Wednesday, January 14, 2009

PROSEDUR MY A**

Lama tak menulis.. Aku cuti panjang sebab adik aku kena denggi. Motif aku cuti? dah aku jer yang ada kat rumah tu selain mak aku ngan anak2 aku. Aku la yang kena mengusung dia ke Pusat Kesihatan setiap hari cek darah sampai aku pun naik darah la tengok urusan tu dibuat. LEMBAP!

Ni nak menegur la sikit kan.... even aku cakap sendiri ngan doktor masa hari kedua aku bawak adik aku. Korang bayangkan la.. prosedur yang patut amik masa setengah jam jadi 3 -4 jam sebab kena amik nombor 2 kali. Dah la orang kena denggi tu lemah longlai sakit2 basan bagai.. have to endure duduk kat kerusi sebab nak masuk bilik doktor/penolong untuk tulis jumlah platelet, ngan Hb kat borang rawatan susulan. Tunggu 2 jam lebih untuk 5 minit doktor menulis dan balik. Tak hangen satu badan ko?

Aku mintak time slip, ye la kang takde bukti nak sokong cuti aku plak kan. Boleh la si penolong pegawai perubatan tu bacakan benda yang tertulis kat time slip "membawa ayah/ibu/suami/anak... bawa adik takde ya" Lagi la aku menyirap!! Aku jawab balik "adik saya ni takde ayah, ibu tak kerja, suami pun takde, yang ada kakak dia ni jer untuk bawa dia ke sini. Kakak dia ni pulak kerja dan perlukan slip tu untuk tunjuk pada bos. Pekeliling mana yang kata tak boleh ni?, tunjuk pada saya.." Mamat tu terus tulis dan bagi pada aku. Haaaa boleh pun!

Anyway.. aku cakap kat doktor tuh since ada banyak kes denggi macam adik aku yang kena cek darah setiap hari kat situ, apalah salah asingkan terus kad2 rawatan mereka nih, khususkan bilik mana kena masuk, tak kisah lah doktor mana bertugas pun. Sampai jer boleh terus amik darah, dapat result terus masuk kejap bilik tuh. Boleh selesai dalam masa 1/2 jam jer. Patient boleh balik rumah. Takde la terseksa duduk lama2 kat situ. Jawapan yang aku dapat memang hampeh! "itu dah prosedur kak... saya tak boleh buat apa2"

Prosedur buat kita ke kita buat prosedur? Yang mana boleh ringkaskan tu ringkaskan la... especially untuk special case camni kan...Aku dah bagi cadangan tu bawak la ke pihak administration... belum2 dah kata tak boleh...

Hari ketiga aku nekad jer... lepas amik darah dan dapat result aku ketuk pintu bilik no 5 (nombor awal giliran 5) aku mintak jugak dia setel borang adik aku. Nampak terkejut mamat penolong pegawai perubatan tuh...alaaaa yang takmo bagi aku slip tuh la. "Saya minta maaf saya main masuk jer tak ikut nombor tapi adik saya dah tak tahan duduk kat luar tuh, patient lain saya tanya pun cuma sakit biasa jer..." dia tulis result dan tanya aku "nak slip ke puan?" hahahahha..

Moral daripada cerita di atas ialah... satu-satu benda tu jadi susah atau jadi senang sebab kita juga... kalau rasa susah usahakan la jadi senang....

13 comments:

Ummibatrisya said...

sebabkan nila setitik habis susu sebelanga

sebut aje hospital kerajaan atau apa-apa yang berkaitan, mesti ummi dah malas nak pergi

banyak sangat prosedur dan itu tak boleh dan ini tak boleh

bila nak berubah pun tak tahu :(

Angah said...

ummi
terpulang pada pentadbir hospital tu la.. kena kreatif sikit buat benchmarking dan dengar pendapat umum mcm kita nih...

Nik Ha said...

Tulah yg lekat kat kepala nih, klinik/spital gomen..lembap..kalau tak terpaksa mls nak g..he..he..sbbnya tanak berubah la tu, duk ikut je prosedur lama kan

G klinik private pun sbb klinik panel..he..he..tak lupa diri keje gomen gak nih ;)

NeroEcha said...

Adik aku pun suspect denggi..la ni dah kena tahan wad..kalau tak sblm tu tiap2 hari ke pi ambik darah..berkurun mak aku ckp kena tunggu..kalau dah suspect denggi tu tahan jer ler kan..entah ape ditunggu2 aku pun tak faham ler.

NONIE AZIZ said...

betul angah...kengkadang bila fikir-fikir takkan dewang tak de revised langsung dewang punya prosedurkan...yelah utk tingkatkan serviskan?

cik puan daun said...

angah.. aku harap aku ada courage mcm ko.. but spital gomen mmg tak pernah nak revise prosedur dia.. mcm mana ek??

tentangseseorang said...

kak...
nanti akan ku adukan pada kementerian kesihatan...ehehee bior depa tegur skek pihak spital nih.

Angah said...

Nik Ha
Lembap bertempat takpe mungkin ramai pesakit ke hapa.. tapi boleh jer kalau streaming betul...

Nero
Yang tak ditahan tu sebab jumlah platelet darah masih ok.. cuma prosedur amik n cek darah tu boleh dipermudahkan.. tak la buruk menunggu

Angah said...

Nonie
Tu la.. aku pun tak tau derang letak mana semua Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam MAMPU tuh..bukan susah.. buat benchmarking la..

Daun
Bila dah terdesak terpaksa la ehehe..biar derang tak complacent sangat..baru akai mariiii

Angah said...

Ady
Silakan....amat dialu-alukan.. jawapan yang ko akan dapat ialah SEDANG DALAM TINDAKAN

tentangseseorang said...

kak, ingat tak adik ady yang PTD kat MoH tuh? bior memekak kat tinger dia. ahahaha

pB said...

Salam Ngah

garang nyer engko nie , yer

tapi betul lar tu

benda yang simpel simpel ni , kita permudahkan lahhh

bukannya deal dengan orang yg sihat ...

harap harap Kementerian Kesihatan lebih peka


Angah,
ahad ni ada makan makan , jumpa jumpa kat Tmn Tasik Shah Alam

jom , join akak....

Anonymous said...

kene marah kat org yg buat procedur tula kot...

kalu aku tukang wat prcedur tu la kann...i'll provide rooms utk org yg tengah seksa sakit tuh..ada sesetengah spital tu..yg sakit sampai nampak mcm nak merangkak pon suh tunggu dulu...ada bilik utk emergency pon kdg tak berapa nampak nak emergency..

ke aku kene tambah dua tiga bilik lagi la kot...eh angah!

he hee...ko brani ar ngah...naperla aku kurang sket keberanian aku neh!

`kemamang`