Monday, January 19, 2009

MY RIDES

Cerita kayuh jer lah ye...

Sabtu patutnya aku nak kayuh Kuala Selangor tapi tak jadi. Aku lambat bangun hahaha..sebelah petang manage kayuh Kapar-Tol Setia Alam-Kapar. Lepak kat Nasi Lemak Kapar dengan Arel n the geng. Kayuh balik rilek giler...sebab kaki aku rasa nak tercabut dah...rupanya banyak anjing kat kawasan setiaalam tuh. Nasib aku kira baik la ek sebab tak de la kena kejar...

Hari Ahad pulak patut ikut ada la geng mana ntah ke Kuala Selangor tapi kensel saat akhir. Patutnya gak pegi tengok Shah Alam kriteriumtapi tak jadi jugak sebab kena jadi supir mak aku ke kenduri serata alam...

Sebelah petang manage kayuh 30km..masuk kawasan kampung kat Meru dan patah balik. haaaaaa ini yang best nak cerita.. aku ikut jalan besar pulak semalam on the way balik tu and decided masuk ikut satu perumahan la sebab nak masuk jalan dalam semula.Nampak satu group mtb baru nak start kayuh.Masa tuh dah pukul 6 lebih. So pass through them la kan... sekali ada ex boipren aku daaaaa.... terkojut den! Dia pun kayuh gak tuh....

Sempat berenti kejap jek la kenalkan diri kat member group tu yang sapa aku... ajak join tapi aku dah tak larat... another 5km to cycle home..aku punya endurance drink pun dah nak abis. So aku teruskan kayh balik. sempat lagik tengok basikal mamat tuh. Basikal aku lagik best... yer angah sangat keji hahahaha..

Hari ni aku cuti.. anak aku dedua demam.. jgn la kena denggi or chikungunya. Pegi klinik tadi suhu tak berapa tinggi la. Aku nak ke INTIM Kemaman nih.. risau plak la...

Petang ni cadang nak kayuh dalam 30km jugak..tapi nak ke arak Kuala Selangor.Biar lawan angin masa pergi tapi ikut angin masa balik... tak la penat sangat ye tak...hope to finish dalam 1 jam setengah. Tak payah la laju sangat.... bukan nak wakil Malaysia pun kan...

4 comments:

aD said...

aktif betul.. nih kalau angah ajak ad gi trekking nih, kompem ad pewai dulu.. hihihi

azizan fixie said...

Angah

Good luck ya dengan your goal nak kayuh separuh perjalanan ke ofis. Just ride it. InsyaAllah you will like it and feel the difference:-)

Angah said...

aD
Tak tentu gak aD.. lama tak pi trekking.. skills dah ilang ehehe

Azizan
Thank You..my first try would be the first Friday of February..park kereta kat rumah member in Shah Alam and ride to Subang..will update the success (or failure) haha

azizan fixie said...

Angah

i dah reply your comment at my blog. But which part of Shah Alam and your office in Subang? I normally follow Glenmarie when I cycle from USJ to Tasik Shah Alam.