Aku sekarang ni kat Bilik Penginapan INTIM Kemaman. Aku kena hadiri PTD Assessment Centre untuk kenaikan ke gred M48. Jangan tak tau... batch aku adalah batch pertama yang kena lalui assessment nih. Nak tak nak, suka tak suka kena hadir gak la...
Kelmarin aku kayuh ke Meru dan lepak dengan Arel & Apek kat Nasi Lemak Kapar. Sempat tuhhh...so dapat 25km saja. Very light punya kayuh. Lepas maghrib aku packing yang perlu2, bagi anak2 aku makan dan susu, Arief pun dah tido. Adneen aku letak depan TV kat bilik nenek dia tengok hindustan, kiss goddbye and headed to rumah abang aku. Aku naik bas pukul 11.00 dari Klang Sentral.. boleh puji la keadaan Klang Sentral tuh..sangat ok..
Aku sampai Kuantan awal pagi semalam, dalam pukul 3 lebih la. Abang amik lepas tu pi minum sekejap dan bummm tido. Terjaga pukul 9.30 ngkauuuuuu... nasib baik bendera merah. So bersiap bagai pastu terus ke Pejabat Lawyer uruskan final stage rumah aku. InsyaAllah dalam sebulan dua lagi setel la semuanya dan tunggu penyerahan kunci jer la. Alhamdulillah urusan aku dipermudahkan.
Lepas tu pi minum kat I love U Kopitiam. Sungguh! nama kopitiam tu I Love U. Sangat kreatif haha...
sehari suntuk menghabiskan masa dengan suami.. priceless.....mlm tadi tengok wayang cerita Outlander. Sangatla biasa jer cerita tuh tapi sebab lama gile tak tengok wayang... layankan jek la ya...
Hari ni abang hantar. Lepas pendaftaran bermula la sesi assessment yang banyak benda unexpected yang kami lalui. Persoalan kenapa batch aku yang kena jadi bahan ujikaji dah tak timbul. Cuma lalui setiap aktiviti satu demi satu... anggap macam mega reunion untuk kami la yang bersepah2 kat satu pelusuk Malaysia nih.
Masa riadah tadi bebas berbuat apa saja. Memandangkan aku tak boleh kayuh (hutang 30km dengan coach huhu) maka aku berlari jer la... dapat la 2km jer pusing2 padang hehehe...did it in 13 minutes.. ok lah kot memandangkan dulu aku nak habiskan 1km pun semput hahaha.. satu peningkatan mendadak.
Esok satu hari penuh aktiviti assessment kena lalui... So senyum dan hadapi sajalah.. the worst that could happen pun fail jer kan... bukan kena keluar service ke hapa.. just do my best lah...
Mengimbau kenangan sungguh kena pakai nombor banduan masam memula PAC nak masuk service hahaha.. nanti aku pastekan gambar lah..
6 comments:
wah gudlak..
9 feb nanti angah bawak keta ke? or kita naik komuter?
nak ajak my hubby ke tak nak eh? hahaha takut dia bosan aa
banduan? ohohoooo..
aku takkan lupakan itu ngah...
kemamang
banduan katanya...
hampeh tul..tapi memang redha jer kan???
heheee...even dah lepas, tapi best of luck jugak r..
Aini
Blum decide la.. bawak keter cepat sampai tapi takut jalan tutup n carik parking
Naik komuter lambat sket tapi very clear la tak pikir apa pun..
PCM nanti kita bincang la ek
Tini
Mengimbau kenangan betul kan hahaha
Ayunie
Suka ke tak suka ke kena pegi gak kan.. not that bad jugak lah kan except for the fact that "sila bincang bagaimana komunikasi berkesan dalam jabatan" jam 5.30 pagi!
ehehe kena PAC lagik :P
Post a Comment