.. just to encourage them to eat more sebab dah seharian tak nak makan sangat. So beli tau foo fa, yong tau foo and cakui. Alhamdulillah selera derang makan...

Ni cerita bagi Adneen makan ubat. Anak dara aku ni susah sikit nak telan ubat, kena guna banyak trick. So malam tadi aku letak ubat dalam cawan. Dia tak syak apa2 terus minum pastu buat muka hahaha...."nanak aaa.. tak dap..tak dap.." alahai anak ibu.. tau tak sedap. Ubat nombor 2 dah tak jalan trick dalam cawan... so masukkan dalam botol vitagen kosong. Aku suruh abang dia minum vitagen betul.. Trick menjadi cuma tu laa.... "nanak aaaa tak dap" lepas ni aku tak tau nak pakai trick apa dah....memang kelakar muka dia berkerut2 rasa ubat tuh...

Malam ni aku naik bas pukul 11 ke Kuantan. Esok kan travelling day.. aku travel malam nih la.. esok hari hore-hore ngan abang...

Petang ni kayuh jugak...buat loop juga rasanya.. kalau sampai rumah awal boleh buat 3 loop Insyaallah.

Monday, January 19, 2009

MY RIDES

Cerita kayuh jer lah ye...

Sabtu patutnya aku nak kayuh Kuala Selangor tapi tak jadi. Aku lambat bangun hahaha..sebelah petang manage kayuh Kapar-Tol Setia Alam-Kapar. Lepak kat Nasi Lemak Kapar dengan Arel n the geng. Kayuh balik rilek giler...sebab kaki aku rasa nak tercabut dah...rupanya banyak anjing kat kawasan setiaalam tuh. Nasib aku kira baik la ek sebab tak de la kena kejar...

Hari Ahad pulak patut ikut ada la geng mana ntah ke Kuala Selangor tapi kensel saat akhir. Patutnya gak pegi tengok Shah Alam kriteriumtapi tak jadi jugak sebab kena jadi supir mak aku ke kenduri serata alam...

Sebelah petang manage kayuh 30km..masuk kawasan kampung kat Meru dan patah balik. haaaaaa ini yang best nak cerita.. aku ikut jalan besar pulak semalam on the way balik tu and decided masuk ikut satu perumahan la sebab nak masuk jalan dalam semula.Nampak satu group mtb baru nak start kayuh.Masa tuh dah pukul 6 lebih. So pass through them la kan... sekali ada ex boipren aku daaaaa.... terkojut den! Dia pun kayuh gak tuh....

Sempat berenti kejap jek la kenalkan diri kat member group tu yang sapa aku... ajak join tapi aku dah tak larat... another 5km to cycle home..aku punya endurance drink pun dah nak abis. So aku teruskan kayh balik. sempat lagik tengok basikal mamat tuh. Basikal aku lagik best... yer angah sangat keji hahahaha..

Hari ni aku cuti.. anak aku dedua demam.. jgn la kena denggi or chikungunya. Pegi klinik tadi suhu tak berapa tinggi la. Aku nak ke INTIM Kemaman nih.. risau plak la...

Petang ni cadang nak kayuh dalam 30km jugak..tapi nak ke arak Kuala Selangor.Biar lawan angin masa pergi tapi ikut angin masa balik... tak la penat sangat ye tak...hope to finish dalam 1 jam setengah. Tak payah la laju sangat.... bukan nak wakil Malaysia pun kan...

Friday, January 16, 2009

RANDOM UPDATES

Update in random order saja....

11 Januari banyak tinggalkan kenangan tak best pada aku. 4 orang dari saudara-mara terapat aku meninggal dunia pada tarikh ni.

Ayah aku (2001)
Atuk saudara (2003)
Sepupu (2005)
Makcik (2009)

Ahad lepas masa tengah duduk2 dengan adik beradik aku, lepas hantar sepupu aku kawin...kami mengimbau balik kenangan dengan arwah ayah. tengah berborak dapat call, makcik aku (kakak ipar mak aku) yang koma sebab stroke meninggal dunia. We were speechless...

Terus shoot ke rumah Wak Umi. Alhamdulillah sempat tengok arwah sebelum dibawa ke tanah perkuburan. Last aku jumpa arwah masa raya dulu. Ceria jer dia.. memang hari yang penuh cerita la...

Adik aku confessed pulak malam tu dia teresak2 menangis ingat arwah ayah. Ye la.. masa ayah aku meninggal dia baru 7 tahun. Tak puas manja.... lagi pulak ayah aku dah lama sakit sebelum menghembus nafas terakhir....

22 - 24 Januari ni aku kena pergi assessment. Suka ke tak suka kena pegi jugak... macam tak guna jer exam PTK yang aku amek tuh... kena pulak pegi assessment...

Cuma yang aku suka sebab aku kena pergi Kemaman. Ini bermakna aku boleh bertolak Selasa malam... lepak seharian dengan abang hari rabu tuh dan bertolak awal pagi ke Kemaman hari Khamis... very sound plan hahaha...alaaaaa Rabu kan travelling day.. okay la tuh!

Tini... aku nak jumpa ko!

Dan disebabkan aku akan bertolak balik ke Klang 24hb malam.. maka plan ikut geng Arel berkayuh ke Tanjung Karang terpaksa la kensel. Mampus kejung aku separuh jalan kang sapa susah?

Kita kayuh reramai kat Putrajaya Critical Mass 30hb Januari ni jer lah ye..

Cuti 9 Februari ni dah lulus tapiiiiii kena batal sebab kitaorang satu batch kena mengadap No 1 Boss kat Shah Alam. Hancur plan aku nak menyebuk kat starting Le Tour De Langkawi di Putrajaya. Harapnya plan ke Genting Jumaat tu masih boleh teruskan. Aminnnnn..

Esok nak kayuh pagi. Cadangnya nak ke Kuala Selangor. Pergi balik dalam 50km je. Hopefully aku boleh buat bawah 2 1/2 jam dengan gearing yang aku pakai sekarang...persoalannya nak bawak roadbike ke mountain bike...tengok la camno...

Wednesday, January 14, 2009

PROSEDUR MY A**

Lama tak menulis.. Aku cuti panjang sebab adik aku kena denggi. Motif aku cuti? dah aku jer yang ada kat rumah tu selain mak aku ngan anak2 aku. Aku la yang kena mengusung dia ke Pusat Kesihatan setiap hari cek darah sampai aku pun naik darah la tengok urusan tu dibuat. LEMBAP!

Ni nak menegur la sikit kan.... even aku cakap sendiri ngan doktor masa hari kedua aku bawak adik aku. Korang bayangkan la.. prosedur yang patut amik masa setengah jam jadi 3 -4 jam sebab kena amik nombor 2 kali. Dah la orang kena denggi tu lemah longlai sakit2 basan bagai.. have to endure duduk kat kerusi sebab nak masuk bilik doktor/penolong untuk tulis jumlah platelet, ngan Hb kat borang rawatan susulan. Tunggu 2 jam lebih untuk 5 minit doktor menulis dan balik. Tak hangen satu badan ko?

Aku mintak time slip, ye la kang takde bukti nak sokong cuti aku plak kan. Boleh la si penolong pegawai perubatan tu bacakan benda yang tertulis kat time slip "membawa ayah/ibu/suami/anak... bawa adik takde ya" Lagi la aku menyirap!! Aku jawab balik "adik saya ni takde ayah, ibu tak kerja, suami pun takde, yang ada kakak dia ni jer untuk bawa dia ke sini. Kakak dia ni pulak kerja dan perlukan slip tu untuk tunjuk pada bos. Pekeliling mana yang kata tak boleh ni?, tunjuk pada saya.." Mamat tu terus tulis dan bagi pada aku. Haaaa boleh pun!

Anyway.. aku cakap kat doktor tuh since ada banyak kes denggi macam adik aku yang kena cek darah setiap hari kat situ, apalah salah asingkan terus kad2 rawatan mereka nih, khususkan bilik mana kena masuk, tak kisah lah doktor mana bertugas pun. Sampai jer boleh terus amik darah, dapat result terus masuk kejap bilik tuh. Boleh selesai dalam masa 1/2 jam jer. Patient boleh balik rumah. Takde la terseksa duduk lama2 kat situ. Jawapan yang aku dapat memang hampeh! "itu dah prosedur kak... saya tak boleh buat apa2"

Prosedur buat kita ke kita buat prosedur? Yang mana boleh ringkaskan tu ringkaskan la... especially untuk special case camni kan...Aku dah bagi cadangan tu bawak la ke pihak administration... belum2 dah kata tak boleh...

Hari ketiga aku nekad jer... lepas amik darah dan dapat result aku ketuk pintu bilik no 5 (nombor awal giliran 5) aku mintak jugak dia setel borang adik aku. Nampak terkejut mamat penolong pegawai perubatan tuh...alaaaa yang takmo bagi aku slip tuh la. "Saya minta maaf saya main masuk jer tak ikut nombor tapi adik saya dah tak tahan duduk kat luar tuh, patient lain saya tanya pun cuma sakit biasa jer..." dia tulis result dan tanya aku "nak slip ke puan?" hahahahha..

Moral daripada cerita di atas ialah... satu-satu benda tu jadi susah atau jadi senang sebab kita juga... kalau rasa susah usahakan la jadi senang....

Tuesday, January 06, 2009

PIKNIK SUNGAI CONGKAK

Adik aku yang tinggal kat JB balik bercuti sempena pertunangan sepupu kami...So dia ajak la pi piknik lepas semuanya dah settle. Cadangan awal nak ke Hulu Yam tapi makcik aku taknak sebab banyak itik riang ria dalam sungai...jadi tukar rancangan ke Sungai Congkak. Kali terakhir aku pergi rasanya tahun 1998. 10 dah..

Seronok dapat luangkan masa dengan family kan.. So kami pergi 3 keluarga... aku, adik dan pakcik. Bukan senang nak kumpul ramai-ramai camni

Anak2 aku yang ooficially tukar jadi anak itik sebaik saja nampak air memang susah nak handle. Kalau baby lain panjat mak ayah takut masuk air, anak aku tolak mak ayah nak terjun dalam air... lepas kena 2 round tergolek tidur...anak2 enjoy akupun enjoy...

Aku masak nasi impit ngan kuah kacang, nasi biasa dengan kari daging dan ayam rempah, makan ramai-ramai lepas mandi memang sedap....
Ada peluang nak pegi lagi la... anak bujang aku pun dah sibuk ajak pi piknik lagi bila cuti sekolah ehehe.. dah sekolah dah dia..

Apapun... kalau anak2 aku happy... akupun happy jugak..

ARIEF'S FIRST DAY

Semalam aku cuti. Hantar anak pergi sekolah.... TADIKA. Kelas dia start pukul 2.30 sampai 5.30 petang. Ada TADIKA pagi tapi takde yang nak menghantar mengambil. Hari tu nak masukkan kat Smart Reader, ada day care pun tadi at the last moment cancelled atas sebab2 tertentu lah.

So I was with other parents, Arief nampak cool jer. Lepas daftar all students were given play dough... aku pun main la sama ngan Arief. At 3.30 lepas pujuk2 sikit, dia pun nampak dah ok aku blah terus. Muka dia sedih jer.. tapi aku buat keras hati dan blah terus tak toleh2 belakang pun.

Dalam kereta aku tepon abang... I as soooooo emotional that I cried.... yeah I cried...rasa kejam jer tinggalkan anak aku camtuh and partly aku rasa dia dah besar and I had to let him go. Bukan sebab aku sedih anak masuk sekolah ke hapa...

Kenangan lama mengimbau balik... dari umur 10 bulan sampai la umur dia 3 th lebih, dia tinggal dengan nenek. Ibu kat Putrajaya balik seminggu sekali dua, ayah kat Kuantan balik sebulan sekali dua... kecik2 dah kena hidup camtu...

Pukul 5.15 aku pergi amik dia. Aku intai dari celah tingkap... tengok dia tengah happy dengan aktiviti orientasi. At one point aku gelak masa teacher tunjuk gambar apple and tanya warna apa apple tu.... aku dengar meraaahhhhhhh tapi ada satu suara cakap reeedddddd... hahahaha betuah sungguh anak aku..

Arief ternampak aku... dia lambai2 dan bagi signal nanti dulu.. Alhamdulillah nampak dia dah ok. Lepas baca doa cikgu pun lepaskan sorang2 keluar.... meluru masing2 carik mak bapak. Anak aku pun tak terkecuali la...terus peluk ibu...."kenapa ibu tinggalkan abang? abang nangis kejap lepastu teacher mama pujuk"

Aku jumpa teacher dia tanya camne Arief behave....teacher kata masa aku tinggalkan tu dia menangis kejap lepas tu ok... cuma dia nampak bosan sikit dengan few aktiviti.. tapi benda tu biasa sebab first day dan tak kenal kawan lagik...

Arief kata "tadi abang makan nugget 5 dengan air jarang yang rasanya pelik" Dia minum air lycee sebenarnya.

"esok abang nak bawak air jarang, teacher mama bagi sikit sangat. Abang nak pakai botol basikal ibu" perghh.. botol basikal ibu tuh! layankan jer la bagi semangat sket pegi sekolah.

Aku ni risau sebab Arief tu mana la pernah duduk kat nursery. Tinggal ngan nenek ni faham2 jer la tahap manja tuh ehehe.. kawan pun takde sangat, yang ada pun bebudak cyclist anak buah abang...

Well... tu la first day Arief pergi TADIKA... my first day of being emak budak sekolah.. and I'm proud being one....Mlm tadi lepas dinner (makan sandwich jer) dan sebotol susu dia terus tidur dalam pukul 9.00.

Hari ni ayah dia plak hantar. Aku ada meeting penting yang tak boleh tak hadir. Pagi petang plak tuh....but my mind would still thinking of my son....

Sunday, January 04, 2009

KENANGAN LAMA

Hari ni aku buat spring clean rumah. Kemas benda2 yang patut untuk disimpan atau dibuang. So antara benda yang decide nak buang antaranya nota, assignment dan ntah apa2 lagi masa belajar dulu. Rasa dah tak payah nak simpan dah. So aku kumpul mana yang tak perlu dan akan aku hantar ke pusat recycle yang terdekat.

Dalam pada mengemas tu selak-selak jugak la kertas2 lama tuh kan. Wahhhhh... terer jugak aku dulu hahaha tengok balik markah2 yang aku dapat, tengok balik kualiti bahasa inggeris aku zaman belajar dulu. Terpaksa admit la sejak kerja ngan gomen agak berkarat sket. Takper... boleh diperbaiki..

Jumpa jugak diari lama2 masa sibuk bercinta... perghhhh bahasa jiwang karat nak mampus hahaha... aku malu sendiri pulak. Terfikir plak camne la aku boleh tulis benda2 camtu dulu. Aku buat conclusion sendiri la... budak mentah bercinta biasalah... hidup dalam dunia Cinderella.. semuanya manis belaka....aku tua dah and I'm capable of laughing at myself.

Jumpa juga kertas kerja, preparation masa penganjuran Konvoi tahun 2000 dulu. Sangat la muda remaja...Konvoi yang buat aku terjerumus ke alam perbasikalan sebab penasihatnya jugak orang2 yang terlibat dalam penganjuran Le Tour De Langkawi. Its a wonder how one incident leads to another kan....Aku ketua penyelaras program masa konvoi tu..

Sebab konvoi tu jugak aku start join Jelajah Malaysia 2000 dan LTDL 2001 dan berterusan sampai sekarang la...dan sebab aku join lumba basikal jugak abang jumpa aku (sumpah! dia yang jumpa aku) dan aku pun berkayuh jugak sekarang walaupun cuma untuk rekreasi. Kan...kan...kan...semuanya berkait sebab satu punca.

Got me thinking actually that everything that had happened, is happening or will happen in our lives serves it's purpose, affecting our lives in a way that we might not be able to comprehend at the very beginning but it does make sense, it does has its hikmah.... and it's just a matter of time before we realize it...after which I'm sure there's no regret whatsoever...

Yeah.... lots of good things and bad things happened to me in 2008. I was happy, I was sad, I was hurt...but those things that happened have shaped my thinking and perspectives, became my source of motivation, my drive to go on facing what come my way... in short making me ME and non others... for that I'm very much in gratitude.

*motif cakap omputeh?*

People who know me will understand why.......

Thursday, January 01, 2009

AKTIVITI TAHUN BARU

Selamat Tahun Baru 2009...

Malam tahun baru aku join group berbasikal kat Bukit Kapar untuk program makan-makan. Kenal si Arel dalam laman BBS. Group ni aku baru sangat kenal tapi kepala memang best. Aku bawak hero ikut sekali. Cuma sempat godeh meat ball spegeti jer sebelum pegi.

We had a wonderful session of makan-makan, tengok video aktiviti berbasikal mereka ni, karaoke (aku tak nyanyi). sambung makan-makan lagik dan sesi main mercun. Hero aku dah menggeliat mengantuk so immediately after midnight I bid farewell lah...

Called abang to wish him happy new year... bertambah umur dah hehehe... aku masih 17 dalam hati.

Azam tahun baru? Azam tahun 2008 pun separuh settle. Biar lah rahsia... kang tak tercapai malu aku....

Aktiviti hari ni plak... patut aku ikut team pakcik aku kayuh waktu pagi tapi aku amatlah tak larat.. sayang tidur beb hahahaa.. bukan selalu boleh bangun lambat kan..

Kayuhan Tahun Baru

Si Arel sms kata nak kayuh petang. Aku pikir2 boleh la. Trek berbukit dan dipanggil trek roller coaster pun.. Aku yang baru kebah demam ni kan degil. Nak try jugak la....lepas tepon abang mintak izin (aku kan isteri mithali hahaha) so pergi la ke Bukit Kapar.

Start kayuh dalam pukul 5.40... trek sangat best sebab ada flat road, ada naik bukit, ada turun bukit.... menten speed dalam 18km/h lah... turun bukan jangan cerita beb... top speed meter aku catat 37km/h.. tu pun aku ada brek sikit2.. ye la lalu depan2 rumah orang kang dibuatnya bebudak melintas tak pasal eksiden. Heart rate aku cuba menten bawah 155..

Aku cakap kat Arel kalau heart rate aku naik lebih 170 aku nak berenti sebab masihtak larat sangat sendi2 nih... Itu pun yang terjadi huhuhu.... sampai kat BUKIT yang dipanggil roller coaster tuh, aku panjat separuh, meter aku dah tunjuk 175 dah...cuba tahan gak... I gave up!! daripada badan aku merana baik la aku menyerah kalah...... buat masa ini...

So aku patah balik ikut route yang agak flat..ada la hilly sikit and rest of the gang ikut route betul. Tapi aku puas hati la... route walaupun jalan kampung tapi best. So aku sampai rumah Arel.. emakk dia siap buatkan air beb... malu gue.. rest of the gang sampai dalam 1/2 jam lepas tuh.

Lepas berbasa basi sikit, aku cabut tayar beskal and headed back home...lain kali nak join lagi.. bila aku rasa dah cukup training hahaha...