Friday, January 16, 2009

RANDOM UPDATES

Update in random order saja....

11 Januari banyak tinggalkan kenangan tak best pada aku. 4 orang dari saudara-mara terapat aku meninggal dunia pada tarikh ni.

Ayah aku (2001)
Atuk saudara (2003)
Sepupu (2005)
Makcik (2009)

Ahad lepas masa tengah duduk2 dengan adik beradik aku, lepas hantar sepupu aku kawin...kami mengimbau balik kenangan dengan arwah ayah. tengah berborak dapat call, makcik aku (kakak ipar mak aku) yang koma sebab stroke meninggal dunia. We were speechless...

Terus shoot ke rumah Wak Umi. Alhamdulillah sempat tengok arwah sebelum dibawa ke tanah perkuburan. Last aku jumpa arwah masa raya dulu. Ceria jer dia.. memang hari yang penuh cerita la...

Adik aku confessed pulak malam tu dia teresak2 menangis ingat arwah ayah. Ye la.. masa ayah aku meninggal dia baru 7 tahun. Tak puas manja.... lagi pulak ayah aku dah lama sakit sebelum menghembus nafas terakhir....

22 - 24 Januari ni aku kena pergi assessment. Suka ke tak suka kena pegi jugak... macam tak guna jer exam PTK yang aku amek tuh... kena pulak pegi assessment...

Cuma yang aku suka sebab aku kena pergi Kemaman. Ini bermakna aku boleh bertolak Selasa malam... lepak seharian dengan abang hari rabu tuh dan bertolak awal pagi ke Kemaman hari Khamis... very sound plan hahaha...alaaaaa Rabu kan travelling day.. okay la tuh!

Tini... aku nak jumpa ko!

Dan disebabkan aku akan bertolak balik ke Klang 24hb malam.. maka plan ikut geng Arel berkayuh ke Tanjung Karang terpaksa la kensel. Mampus kejung aku separuh jalan kang sapa susah?

Kita kayuh reramai kat Putrajaya Critical Mass 30hb Januari ni jer lah ye..

Cuti 9 Februari ni dah lulus tapiiiiii kena batal sebab kitaorang satu batch kena mengadap No 1 Boss kat Shah Alam. Hancur plan aku nak menyebuk kat starting Le Tour De Langkawi di Putrajaya. Harapnya plan ke Genting Jumaat tu masih boleh teruskan. Aminnnnn..

Esok nak kayuh pagi. Cadangnya nak ke Kuala Selangor. Pergi balik dalam 50km je. Hopefully aku boleh buat bawah 2 1/2 jam dengan gearing yang aku pakai sekarang...persoalannya nak bawak roadbike ke mountain bike...tengok la camno...

9 comments:

cik puan daun said...

Aku pernah kehilangan seorang nenek. Masa tu aku belajar kat UK. dah aku dapat tahu seminggu selepas nenek aku meninggal. Aku menangis sambil jalan satu blok rumah.

Ini jawapan yang tiada kena mengena dengan update. Tapi berkaitan dengan soalan ko kat blog. Aku cadang nak fully breastfeed anak aku. Itu harapan aku laa.. doakan aku yach!!! (tgh nak usha breast pump nih..)

Anonymous said...

hi. Sgt2 la good luck utk PAC. I tgh maternity leave, hajat nak pergi juga tp tak prepare physically + mentally. Nanti share tips ya?

Anonymous said...

roadbike je kot?

KV said...

sakan ko mengayuh ngah oi..kagum aku.

ibuVouge said...
This comment has been removed by the author.
ibuVouge said...

angah

masukkan satu cahaya gembira dalam 11 Jan. Angah dapat sorang lagi anak saudara.TQ for the gift..sayang aunty angah

Angah said...

Daun
Breastpump yang umph PISA ler...good luck mama...

Nurul
really need all the luck la..tak study satu benda pun.. mana sempat..

ady
Angah bawak mountain bike sudahnya..sebab member lain pun bawak mtb..

Angah said...

KV
bila dah start sayang nak stop.. teruskan jerla.. menyihatkan badan.. kalo kurus tu bonus lah haha

IV
Yup.. itu sudah pasti.. ur welcome dear :)

cik puan daun said...

Yeah.; aku mmg dah aims PISA.. cuma lom sempat gi beli aje.. ehehhe.. duit dah ada dah nih.. lagi satu nak kena upgrade peti ais.. ahaha