Aku balik dari PAC M48 di Kemaman hari Sabtu. Bertolak balik Klang hari Ahad.. santai2 dalam perjalanan ngan abang..
Sampai rumah kanak2 ribena dah terpacak depan pintu... rindunya aku kat permata hati aku.
Hari Isnin, Tahun Baru Cina. Bawak anak2 pergi Zoo Negara. Kali terakhir aku ke Zoo masa aku darjah 6! that was what? 20 years ago...
Suprisingly sungguh ramai umat manusia. Terpaksa parking jauh. Agaknya mereka pun macam aku tak tau dah nak pergi mana masa cuti.
Arief sibuk nak tengok harimau jer but that have to wait la sebab kandang harimau kan jauh ke sebelah dalam lagik, kena la sabar dulu tengok seladang, beruang dsb...
Excited sungguh anak2 aku tengok binatang tu semua. Aku jadi la Cikgu Angah sekejap ehehe.. mana aku tau aku jawab la. Mana aku tak tau aku cakap jer aku tak tau. Tak baik menipu budak cuma untuk tunjuk kita ni tahu segala kan...
Memandangkan stroller lupa dibawa.. damn! Terpaksala Adneen tu didukung jer. Tapi sekali sekala tu meronta jugak nak jalan merayau. Dan tugas tu dipikul dengan jayanya oleh abang..aku bawak beg jer..
Permerhatian aku la kan...keadaan dalam zoo tu tak menggamit pengunjung sangat la.. kandang/kurungan haiwan macam kotor jer...signage maklumat haiwan pun berkarat2. Relevant authority need to do something untuk naikkan taraf zoo tuh. Kalau kita tengok contoh dalam tv kan pasal zoo kat Australia.. memang cantik. Cara camne aku tak reti la, tapi sebagai pengunjung, aku nak tengok sesuatu yang best. But overall aku suka sebab redup dek pokok2 besar...tak naik tram pun tak kisah.
Makan burger kat area gajah/zirafah. Makan burger yang berharga RM 3.50 dan jagung RM 2.80 dan air soya dalam tin RM 2.00 setiap satu. Aku tak la komplen harga mahal tapi macam satu kemestian pusat pelancongan plak naikkan harga berlipat kali ganda. Mujur takde restriction bawak makanan luar macam kat Sun*way La*goon. Takde bentuk kawalan ke terhadap makanan dalam kawasan pelancongan camni. Kena tanya gak tuh kan..
Arief bagi makan kat Gajah. Wah! suka sangat mamat tuh. "Ibu.. rasa angin la tangan abang" dia cakap lepas tu.. angin nafas gajah tu la...
Adik dia plak excited tengok flamingo.. ke tengok air tasik tuh aku tatau. Anak dara aku tu kan pantang nampak air...
Lepas penat jalan dan anak2 aku pun dah puas (tak pusing habis pun satu zoo tuh) we headed home. Dua2 tergolek dalam kereta. Lega ibu ngan ayah ehehe..
Oh ya... zoo negara jugak satu tempat yang baik untuk program jejak kasih. Aku jumpa long time friend masa sekolah menengah. Izanureen nama dia. Sekarang ni dia mengajar kat sekolah lama aku dulu. Aku jumpa jugak rakan sekerja Zetty n hubby dan akujumpa jugak pakcik aku...
Gambar nanti aku tepek la.. malas nak upload dari kamera.
MY RIDE
Seminggu tak kayuh beskal buat aku sangap. Semalam kayuh semula.. very short distance sebab mendung, cadang nak pergi jauh tapi baru 20 minit dah start hujan. So patah balik lah. So semalam cuma 15km saja. Rasa sangat tak cukup....
Malam ni Putrajaya Critical Mass. Kayuhan malam dengan kengkawan dalam 20km. Here I come!! Jangan pancit sudah... seminggu tinggal basikal beb..
Yang bertanya kenapa aku memenatkan diri kayuh petang2, dan yang bertanya tak takut hitam ke, dan yang bertanya macam2 lagi... Jawapan aku SUKA HATI AKU LA hahahaha...yang penat aku, yang hitam pun aku apsal sibuk tatau.....Abang kata mereka amik berat...ehehehe
No comments:
Post a Comment